awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dua lelaki ditahan bantu siasatan kes bunuh ibu tunggal di Sungai Dua
Brendan Gan pilih kekal di Australia
Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS dipacu pengukuhan domestik, kenaikan harga minyak
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dakwa diri presiden paling kacak, Trump sifatkan Joe Biden calon terburuk

Khairunnisa Kasnoon
Khairunnisa Kasnoon
18/10/2020
12:54 MYT
Dakwa diri presiden paling kacak, Trump sifatkan Joe Biden calon terburuk
Trump mendakwa isterinya, Melania sifatkan dirinya presiden paling kacak. -Reuters
WISCONSIN:Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump menyifatkan pesaingnya daripada Parti Demokrat, Joe Biden sebagai calon terburuk dalam sejarah calon Presiden.
Bercakap pada kempennya di Janesville, Wisconsin, Trump yang berulang kali meramalkan kemenangannya sendiri, berkata tidak dapat membayangkan jika beliau kalah pada November nanti.
"Saya berlawan dengan calon yang paling buruk dalam sejarah Presiden dan jika saya kalah, boleh anda bayangkan?
"Jika saya kalah, saya terpaksa kalah kepada calon terburuk dalam sejarah politik Presiden. Jika saya kalah, apa yang perlu saya buat?," ujarnya.
Dalam pada itu Trump mendakwa, isterinya Melania Trump menyifatkannya sebagai Presiden paling kacak walaupun jika beliau mencukur kepalanya.
"Bagaimana rupanya sayang? Bagaimana?
"Sayang, awaklah presiden yang paling kacak. Kemudian saya bertanya, 'Melania, adakah saya presiden yang paling kacak?'... 'Ya, tepat sekali'," tambahnya lagi.
Trump turut mendakwa kebal selepas pulih dengan cepat daripada COVID-19 baru-baru ini.
"Saya kebal dan saya pulih dengan cepat. Malah saya boleh lompat dan berikan ciuman kepada kalian," katanya dengan megah.
Trump akan meneruskan kempennya meskipun Amerika Syarikat menjadi negara tertinggi merekodkan jangkitan COVID-19.
Wisconsin memecahkan rekod kes terbaharu melebihi 3,000 kes setiap hari dalam tempoh seminggu.
Topic Berkaitan
#Donald Trump
#Amerika Syarikat
#politik
#presiden
#calon
#pemilihan presiden
#Biden
#kacak
#kebal
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan