awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Jualan kereta Eropah meningkat pada November
Komitmen Kerajaan MADANI pastikan setiap pelaburan beri pulangan kepada rakyat - PM Anwar
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dakwaan peras ugut pesalah trafik Singapura, anggota boleh ditamat perkhidmatan jika bersalah

Sinar Harian
Sinar Harian
08/10/2022
23:40 MYT
Dakwaan peras ugut pesalah trafik Singapura, anggota boleh ditamat perkhidmatan jika bersalah
Kamarul Zaman berkata, anggota polis trafik terbabit kini ditukarkan kepada penugasan yang tidak berurusan dengan orang ramai secara serta-merta. -Gambar hiasan
JOHOR BAHRU: Jabatan Integriti Pematuhan Standard (JIPS) Kontinjen Johor ketika ini masih menyiasat kejadian seorang anggota polis trafik yang didakwa melakukan pemerasan terhadap pasangan suami isteri warga Singapura di Johor Bahru, 29 September lalu.
Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata, hukuman yang boleh dikenakan bermula daripada tugasan memenatkan sehingga boleh ditamatkan perkhidmatan dalam pasukan jika didapati bersalah.
Beliau berkata, anggota polis trafik terbabit kini turut ditukarkan kepada penugasan yang tidak berurusan dengan orang ramai secara serta-merta.
"Polis Johor memandang serius perkara ini yang boleh mencemarkan nama baik dan reputasi serta imej pasukan polis.
"Kes ini juga sedang disiasat oleh JIPS untuk tindakan lanjut, termasuk siasatan daripada aspek penyeliaan,” katanya menerusi satu kenyataan pada Sabtu.
Sebelum itu, sebuah portal berita di Singapura melaporkan mengenai kejadian pasangan suami isteri yang mendakwa ditahan anggota polis trafik berkenaan berhampiran Tambak Johor, Johor Bahru sekitar 4 petang pada tarikh berkenaan dan meminta RM500 sebagai bayaran denda untuk melepaskan mereka yang ditahan atas kesalahan melanggar lampu isyarat merah sebanyak dua kali.
Seorang wanita yang hanya dikenali sebagai Cao, 39, berkata, anggota polis trafik itu kemudiannya memeriksa lesen dan pasport suaminya dan kemudian meminta mereka mengikutnya ke balai polis.
Bagaimanapun, selepas hampir 500 meter mengekori dari belakang, anggota polis itu meminta mereka berhenti dan mengarahkan mereka keluar sebelum meminta wang RM500.
Dalam masa sama katanya, pihaknya sama sekali tidak akan bertoleransi atau berkompromi dengan mana-mana perbuatan oleh pegawai dan anggota yang menyalahi undang-undang serta etika sebagai penjawat awam. -Sinar Harian
Topic Berkaitan
#JIPS Kontinjen Johor
#anggota polis trafik
#peras ugut
#warga singapura
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan