awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MALAYSIA
Teliti semula pendekatan ekonomi agar tumpu inovasi tempatan - Liew
MALAYSIA
Polis tahan dua individu, rampas dadah hampir RM11 juta di Bukit Kayu Hitam
MALAYSIA
Majlis Bandaraya Ipoh bersihkan rumah warga emas dipenuhi sampah buat kali kelima
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

NATIONAL

Daftar Pemilih Tambahan November 2024 dibuka untuk semakan - SPR

Bernama
Bernama
20/12/2024
15:15 MYT
Daftar Pemilih Tambahan November 2024 dibuka untuk semakan - SPR
Semakan Daftar Pemilih Tambahan Bulan November Tahun 2024 (DPT BLN11/2024) boleh dibuat untuk tempoh 30 hari bermula hari ini hingga 18 Jan 2025.
KUALA LUMPUR: Semakan Daftar Pemilih Tambahan Bulan November Tahun 2024 (DPT BLN11/2024) boleh dibuat untuk tempoh 30 hari bermula hari ini hingga 18 Jan 2025, kata Setiausaha Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Ikmalrudin Ishak.
Beliau berkata DPT BLN11/2024 yang diperaku dan diwartakan hari ini mengandungi 39,546 nama warganegara berumur 18 tahun dan ke atas dalam tempoh 1 hingga 31 Nov 2024 yang didaftarkan secara automatik sebagai pemilih baharu.
"Selain itu, ia mengandungi 10,388 pemilih berdaftar yang bertukar bahagian pilihan raya dan 1,804 pemilih bertukar status atau kategori pengundi," katanya dalam kenyataan hari ini.
Ikmalrudin berkata SPR menyediakan lima kaedah semakan iaitu melalui portal SPR di pautan https://www.spr.gov.my atau https://mysprsemak.spr.gov.my, portal rasmi Pejabat-Pejabat Pilihan Raya Negeri di pautan http://ppn.spr.gov.my dan aplikasi dalam talian di pautan https://myspr.spr.gov.my.
Kaedah lain termasuk aplikasi mudah alih MySPR Semak dan talian Semakan Pendaftaran Pemilih di talian 03-8892 7218.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Daftar Pemilih Tambahan
#November
#SPR
#Suruhanjaya Pilihan Raya
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami