awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
Toleransi beragama, keselamatan rumah ibadat asas keharmonian - Ahmad Zahid
Hutan di puncak bukit berhampiran Taman Tun Abdul Razak terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dagangan sekuriti Destini berisiko digantung jika terus gagal kemuka laporan tahunan

Bernama
Bernama
03/11/2025
22:00 MYT
Dagangan sekuriti Destini berisiko digantung jika terus gagal kemuka laporan tahunan
Sekiranya Destini gagal mengemukakan laporan tersebut pada atau sebelum 7 Nov 2025, dagangan sekuriti syarikat akan digantung bermula 10 Nov 2025. - Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR: Destini Bhd berdepan kemungkinan dagangan sekuritinya digantung selepas gagal mengemukakan laporan tahunan, termasuk penyata kewangan beraudit dan laporan pengarah dan juruaudit bagi tempoh kewangan berakhir 30 Jun 2025 dalam tempoh masa yang ditetapkan.

Ringkasan AI
  • Destini Bhd berisiko dagangan sekuritinya digantung kerana gagal mengemukakan laporan tahunan, termasuk penyata kewangan beraudit, dalam tempoh yang ditetapkan sehingga 30 Jun 2025.
  • Bursa Malaysia menegaskan bahawa sekiranya Destini gagal mengemukakan laporan tersebut pada atau sebelum 7 Nov 2025, dagangan sekuriti syarikat akan digantung bermula 10 Nov 2025.
  • Syarikat menerangkan bahawa laporan tahunan kini berada dalam proses akhir penyediaan, dan mereka sedang berusaha menyelesaikan prosedur pentadbiran serta penyusunan akhir sebelum tarikh yang ditetapkan.

Menurut Bursa Malaysia, laporan berkenaan yang sepatutnya dikemukakan pada 31 Okt 2025 di bawah Perenggan 9.23(1) Keperluan Penyenaraian Pasaran Utama, masih belum dikeluarkan untuk pendedahan umum.
"Sekiranya Destini tidak dapat mengemukakan Laporan Tahunan 2025 yang belum selesai itu pada atau sebelum 7 Nov 2025, dagangan sekuriti syarikat akan digantung bermula 9 pagi Isnin, 10 Nov 2025 sehingga notis selanjutnya dikeluarkan," katanya pada Isnin.
Di bawah Perenggan 9.28(6) peraturan penyenaraian, sekiranya penyata kewangan masih belum dikemukakan selepas enam bulan daripada tarikh akhir, prosedur penyahsenaraian boleh dimulakan terhadap syarikat berkenaan.
Sementara itu, dalam makluman kepada Bursa Malaysia, Destini berkata laporan tahunan itu kini berada di peringkat akhir penyediaan, dan syarikat berkenaan dalam proses untuk menyelesaikan prosedur pentadbiran serta penyusunan akhir.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Destini Bhd
#Dagangan sekuriti
#digantung
#laporan tahunan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan