awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Skim Pembiayaan Teman TEKUN salur RM25.17 juta di Sabah tahun lepas
Kanak-kanak hilang di Daro ditemukan lemas
HPUSM tawar pembelajaran teknologi robotik bagi pembedahan lutut
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dakwa diserbu ala 'gangster': Pembayar cukai gagal isytihar pendapatan perniagaan - LHDN

Bernama
Bernama
02/07/2019
20:00 MYT
Dakwa diserbu ala 'gangster': Pembayar cukai gagal isytihar pendapatan perniagaan - LHDN
Sabin berkata, tindakan siasatan diambil setelah memberi pertimbangan kepada semua maklumat dan bukti risikan yang diperoleh dan dianalisis berkaitan dengan pembayar cukai tersebut. - Gambar fail
Hasil siasatan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) mendapati pembayar cukai yang mendakwa premis dan syarikat miliknya diserbu LHDN ala 'gangster' pada tahun lepas, telah gagal mengisytiharkan pendapatan daripada perniagaan yang melibatkan sejumlah pelarian cukai yang besar.
Ketua Pegawai Eksekutif LHDN Datuk Seri Sabin Samitah berkata LHDN bagaimanapun tertakluk kepada kerahsiaan di bawah Seksyen 138, Akta Cukai Pendapatan 1967, yang memperuntukkan bahawa maklumat terperinci berhubung siasatan itu tidak boleh didedahkan kepada pihak ketiga.
Dalam kenyataan yang dikeluarkan pada Selasa susulan dakwaan sebuah kolej bahawa LHDN membuat serbuan ala 'gangster' seperti disiarkan sebuah portal pada Isnin, Sabin berkata LHDN membuat lawatan mengejut ke atas premis pembayar cukai pada Mac 2018.
Menurutnya, tindakan siasatan diambil setelah memberi pertimbangan kepada semua maklumat dan bukti risikan yang diperoleh dan dianalisis berkaitan dengan pembayar cukai tersebut dan proses kerja berhubung tindakan siasatan itu digariskan dalam Rangka Kerja Siasatan Cukai.
"Operasi siasatan ini telah dilaksanakan secara profesional selaras dengan rangka kerja siasatan dan peruntukan undang-undang di bawah Akta Cukai Pendapatan 1967," katanya.
LHDN sedang mempertimbang dan mengkaji secara serius dakwaan yang dibuat serta tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak yang cuba untuk mencemar imej dan nama baik agensi berkenaan dengan membuat dakwaan tidak benar, katanya.
Sabin juga berkata siasatan melalui kaedah lawatan mengejut telah dihentikan serta-merta mulai Mei 2018, iaitu selepas kerajaan baharu mengambil alih pentadbiran negara.
--BERNAMA
Topic Berkaitan
#akta cukai pendapatan
#cukai
#kerahsiaan
#kerajaan
#lawatan mengejut
#LHDN
#pembayar cukai
#Sabin Samitah
#siasatan
#undang-undang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan