awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Usahawan muda angkat kembali warisan atap nipah dan rumbia
Video tular individu bertudung minum arak: PDRM tahan dua individu
Pelancongan desa Selangor berpotensi jadi model rujukan nasional kempen TMM2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dakwa beri jaminan korporat: Tabung Haji buat laporan polis terhadap Rafizi

Hakim Rahman
Hakim Rahman
28/02/2016
06:18 MYT
Dakwa beri jaminan korporat: Tabung Haji buat laporan polis terhadap Rafizi
Rafizi yang juga Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) turut diminta menamakan bank yang memberi pinjaman kepada THHE seperti yang didakwa. - Gambar Fail
Lembaga Tabung Haji (TH) hari ini membuat laporan polis terhadap anggota Parlimen Pandan Rafizi Ramli berhubung dakwaan kononnya TH memberi jaminan korporat kepada syarikat bersekutunya, TH Heavy Engineering Berhad (THHE).
Rafizi yang juga Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) turut diminta menamakan bank yang memberi pinjaman kepada THHE seperti yang didakwa.
"TH amat kesal dengan penyebaran dokumen-dokumen melalui laman sosial secara rambang dan tuduhan tidak berasas serta berunsur fitnah.
"Dakwaan tersebut memberi impak negatif kepada TH dan akan menjejaskan kepentingan para pendepositnya, TH juga akan bekerjasama dengan pihak berkuasa bagi menjalankan siasatan secepat mungkin," kata TH dalam kenyataan pada Ahad.
Laporan polis itu dibuat sebagai langkah bagi menjaga kepentingan para pendeposit dan reputasi TH sebagai sebuah institusi Islam di Malaysia.
"TH akan bekerjasama dengan pihak berkuasa bagi menjalankan siasatan secepat mungkin," kata kenyataan itu lagi.
Topic Berkaitan
#laporan polis
#Rafizi Ramli
#Tabung Haji
#TH
#TH Heavy Engineering Berhad
#THHE
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan