Dakwaan buli: Bukan di institusi bawah KPM - Radzi Jidin

Astro Awani
Disember 10, 2021 07:39 MYT
Menurut Menteri Kanan Pendidikan Datuk Mohd Radzi Md Jidin, Kementerian Pendidikan dimaklumkan bahawa tindakan susulan telah diambil. - Gambar fail/Astro AWANI
KUALA LUMPUR: Menteri Kanan Pendidikan Datuk Mohd Radzi Md Jidin menjelaskan bahawa siasatan awal mendapati kejadian buli membabitkan pelajar dalam rakaman video yang tular sejak beberapa hari lalu tidak melibatkan institusi bawah Kementerian Pendidikan (KPM).
“Berkaitan video tular, siasatan awal mendapati ia tidak melibatkan institusi bawah KPM.
“KPM telah berhubung dengan pihak terlibat dan dimaklumkan tindakan susulan telah diambil,” katanya melalui Twitter.
Tambah beliau, KPM komited menyediakan persekitaran sekolah yang selaras dengan konsep ‘Sekolahku Sejahtera’.
BACA: Dakwaan buli: Sekolah dikenal pasti, tunggu siasatan lanjut - Polis Perak

Berkaitan video tular, siasatan awal mendapati ia tidak melibatkan institusi bawah KPM. KPM telah berhubung dengan pihak terlibat & dimaklumkan tindakan susulan telah diambil. KPM komited menyediakan persekitaran sekolah yang selaras dengan konsep #sekolahkuSEJAHTERA. pic.twitter.com/I6TClVnNqX

— Radzi Jidin (@RadziJidin) December 10, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Terdahulu, Polis Perak sedang mengenal pasti pelajar-pelajar yang terlibat dalam kejadian buli yang tular di media sosial sejak beberapa hari lalu.
Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid berkata, polis juga telah mengenal pasti sekolah yang terlibat.
Menurutnya, siasatan sedang dijalankan dan beliau akan mengeluarkan kenyataan lanjut dalam masa terdekat.
Berdasarkan video yang tular, kelihatan sekumpulan pelajar sedang mengepung seorang pelajar lain dan menumpuk perut mangsa sambil tertawa sesama mereka.
Video berdurasi 10 saat itu telah menimbulkan kemarahan netizen dengan pelbagai komen.
#buli #video #sekolah #Radzi Jidin