awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Anak Puteri Mahkota Norway ditahan atas dakwaan serangan menjelang perbicaraan rogol
GMWA2025: Meerqeen terharu sokongan peminat - “Kalau menang itu rezeki…”
Pesakit Palestin tiba di Mesir selepas laluan Rafah dibuka semula secara terhad
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dakwaan laporan forensik kes rogol hilang, polis akan panggil Ketua Wanita MCA

Abd Razak Mohd Ali
Abd Razak Mohd Ali
05/08/2019
10:31 MYT
Dakwaan laporan forensik kes rogol hilang, polis akan panggil Ketua Wanita MCA
Polis akan memanggil Ketua Wanita MCA, Datuk Heng Seai Kie (gambar) untuk merakam percakapan berhubung dakwaan pemilik akaun Facebook 1Malaysia Tolak DAP baru-baru ini. - Gambar fail/BERNAMA
Polis akan memanggil Ketua Wanita MCA, Datuk Heng Seai Kie untuk merakam percakapan berhubung dakwaan pemilik akaun Facebook '1Malaysia Tolak DAP' baru-baru ini.
Ia sebagai susulan laporan yang dibuat Polis Perak sendiri berhubung dakwaan pemilik akaun berkenaan bahawa laporan forensik kes seorang Exco Negeri Perak yang didakwa merogol pembantu warga Indonesia telah hilang.
Timbalan Ketua Polis Perak, Datuk Lim Hong Shuan berkata, polis juga akan memanggil Heng untuk membantu siasatan.
“Untuk kes itu, polis telah klasifikasi kes di bawah fitnah iaitu Seksyen 500 Kanun Keseksaan dan kita sedang menjalankan siasatan dan akan panggil suspek berkenaan untuk menjalankan siasatan.
“Kita akan memanggil dia (Ketua Wanita MCA) untuk merakam percakapan,” katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak di sini, hari ini.
Baru-baru ini, Ketua Polis Perak, Datuk Razarudin Husain menafikan dakwaan pemilik akaun Facebook '1Malaysia Tolak DAP' bahawa laporan forensik kes dakwaan seorang exco Perak merogol pembantu rumah warga Indonesia telah hilang.
Menurutnya, pihak polis sebenarnya masih belum menerima laporan forensik daripada Jabatan Kimia dan juga pihak hospital berhubung dakwaan itu.
Sehubungan itu, satu laporan polis telah dibuat oleh PDRM Perak berhubung kenyataan pemilik akaun berkenaan.
Topic Berkaitan
#DAP
#exco rogol pembantu rumah
#Facebook
#fitnah
#Hospital
#MCA
#PDRM
#polis
#rogol
#siasatan
#suspek
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan