awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Jualan kereta Eropah meningkat pada November
Komitmen Kerajaan MADANI pastikan setiap pelaburan beri pulangan kepada rakyat - PM Anwar
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dakwaan diperas ugut, anak diculik adalah laporan palsu - Polis

Bernama
Bernama
17/10/2023
09:49 MYT
Dakwaan diperas ugut, anak diculik adalah laporan palsu - Polis
Ketua Polis Daerah Seremban ACP Arifai Tarawe berkata siasatan lanjut menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV) mendapati dakwaan tersebut tidak berlaku. - Gambar hiasan/PDRM
SEREMBAN: Kes tular membabitkan seorang suri rumah yang mendakwa dirinya diperas ugut selain anak lelakinya diculik di rumahnya di Bandar Sri Sendayan di sini dua hari lepas, adalah laporan palsu.
Ketua Polis Daerah Seremban ACP Arifai Tarawe berkata siasatan lanjut menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV) mendapati dakwaan tersebut tidak berlaku.
Beliau berkata wanita berusia 38 tahun itu mendakwa menerima panggilan telefon daripada sebuah syarikat penghantaran barang sebelum didatangi dua lelaki menaiki motosikal dan melarikan anaknya yang berumur dua tahun.
"Menurut wanita itu, suspek memeras ugutnya supaya menggadaikan barang kemas di sebuah kedai pajak gadai di Senawang. Bagaimanapun, penelitian CCTV di kawasan kejadian mendapati perkara tersebut tidak berlaku.
"Sebaliknya, dia dihubungi oleh seorang perempuan yang disyaki scammer dengan meminta wanita itu menggadaikan barang kemas dan memasukkan wang tunai ke dalam akaun yang diberi," katanya dalam kenyataan hari ini.
Arifai berkata wanita terbabit kemudian menghubungi suaminya bagi menyelamatkan dia daripada menjadi mangsa penipuan dalam talian.
Beliau berkata kes disiasat di bawah Seksyen 385 Kanun Keseksaan atas kesalahan pemerasan dan Seksyen 185 Kanun Keseksaaan kerana membuat laporan palsu.
"Motif masih dalam siasatan dan sesiapa yang mempunyai sebarang maklumat tentang kejadian boleh menghubungi Pegawai Penyiasat Insp Muhammad Faizal Mohd Zaini di talian 013- 3613854 atau Ibu Pejabat Daerah Seremban 06-6033222," katanya.
Terdahulu, tular mesej di aplikasi WhatsApp mengenai kejadian berkenaan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#kes tular
#suri rumah diperas ugut
#anak lelaki diculik
#laporan palsu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan