Apabila memasuki bulan Ramadan, sudah tentu kita akan menunggu tibanya waktu Maghrib setiap petang untuk berbuka puasa.

Pelbagai persoalan akan diajukan kepada diri sendiri atau orang sekeliling seperti "Dah masuk waktu solat ke belum?" "Dah azan Maghrib ke tadi?".

Segalanya boleh diperolehi dengan mudah di dalam telefon bimbit apabila memuat turun aplikasi Astro AWANI yang dilengkapi dengan Info Solat.

Menariknya, aplikasi tersebut telah diperbaharui dengan maklumat baharu yang lebih memudahkan umat Islam iaitu:

1. 'Countdown' waktu setiap solat

Maklumat ini amat berguna kepada anda untuk menguruskan waktu dan aktiviti harian dengan baik sebelum bersiap sedia untuk solat.

Ia juga boleh digunakan bagi mengalihkan perhatian anak-anak yang menghitung saat dan jam untuk berbuka puasa ketika bulan Ramadan ini.

Countdown waktu solat memudahkan urusan harian anda

2. Notifikasi makluman masuk waktu solat

Setiap kali masuk waktu, aplikasi itu akan memberi notifikasi pada telefon bimbit anda bagi memaklumkan sudah masuk waktu solat. Jadi, anda tidaklah terleka jika sedang melakukan kerja lain.
Apabila tepat waktu solat, aplikasi itu akan memberi notifikasi memaklumkan sudah masuk waktu azan.



Bagaimanapun, dua maklumat terbaharu itu diletakkan sebagai pilihan iaitu anda perlu menekan butang 'Lagi' dan 'On' Info Solat terlebih dahulu.

Tekan 'Lagi' untuk mendapatkan maklumat countdown dan notifikasi waktu solat.


3. Jangan bimbang kerana waktu solat yang dikongsikan daripada sumber yang sahih iaitu Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) sebagai institusi penyelaras pembangunan agama dan kemajuan Islam di negara ini.

Waktu solat daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim)


4. Malah, aplikasi Info Solat ini juga mudah digunakan untuk setiap peringkat umur.

Ini paling penting, anda hanya perlu meleretkan jari ke kanan pada halaman utama aplikasi Astro AWANI dan tekan Info Solat. Terus anda boleh melayari aplikasi tersebut.

Mudah bukan?

Paparan imej Info Solat di bahagian kanan halaman utama aplikasi Astro AWANI


5. Ia juga dilengkapi dengan lokasi negeri dan kawasan secara terperinci

Walaupun mempunyai 13 negeri dan tiga Wilayah Persekutuan, namun hakikatnya Malaysia mempunyai kawasan yang cukup luas.

Aplikasi Info Solat ini memperincikan waktu azan di setiap lokasi pilihan anda.

Aplikasi Info Solat ini memperincikan waktu azan di lokasi pilihan anda.



6. Bahkan, maklumat mengenai waktu solat seterusnya dan esok juga terdapat dalam aplikasi Info Solat.

Bak kata pepatah, "kejarlah dunia, tapi jangan lupa akhirat". Ini kelebihan yang paling menarik pada aplikasi ini kerana ia dapat membantu anda menyusun jadual dan aktiviti harian sebelum bersiap sedia dengan solat seterusnya.

Waktu solat hari ini dan esok turut dinyatakan dalam Info Solat

Jadi, tunggu apa lagi, jom muat turun aplikasi Astro AWANI yang mengandungi informasi lengkap Info Solat sekarang, untuk panduan anda setiap hari.