awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Komitmen Kerajaan MADANI pastikan setiap pelaburan beri pulangan kepada rakyat - PM Anwar
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dakwaan jatuhkan kerajaan, USJT Bukit Aman akan siasat Abdul Hadi - Polis

Bernama
Bernama
09/03/2023
06:32 MYT
Dakwaan jatuhkan kerajaan, USJT Bukit Aman akan siasat Abdul Hadi - Polis
Kes melibatkan kenyataan Abdul Hadi itu akan disiasat oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas Bukit Aman. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Siasatan terhadap Presiden Pas Tan Sri Abdul Hadi Awang berhubung kenyataannya yang mendakwa Perikatan Nasional (PN) sedang berusaha menjatuhkan kerajaan, akan dijalankan Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) Bukit Aman.
Ketua Polis Daerah Sentul ACP Beh Eng Lai berkata, pihaknya telah menerima laporan terhadap Ahli Parlimen Marang itu, yang dibuat Pemuda Amanah Nasional dan Angkatan Muda Keadilan (AMK) Selangor di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi semalam.
"Kes berkenaan akan disiasat oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas Bukit Aman," katanya ringkas dalam sidang media di Ibu IPD Sentul, di sini, hari ini ketika diminta mengulas mengenai perkembangan isu berkenaan.
Laporan polis itu dibuat Exco Pemuda Amanah Nasional Fadhli Umar Aminol Huda dan Ketua AMK Selangor Izuan Kasim, berhubung kenyataan Abdul Hadi yang mengakui terdapat usaha dijalankan PN dan parti blok pembangkang untuk menjatuhkan kerajaan pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Abdul Hadi pada Isnin ketika ditemu bual media di Parlimen berkata tiada sesiapa pun boleh menghalang usaha PN tersebut berdasarkan sistem demokrasi diamalkan Malaysia dan ia boleh dilakukan sama ada melalui undi tidak percaya ataupun Surat Akuan Berkanun (SD).
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Abdul Hadi Awang
#Unit Siasatan Jenayah Terkelas
#polis
#jatuhkan kerajaan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan