awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
16 maut ketika gelombang cuaca beku berpanjangan di New York
Nilai gabungan SpaceX, xAI milik Elon Musk bakal cecah AS$1.25 trilion
Benzema sah sertai Al‑Hilal selepas tinggalkan Al‑Ittihad
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dakwaan pesawat terhempas di Klang tiada kotak hitam dirujuk kepada CAAM - KPN

Astro Awani
Astro Awani
14/02/2024
09:00 MYT
Dakwaan pesawat terhempas di Klang tiada kotak hitam dirujuk kepada CAAM - KPN
Razarudin berkata, siasatan yang dikendalikan pihaknya lebih menjurus kepada perkara lain yang berkaitan kemalangan.
IPOH: Siasatan berkaitan dakwaan pesawat terhempas di Kampung Tok Muda, Kapar, Klang, tidak dilengkapi kotak hitam dan perakam data penerbangan diserahkan kepada Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM).
Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, siasatan yang dikendalikan pihaknya lebih menjurus kepada perkara lain yang berkaitan kemalangan.
"Isu teknikal seperti ini adalah di bawah siasatan CAAM. Mereka yang akan uruskan sama ada (kotak hitam) itu ada atau tidak... semuanya berdasarkan siasatan CAAM.
"Di pihak kita, kita jalankan siasatan atas kemalangan yang berlaku," katanya.
Bedah siasat selesai, punca kematian akibat pelbagai kecederaan - Polis
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Penutupan Ujian Mara Lasak Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA) Tahun 2024 di Pusat Latihan Pasukan Gerakan Am (PGA) Ulu Kinta, di sini pada Rabu.
Mengulas lanjut, Razarudin berkata, pihaknya masih menjalankan siasatan mengenai kejadian berkenaan dan akan bekerjasama dengan CAAM.
"Siasatan kemalangan kita akan jalankan. CAAM pun akan buat siasatan sama atas kemalangan ini," katanya.
Media sebelum ini melaporkan, pesawat ringan model BK 160 Gabriel yang terhempas pada Selasa itu dikatakan tidak mempunyai kotak hitam, selain tidak dilengkapi kotak perakam suara kokpit (CVR).
Ia juga dikatakan tidak mempunyai perakam data penerbangan (FDR) serta kelengkapan sistem kedudukan global (GPS).
Perkara itu didedahkan seorang pegawai agensi di bawah Kementerian Pengangkutan.
Pada Selasa, pesawat itu berlepas dari Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang jam 1.28 tengah hari bagi penerbangan rekreasi dengan hubungan terakhir dengan pegawai kawalan trafik udara dilaporkan pada jam 1.35 tengah hari.
Nahas itu mengorbankan dua mangsa iaitu juruterbang dan penumpang iaitu Daniel Yee Hsiang Khoon, 31, dan Roshaan Singh Raina, 43.
Jasad mangsa ditemukan berada dalam kokpit pesawat pada kedalaman 1.52 meter dalam tanah dengan mangsa pertama dikeluarkan pada jam 7.06 malam disusuli mangsa kedua 11 minit kemudian.
Topic Berkaitan
#pesawat terhempas di klang
#kotak hitam
#perakam data penerbangan
#KPN
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan