awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sepanyol bakal haramkan remaja bawah 16 tahun guna media sosial
PASFA bayar dividen RM1.508 juta kepada 750 peserta tahun ini - Wan Rosdy
MEF sambut baik gesaan kerajaan ke arah ekosistem perniagaan yang lebih kukuh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dakwaan Sabah berjuang sendiri perangi COVID-19 tidak berasas - Abdul Rahim

Bernama
Bernama
03/04/2020
22:29 MYT
Dakwaan Sabah berjuang sendiri perangi COVID-19 tidak berasas - Abdul Rahim
Abdul Rahim yang juga Ahli Parlimen Kudat turut menyifatkan dakwaan itu sebagai serkap jarang dan mengelirukan rakyat. -Gambar fail
Dakwaan kerajaan Sabah berjuang bersendirian tanpa bantuan daripada kerajaan Persekutuan, dalam memerangi penularan wabak COVID-19 adalah tidak berasas dan keterlaluan, kata Timbalan Menteri Kewangan I Datuk Abdul Rahim Bakri.
Abdul Rahim yang juga Ahli Parlimen Kudat turut menyifatkan dakwaan itu sebagai serkap jarang dan mengelirukan rakyat.
"Fakta sebenar yang perlu diketahui ialah kesemua peruntukan dan inisiatif menerusi Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN) bernilai RM250 bilion bagi menangani kesan wabak COVID-19 tidak pernah meminggirkan kepentingan rakyat dan negeri Sabah yang merupakan rakan kongsi Persekutuan Malaysia.
"Walaupun pada hakikatnya pemerintah negeri Sabah iaitu Parti Warisan Sabah (Warisan) dan rakan komponennya memilih untuk berada dalam barisan pembangkang," kata Abdul Rahim yang juga Ketua Bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Kudat dalam kenyataan, di sini, pada Jumaat.
Beliau berkata demikian bagi mengulas dakwaan kononnya kerajaan negeri Sabah terpaksa bekerja keras memerangi COVID-19 secara sendirian dan terpaksa mengharapkan bantuan daripada badan kebajikan untuk membeli kelengkapan kesihatan.
Abdul Rahim berkata kerajaan Sabah tidak bersendirian kerana penjawat awam seperti doktor, jururawat, polis, tentera, bomba dan RELA adalah anggota perkhidmatan kerajaan Persekutuan yang menjadi barisan hadapan dalam memerangi wabak COVID-19.
"Kerajaan Perikatan Nasional ketika ini tidak berminat untuk bermain politik melainkan fokus untuk membantu rakyat dalam mengharungi situasi yang belum pernah terjadi sebelum ini," katanya, dan menambah, menjaga keselamatan dan kesihatan rakyat adalah tanggungjawap bersama melangkaui batas politik.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Abdul Rahim Bakri
#Ahli Parlimen Kudat
#badan kebajikan
#COVID-19
#kelengkapan kesihatan
#koronavirus
#serkap jarang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan