awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Bursa Malaysia teruskan peningkatan dipacu belian saham murah
200 veteran ATM dijangka sertai AKPS bermula suku pertama tahun ini
Vietnam dakwa tiga individu berkaitan perdagangan haram 8.4 bilion akaun e-mel curi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Daging Brazil di Malaysia masih selamat - Jabatan Veterinar

Astro Awani
Astro Awani
23/03/2017
13:27 MYT
Daging Brazil di Malaysia masih selamat - Jabatan Veterinar
Ketua Pengarah Perkhidmatan Veterinar Datuk Kamarudin Md Isa memaklumkan kualiti daging yang dibawa masuk dari Brazil adalah selamat. -Gambar hiasan
Jabatan Perkhidmatan Veterinar mengesahkan daging lembu dan ayam yang diimport dari Brazil tiada kaitan dengan 21 kilang pemprosesan yang terbabit dalam skandal daging di negara itu.
Ketua Pengarah Perkhidmatan Veterinar Datuk Kamarudin Md Isa memaklumkan kualiti daging yang dibawa masuk dari Brazil adalah selamat.
"Kami juga telah meminta laporan rasmi daripada Kedutaan Brazil termasuk laporan ujian kualiti yang dijalankan di semua kilang yang telah diluluskan Jabatan Perkhidmatan Veterinar," katanya dalam satu kenyataan media hari ini. Daging
Berikut ialah statistik jumlah daging dan kepingan ayam import dari Brazil. - Grafik Astro AWANI/Nasrul Shazli
Kenyataan itu dikeluarkan selepas pihak Jabatan Perkhidmatan Veterinar menerima kunjungan hormat Kedutaan Brazil menjelaskan isu integriti dalam kalangan pengeksport daging Brazil, semalam.
"Semua kilang yang diluluskan Jabatan Perkhidmatan Veterinar telah melalui pemeriksaan audit jabatan itu serta Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)," ujarnya.
Topic Berkaitan
#daging lembu
#Jabatan Perkhidmatan Veterinar
#Kamarudin Md Isa
#kilang pemprosesan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan