Dakwa Arul Kanda berbohong, Ahli Parlimen Kepong buat laporan polis

Ibrahim Sani
Mei 26, 2018 07:59 MYT
Lip Eng (kiri) buat laporan polis terhadap Arul Kanda kerana didakwa berbohong berhubung status kewangan syarikat itu. -Gambar fail
Ahli Parlimen Kepong Lim Lip Eng hari ini membuat laporan polis terhadap Ketua Pegawai Eksekutif 1Malaysia Development Berhad (1MDB) Arul Kanda Kandasamy kerana didakwa berbohong berhubung status kewangan syarikat itu.
Dalam laporannya, Lip Eng mendakwa Arul Kanda mungkin telah melanggar Seksyen 202 dan 203 Kanun Keseksaan juga Seksyen 592 Akta Syarikat apabila dikatakan telah memberikan maklumat palsu bahawa syarikat itu tidak bankrap dan mampu membayar hutang melalui pelan rasionalisasi.
BACA: Guan Eng dedah perincian hutang RM1 trilion
Namun, kenyataan yang diperoleh daripada dua pengarah 1MDB ketika siasatan Kementerian Kewangan menjelaskan bahawa syarikat itu kini muflis dan tidak lagi mampu membayar hutangnya.
BACA: Pengarah sahkan 1MDB tidak mampu bayar hutangnya - Lim Guan Eng
BACA: Bayaran BNM dan Khazanah kepada MoF diguna untuk bayar hutang 1MDB
Terdahulu, Arul Kanda mendakwa tidak tahu tentang urusan 1MDB kerana sedang bercuti (garden leave) dan menafikan kenyataan yang dikeluarkan Menteri Kewangan Lim Guan Eng.
BACA: 'Salah laku 1MDB didakwa berlaku sebelum saya sertai syarikat' - Arul Kanda
BACA: 'I answered everything truthfully, I just didn't have documents' - Arul Kanda
Arul Kanda juga berkata telah melantik peguam, di atas kapasiti individu, untuk menilai apakah tindakan undang-undang terhadap dakwaan itu.
Dalam reaksi balas, Guan Eng mengalu-alukan tindakan undang-undang oleh Arul Kanda terhadapnya.
BACA: Arul Kanda nak saman? Silakan - Lim Guan Eng
#Arul Kanda #DAP #EPF #ismee ismail #KWAP #KWSP #Lim Guan Eng #Lim Lip Eng #LTAT #Ong Kian Ming #SRC International #Tony Pua