Ancaman untuk mengadakan lebih banyak serangan di negara ini oleh puak militan Daish, mungkin disebabkan mereka mudah mendapat bahan untuk membuat bom dari negara jiran.
Perkara ini dinyatakan Ketua Penolong Pengarah Bahagian Counter Terrorism Cawangan Khas Bukit Aman, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay.
Pada masa yang sama, beliau berkata keadaan itu agak membimbangkan kerana ia menunjukkan kemungkinan berlaku serangan pada masa akan datang.
"Sebelum ini mereka tidak ada kepakaran, tidak ada kesempatan untuk belajar membuat bom seperti kumpulan militan lain seperti Jemaah Islamiyyah dan Al Qaeda yang mendapat latihan di selatan Filipina dan Afghanistan.
"Dahulu anggota militan Daish di Malaysia tidak mempunyai kepakaran itu tetapi berdasarkan kes terbaharu di Movida, Puchong, ia membuktikan mereka telah mendapat bahan letupan daripada negara jiran.
"Ini yang membimbangkan kerana kita kalau mereka sudah ada hubungan dengan pihak tertentu, mereka mungkin akan dapat lebih banyak bahan letupan untuk digunakan dalam serangan di Malaysia," katanya kepada pemberita.
Beliau menghadiri Seminar Ancaman Pelampau Liberalisme Terhadap Masyarakat Islam Malaysia yang dirasmikan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Asyraf Wajdi Dusuki di Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) di sini hari ini.
Dalam kes di pusat hiburan di Puchong, Selangor itu pada 28 Jun lalu, berlaku serangan bom tangan yang pihak polis mengesahkan ia didalangi kumpulan militan Daish.
Lapan orang dilapor cedera dalam kejadian di awal pagi itu, ketika orang ramai sedang menonton kejohanan bola sepak Euro 2016.
Ia merupakan serangan pertama kumpulan tersebut di Malaysia.
Mengulas lanjut, Ayob Khan berkata pihaknya masih meneruskan siasatan berhubung kejadian serangan itu dan menegaskan tiada sesiapa yang akan terlepas dari hukuman angkara perbuatan jenayah tersebut.
"Ini bukan soal Malaysia sahaja, tapi ia berlaku di peringkat global. Tidak ada satu negara pun yang boleh mendakwa mereka bebas dari ancaman serangan Daish.
"Apa yang boleh kita semua lakukan ialah bekerjasama dengan pihak polis untuk menangani cabaran ini dengan terus membuat laporan kepada polis sekiranya ada perkara-perkara yang mencurigakan berlaku di sekeliling anda," katanya.
Bernama
Thu Jul 21 2016
DATUK AYOB KHAN: Ini yang membimbangkan kerana kita kalau mereka sudah ada hubungan dengan pihak tertentu, mereka mungkin akan dapat lebih banyak bahan letupan untuk digunakan dalam serangan di Malaysia. -Gambar fail
Pengasas Blogger, Twitter dan Medium lancar aplikasi sosial baharu Mozi
Melalui Mozi, pengguna boleh melakukan perancangan mereka di sesuatu lokasi seperti lokasi yang akan disinggah, atau acara yang akan disertai.
Buaya di Teluk Batik: PERHILITAN nasihat orang awam berwaspada
Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) Perak terus memantau persekitaran Pantai Teluk Batik susulan penampakan kehadiran seekor buaya di kawasan itu pada Khamis.
[TERKINI] Zii Jia, beregu negara melangkah ke separuh akhir
Pemain perseorangan profesional lelaki negara, Lee Zii Jia, mengesahkan tempat ke separuh akhir selepas mencatat kemenangan kedua dalam Kumpulan A Jelajah Dunia Akhir BWF 2024 di Hangzhou, China, hari ini.
Pemain nombor lapan dunia itu meneruskan prestasi cemerlangnya dengan menewaskan pemain nombor dua dunia dari Denmark, Anders Antonsen, 21-14, 21-19 dalam masa 47 minit di Gimnasium Olimpik Hangzhou.
Pemain nombor lapan dunia itu meneruskan prestasi cemerlangnya dengan menewaskan pemain nombor dua dunia dari Denmark, Anders Antonsen, 21-14, 21-19 dalam masa 47 minit di Gimnasium Olimpik Hangzhou.
Permohonan Geran Pembangunan Sosioekonomi Masyarakat India masih dibuka - Mitra
Lebih 200 badan bukan kerajaan dan syarikat telah memohon geran Pembangunan Sosioekonomi Masyarakat India (PPSMI) 2025 yang dibuka sejak 2 Dis.
Fikir dahulu sebelum kongsi di media sosial - Pakar
Dengan kelulusan Rang Undang-Undang (RUU) Komunikasi dan Multimedia (Pindaan) 2024 di Dewan Rakyat, pengguna media sosial disarankan lebih bertanggungjawab dalam menggunakan platform tersebut bagi mengelak dikenakan tindakan undang-undang.
Profesor Datuk Dr. Azizul Halim Yahya, Profesor Komunikasi di Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media, Universiti Teknologi MARA, menjelaskan bahawa maklumat yang dikongsi di media sosial akan kekal dirakam dalam sistem, menjadikannya mustahil untuk dihapuskan.
Profesor Datuk Dr. Azizul Halim Yahya, Profesor Komunikasi di Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media, Universiti Teknologi MARA, menjelaskan bahawa maklumat yang dikongsi di media sosial akan kekal dirakam dalam sistem, menjadikannya mustahil untuk dihapuskan.
NAIO disaran bentuk konsortium perkasa tenaga kerja AI tempatan
Pejabat Kecerdasan Buatan Kebangsaan (NAIO) perlu membentuk satu konsortium antara pusat pengajian tinggi (IPT), industri teknologi dan kerajaan dalam memperkasa tenaga kerja tempatan dalam bidang kecerdasan buatan (AI).
Anggaran pendapatan naik 12 peratus kepada RM1.67 bilion
Anggaran pendapatan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) pada 2025 meningkat 12 peratus kepada RM1.67 bilion dengan kutipan zakat disasarkan mencapai RM1.2 bilion.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Mohd NaĆm Mokhtar ketika mengulas Bajet MAIWP 2025 pada Khamis berkata, anggaran perbelanjaan pula merekodkan RM1.67 bilion dengan perbelanjaan agihan RM1.34 bilion, pengurusan RM246 juta dan pembangunan RM87 juta.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Mohd NaĆm Mokhtar ketika mengulas Bajet MAIWP 2025 pada Khamis berkata, anggaran perbelanjaan pula merekodkan RM1.67 bilion dengan perbelanjaan agihan RM1.34 bilion, pengurusan RM246 juta dan pembangunan RM87 juta.
[TERKINI] Tambah kuota haji: Mohamad sampaikan permohonan Malaysia
Menurut Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan, permohonan berkenaan disampaikan beliau pada pertemuan dengan Menteri Haji dan Umrah Arab Saudi Dr Tawfiq Fawzan Al-Rabiah pada Khamis.
MOTAC siasat isu tular 'kekecewaan' pelancong China
Datuk Seri Tiong King Sing sedang menyiasat isu tular berhubung dakwaan pelancong China meluahkan rasa kecewa mengenai pengalaman semasa melancong ke Malaysia.
Jangan kaitkan isu perkauman, politik dengan sektor pelancongan - King Sing
Menterinya, Datuk Seri Tiong King Sing Berkata, Isu-isu Tersebut Tidak Sepatutnya Dikaitkan Dengan Sektor Pelancongan Khususnya Dengan Kehadiran Pelancong Dari China Memandangkan Mereka Antara Penyumbang Terbesar Kepada Hasil Ekonomi Malaysia.
'Berhemah, adil, integriti, amanah dan tegas' jadi pegangan Ayob Khan
Ayob Khan, 56, dilantik sebagai Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman berkuat kuasa 25 Januari ini.
Sindiket ketum diketuai bekas penjawat awam tumpas
Dua serbuan susulan di sekitar Kulai dan Johor Bahru turut menahan 12 yang lain termasuk lapan penjawat awam.
Tiada laporan diterima berhubung dakwaan bekas pekerja ATA IMS dipukul polis
Pekerja terbabit mendakwa dipukul semasa disoal siasat kerana berkongsi maklumat mengenai keadaan kilang.
Pencemaran di Sungai Tawakal: Polis Johor bantu JAS kenal pasti punca bahan buangan
Soal siasat terhadap sembilan suspek termasuk pemilik premis terbabit masih dijalankan.
Polis Johor tahan 10 individu, rampas dadah bernilai lebih RM1 juta
Sindiket itu telah beroperasi sejak sebulan lepas dan dadah yang diproses akan diedar untuk kegunaan pasaran tempatan dan antarabangsa.
Polis Johor tumpaskan sindiket edar dadah bernilai RM2 juta
Dadah yang dirampas dipercayai untuk tujuan pasaran tempatan bagi kegunaan pusat hiburan dan parti persendirian.
Euro 2020: 70 individu ditahan dalam judi 'online' libatkan nilai pertaruhan lebih RM44 juta
Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, operasi bermula selama sebulan sejak 12 Jun lalu.
Peras ugut: Anggota dan pegawai polis terlibat, dah macam pemungut cukai - Ayob Khan
Susulan laporan dibuat oleh mangsa, tangkapan dibuat terhadap kesemua suspek berusia dalam lingkungan 26 hingga 46 tahun.
Op Bersepadu: Warga India miliki lesen memandu palsu ditahan
Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, siasatan awal mendapati pemandu tersebut mendapat lesen secara sah di Jabatan Pengangkutan Jalan di Selangor.
Lapan hadiri parti liar dalam tempoh PKP di JB, diberkas
Kesemua suspek berusia lingkungan 24 hingga 31 tahun itu ditahan dalam serbuan pada 12.30 tengah malam oleh sepasukan polis.