SERDANG: Jabatan Perikanan Malaysia (DOF) menyangkal dakwaan penggunaan pelet plastik dijadikan sebagai makanan ikan sehingga menimbulkan kebimbangan dalam kalangan penternak akuakultur.
Sebaliknya kata Pengarah Kanan Bahagian Akuakultur, Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Azahari Othman, ia hanyalah satu kekeliruan.
"Baru-baru ini, sebuah kilang kitar semula di Kuala Muda telah diserbu oleh Jabatan Alam Sekitar (JAS) dan didapati memproses bahan kitar semula menjadi pelet plastik dan membungkusnya menggunakan beg plastik kitar semula," katanya ketika ditemui di majlis pelancaran Banci Pertanian 2024 di sini pada Khamis.
Jelas beliau, beg pembungkusan yang digunakan adalah beg makanan ikan dan menimbulkan kekeliruan dalam kalangan penternak bahawa pelet plastik tersebut adalah makanan ikan.
"DOF ingin menegaskan bahawa kilang kitar semula tersebut tidak mempunyai kaitan dengan PSJ Feed Sdn Bhd, sebuah kilang makanan ikan yang sah dan beroperasi di Pulau Pinang sejak tahun 2022," ujar beliau.
Azahari berkata, PSJ Feed Sdn Bhd dalam proses mendapatkan pensijilan kualiti ikan (FQC) yang menunjukkan komitmen mereka terhadap kualiti dan keselamatan produk.
"Siasatan akan dibuat oleh DOF dengan pengambilan sampel makanan di kilang PSJ Feed Sdn Bhd bagi pengesahan komposisi makanan.
"Keputusan analisa sampel makanan ikan akan dikeluarkan dalam tempoh 14 hari bekerja," katanya.
Pada Rabu, JAS melakukan serbuan terhadap kilang yang terletak di Kuala Muda, Kedah didakwa disyaki memproses plastik terpakai menjadi pelet makanan ikan.
Hasil pemeriksaan menemukan kira-kira 100 tan metrik yang telah selesai diproses sebagai pelet dan dibungkus dalam plastik bertulis makanan ikan air tawar. - Sinar Harian
Sinar Harian
Thu Jul 04 2024
Pada Rabu, JAS melakukan serbuan terhadap kilang yang terletak di Kuala Muda, Kedah didakwa disyaki memproses plastik terpakai menjadi pelet makanan ikan.
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
Dakwaan proses plastik terpakai jadi pelet ikan hanyalah kekeliruan
Jabatan Perikanan Malaysia (DOF) menyangkal dakwaan penggunaan pelet plastik dijadikan sebagai makanan ikan sehingga menimbulkan kebimbangan dalam kalangan penternak akuakultur.