PUTRAJAYA: Tiada pendakwaan terpilih dalam isu melibatkan pertuduhan kes Program Jana Ekonomi Pemerkasaan Kontraktor Bumiputera Berwibawa (Jana Wibawa), ujar Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuhan Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki.
Sebaliknya tegas Azam, SPRM menjalankan siasatan secara profesional dan bergantung kepada aduan dan maklumat yang diterima.
"Apabila kita terima satu aduan, dan maklumat serta ia mengandungi unsur-unsur kesalahan jenayah terutama sekali di bawah akta kami, maka siasatan kita akan dijalankan.
"Jadi SPRM ini saya tegaskan sekali lagi, kita bukan alat mana-mana parti politik dan sebagainya.Kita menjalankan siasatan berdasarkan kepada keterangan yang ada. Jadi tiada pendakwaan terpilih dalam isu ini," katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat SPRM di sini pada Khamis.
Sebelum ini, Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin mendakwa parti itu menjadi mangsa 'pendakwaan terpilih' selepas Ketua Penerangannya, Datuk Wan Saiful Wan Jan didakwa atas dakwaan rasuah RM6.9 juta di Mahkamah Sesyen di Kuala Lumpur.
Dalam pada itu katanya, beberapa lagi kertas siasatan berhubung projek Jana Wibawa akan dibuka untuk tindakan seterusnya.
"Siasatan kita masih dijalankan. Beberapa kertas siasatan telah dibuka dan kelmarin kita telah siapkan dan telah dikemukakan kepada Peguam Negara, dan dijalankan pertuduhan.
"Ada beberapa kertas siasatan lagi masih dalam tindakan. Pegawai saya sedang menyiapkan kertas siasatan berkenaan. Bukan sahaja pemimpin, mana-mana pihak pun sekiranya terlibat dalam menerima suapan, untuk suatu perkara yang menyalahi akta kita, maka mereka akan dicadangkan pertuduhan di mahkamah.
"Sebelum ini sudah ada 3 IP (kertas siasatan). Saya rasa ada dalam 3, 4 lagi IP. Itu bergantung kepada kes-kes yang dibuka," jelasnya lagi.
Rahimah Abdullah
Thu Feb 23 2023
Azam Baki menegaskan, SPRM menjalankan siasatan secara profesional dan bergantung kepada aduan dan maklumat yang diterima. - Astro AWANI
Lelaki maut, rakan parah bergaduh di pusat hiburan
Lelaki berusia 20-an itu disahkan meninggal dunia akibat kecederaan parah ketika mendapatkan rawatan di Hospital Queen Elizabeth (HQE).
Aidiladha ini, kami korbankan diri sendiri - Penduduk Palestin
Orang ramai meletakkan sejadah antara runtuhan bangunan yang musnah, manakala kanak-kanak memakai pakaian yang masih ada untuk menunaikan solat sunat Aidiladha.
Kekejaman zionis: Angka korban di Palestin meningkat ke 37,296
Tentera Israel melancarkan tiga operasi ketenteraan di Gaza sejak 24 jam lalu, menyebabkan 30 orang maut dan mencederakan 95 yang lain.
Hidup ini keras, haji adalah latihannya - Mufti Selangor
'Hidup ini keras' merupakan satu ungkapan yang biasa digunakan bagi mengambarkan realiti kehidupan dan kepayahan dalam menempuh segala cabaran di dunia ini.
Menurut Mufti Selangor, Prof. Madya Datuk Dr. Anhar Opir, ungkapan itu juga sinonim dengan ibadat haji, yang melatih jemaahnya untuk berupaya menanggung kesukaran hidup.
Menurut Mufti Selangor, Prof. Madya Datuk Dr. Anhar Opir, ungkapan itu juga sinonim dengan ibadat haji, yang melatih jemaahnya untuk berupaya menanggung kesukaran hidup.
PM Anwar luang masa ziarah keluarga Fadhlina
Anwar yang tiba di Surau Al-Mujahidin, Desa Surada, Bangi pada pukul 12.55 tengah hari ditemani isteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.
Pelakon Indonesia, Risky Tagor berjaya tunai haji dua kali
Meskipun baru berusia 35 tahun, pelakon dan pempengaruh Indonesia Risky Tagor berjaya menunaikan ibadah haji sebanyak dua kali.
Berkongsikan pengalaman unik tersebut kepada Astro AWANI, beliau berkata walaupun ibadah itu sudah dikerjakan pada tahun 2017, pengalaman mengerjakan haji tahun ini merupakan satu pengalaman berharga dan bernilai.
Berkongsikan pengalaman unik tersebut kepada Astro AWANI, beliau berkata walaupun ibadah itu sudah dikerjakan pada tahun 2017, pengalaman mengerjakan haji tahun ini merupakan satu pengalaman berharga dan bernilai.
Saifuddin sahkan terima aduan kebocoran, serah Fahmi isu sekat Telegram
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail mengesahkan polis telah terima aduan berhubung kebocoran dokuman siasatan kes pembunuhan kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan Abdul Matiin.
Jadi duta pelancongan tanggungjawab berat, namun ia satu tuah - Fan Bingbing
Beliau berkata Melaka merupakan satu destinasi pelancongan yang unik dan berbeza dengan kebanyakan tempat pelancongan terkenal yang lain.
20 perompak pecah masuk kedai emas di California
Dalam insiden berkenaan, suspek dilihat memecah pintu kedai dan cermin meja pameran menggunakan tukul sebelum bertindak melarikan barang kemas.
KDN utamakan selesai permohonan kewarganegaraan anak tidak sah taraf, anak angkat
Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan beri keutamaan dalam penyelesaian permohonan kewarganegaraan bagi kategori anak tidak sah taraf dan anak angkat.
Rasuah dalam jabatan: SPRM akan bincang dengan KSN, KPPA - Azam Baki
SPRM akan adakan perbincangan dengan JPA dan Ketua Setiausaha Negara berkenaan mekanisme pelaporan isu bekaitan rasuah oleh ketua jabatan.
SPRM belum terima panggilan menantu Muhyiddin untuk serah diri
SPRM masih belum menerima panggilan daripada ahli perniagaan, Datuk Muhammad Adlan Berhan iaitu menantu kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Dua peguam ditahan SPRM: LFL tuntut kerajaan campur tangan
Adalah tidak boleh diterima apabila SPRM menafikan aduan peguam sebelum membuat sebarang siasatan terhadap dakwaan mereka, kata LFL.
Penahanan Peguam: Tidak timbul isu ganggu hak awam dapatkan wakil perundangan - SPRM
SPRM nafikan tohmahan yang dilemparkan oleh peguam-peguam dalam satu sidang media berkaitan siasatan kes penyelewengan kutipan dana JMC.
Tanah rizab Melayu: SPRM mungkin panggil bekas Exco Perak bantu siasatan
Saksi-saksi berkenaan termasuk bekas Exco kerajaan negeri dan petugas Pejabat Tanah dan Galian (PTG) Perak dalam perkhidmatan ketika itu.
Rasuah pendaftaran nikah di Thailand: SPRM tak tolak pegawai lebih tinggi terlibat
SPRM tidak menolak kemungkinan penglibatan pegawai lebih tinggi dalam kes rasuah RM1.18 juta melibatkan urusan pendaftaran perkahwinan pasangan bernikah di Thailand.
'Kontena terbang': Beberapa individu termasuk warga Singapura akan ditahan - Azam Baki
SPRM akan menahan tiga lagi individu yang disyaki terlibat dalam kes kontena lari cukai ("kontena terbang") termasuk seorang warga Singapura yang dipercayai menjadi dalang kes terbabit.
SPRM terima aduan baharu berkaitan isu kontrak suami Hannah Yeoh
SPRM menerima beberapa aduan baharu berkaitan isu kontrak yang diterima oleh suami Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh daripada kerajaan Selangor.
Tukar status tanah rizab Melayu satu kesalahan - SPRM
SPRM menggesa mana-mana pihak untuk salurkan maklumat berhubung sebarang penyelewengan berkait penukaran status tanah rizab Melayu.
SPRM setuju lanjut tempoh isytihar harta anak Tun M - Azam Baki
SPRM membenarkan tempoh lanjutan pengisytiharan harta dua anak bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.