awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Op Serkap: Dua warga tempatan ditahan seludup migran di Kota Bharu
Pemandu lori parah ditetak dua individu tidak dikenali di Batu Caves
Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS, lebih tinggi daripada mata wang utama
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Daim disiasat atas dakwaan rasuah, pengubahan wang haram - SPRM

Sinar Harian
Sinar Harian
23/12/2023
08:51 MYT
Daim disiasat atas dakwaan rasuah, pengubahan wang haram - SPRM
SPRM mengesahkan sedang menyiasat bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin berhubung dakwaan rasuah dan pengubahan wang haram, susulan sitaan sebuah bangunan baru-baru ini. - Gambar fail/Astro AWANI
PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan sedang menyiasat bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin berhubung dakwaan rasuah dan pengubahan wang haram, susulan sitaan sebuah bangunan baru-baru ini.
Ketua Pesuruhjayanya, Tan Sri Azam Baki ketika dihubungi mengesahkan perkara itu, namun enggan mengulas lanjut perincian kes siasatan.
Beliau berkata, tindakan sitaan bangunan Menara Ilham yang dikeluarkan menerusi notis di akhbar pada Jumaat lalu, tidak menjejaskan operasi dan urusan di bangunan tersebut.
“Apabila kami menyiasat dakwaan rasuah dan salah guna kuasa melibatkan harta tak alih, kami dibenarkan di bawah Akta SPRM menghantar permohonan sitaan kepada Timbalan Pendakwa Raya.
“Itulah apa yang berlaku. Kami menggunakan kuasa diperuntukkan kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk mengarahkan pejabat tanah meletakkan kaveat terhadap tanah berkenaan,” katanya ketika dihubungi.
Azam berkata, proses sama telah dilakukan SPRM sejak sekian lama ketika proses siasatan dilaksanakan, sambil menekankan sitaan Menara Ilham itu bukan satu-satunya kes.
Pada Jumaat media melaporkan, sitaan bangunan Menara Ilham oleh SPRM adalah untuk menyekat apa-apa tindakan menjual, memindah hak milik atau melupuskan bangunan tersebut secara keseluruhan atau mana-mana bahagian bangunan tersebut.
Sitaan dilakukan selepas satu siasatan telah dibuka berkaitan dengan pengambilalihan saham membabitkan dua syarikat tersenarai berjumlah RM2.34 bilion.
BACA: SPRM sahkan sita Menara Ilham, siasatan berkait harta Tun Daim - Azam Baki
BACA: Keengganan Tun Daim isytihar aset dikata punca SPRM sita Menara Ilham
Nilai berkenaan membabitkan pengambilalihan saham Renong Berhad sebanyak 32.6 peratus ekuiti oleh UEM Group.
Sitaan dilakukan selepas siasatan SPRM mendapati pemilik kepada Menara Ilham adalah sebuah syarikat yang dimiliki oleh isteri dan anak kepada seorang bekas Menteri Kewangan.
Projek pembinaan Menara Ilham itu adalah lebih kurang RM580 juta.
Apa-apa aktiviti operasi harian dalam bangunan tersebut berjalan seperti biasa dan tidak dihalang oleh SPRM.
- Sinar Harian
Topic Berkaitan
#SPRM
#Daim Zainuddin
#Azam Baki
#Menara Ilham
#Rasuah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan