MALAYSIA
Dakwaan minit mesyuarat JAC bocor: Siasatan terarah kepada pendedahan, penyebaran - KPN

Mohd Khalid berkata, siasatan terhadap kes tersebut dikendalikan Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT), Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman. - Gambar fail/Bernama
KUALA LUMPUR: Polis mengesahkan menerima laporan berhubung kebocoran dokumen dipercayai sebagai minit mesyuarat Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman (JAC) yang tular di media sosial baru-baru ini.
Ringkasan AI
- Polis Siasat di Bawah Tiga Akta Utama: PDRM mengesahkan siasatan dijalankan oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) Bukit Aman, di bawah Seksyen 8 Akta Rahsia Rasmi 1972, Seksyen 203A Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
- Fokus Kepada Pendedahan dan Penyebaran Maklumat: Siasatan tertumpu kepada bagaimana dokumen sulit itu boleh tersebar di media sosial, bermula dari Reddit sebelum tular ke Facebook dan X.
- Gesaan Penjelasan dan Tindakan Tegas: Ketua Polis Negara menasihatkan orang ramai agar tidak menyebarkan dokumen terperingkat. Beberapa pihak termasuk pembangkang dan Majlis Peguam mendesak penubuhan RCI.
"Kita akan memanggil semua saksi kompeten untuk dirakamkan keterangan berhubung kes ini," katanya dalam kenyataan, di sini, pada Ahad.
Mohd Khalid berkata, kes itu disiasat mengikut Seksyen 8 Akta Rahsia Rasmi 1972, Seksyen 203A Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
Dalam masa sama, beliau turut menasihatkan orang ramai supaya tidak mendedahkan atau menyebarkan sebarang dokumen yang diklasifikasikan sebagai maklumat terperingkat.
"Tindakan tegas akan diambil terhadap mana-mana pihak yang didapati terlibat dalam pendedahan dan penyebaran maklumat berkenaan," tegasnya.
Petikan dokumen yang dikatakan sebagai minit mesyuarat JAC bertarikh Mei lalu mula tersebar sejak Sabtu, dipercayai dimuat naik di laman Reddit sebelum tular ke platform Facebook dan aplikasi X.
Susulan itu, pelbagai pihak termasuk parti pembangkang mendesak kerajaan agar memberikan penjelasan rasmi berhubung dakwaan yang mengaitkan dokumen tersebut dengan campur tangan dalam pelantikan kehakiman negara.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami