Lembaga Tabung Haji (TH) menyifatkan dakwaan berterusan sesetengah pihak terhadapnya adalah berbaur politik.
Menurut TH, dakwaan yang mengaitkan cabaran perniagaan yang dihadapi TH Heavy Engineering (THHE) kepada penahanan bekas ketua pegawai eksekutif syarikat itu adalah untuk mengelirukan masyarakat.
"Isu penahanan ini berdasarkan siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tentang tuduhan salah laku individu. THHE adalah salah sebuah daripada syarikat pelaburan TH yang tersenarai di Bursa Malaysia.
"Oleh itu, ia mempunyai lembaga pengarah dan struktur tadbir urus tersendiri. THHE juga telah mengedarkan kenyataan akhbar bagi menekankan bahawa syarikat akan terus memberi kerjasama sepenuhnya kepada pihak berkuasa untuk menjalankan siasatan," menurut TH dalam kenyataan di sini hari ini.
Dalam kenyataan itu TH turut menjelaskan cabaran perniagaan yang dihadapi THHE berpunca daripada kejatuhan harga minyak mentah global sejak 2014 yang memberi impak kepada industri minyak dan gas Malaysia serta keadaan ekonomi dunia.
Selain itu, ia turut memberi impak kepada aktiviti cari gali serta pengeluaran minyak dan gas sekali gus membawa kesan negatif kepada syarikat-syarikat yang terlibat dalam industri itu secara keseluruhan.
"Banyak syarikat terpaksa berhadapan dengan realiti pengecilan, pemotongan kos dan penstrukturan semula aktiviti utama syarikat.
"Seperti yang dihadapi kebanyakan syarikat dalam industri ini, kejatuhan harga minyak mentah dan ramalan keadaan sektor yang kurang memberangsangkan telah memberi tekanan kepada kewangan THHE serta kesan kepada perniagaannya," menurut kenyataan itu.
TH juga menegaskan pihaknya mengalu-alukan siasatan pihak berkuasa untuk membanteras aktiviti yang menyalahi undang-undang dan penyalahgunaan kuasa bagi memastikan ketelusan, akauntibiliti, integriti serta amalan perniagaan yang baik kekal sebagai kriteria penting dalam tadbir urus korporatnya.
Sebagai syarikat pelaburan berkaitan kerajaan, ia tidak akan berkompromi dan mengambil langkah sewajarnya dalam membendung sebarang perlakuan rasuah, penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa.
"TH sentiasa memberi fokus kepada prestasi terbaik dalam perniagaan dan pelaburannya, berlandaskan syariah demi kepentingan pendepositnya.
"Hala tuju pelaburan TH adalah berdasarkan polisi Alokasi Aset Strategik. Setiap aktiviti pelaburan akan melalu proses penilaian yang tegar termasuk proses kelulusan," menurut kenyataan itu. - BERNAMA
Bernama
Fri Nov 18 2016
TH menegaskan pihaknya mengalu-alukan siasatan pihak berkuasa untuk membanteras aktiviti yang menyalahi undang-undang dan penyalahgunaan kuasa bagi memastikan ketelusan, akauntibiliti, integriti serta amalan perniagaan yang baik kekal. - Gambar fail
Mohd Rosli terima pangkat Laksamana Maritim Malaysia
Ketua Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Datuk Mohd Rosli Abdullah, secara rasmi telah menerima pemakaian pangkat Laksamana Maritim berkuat kuasa hari ini.
Dana Ihsan MADANI: Maxis, Astro, Bumi Armada, MEASAT sumbang RM5 juta
Empat syarikat korporat, Maxis, Astro, Bumi Armada dan Measat secara kolektif memberi sumbangan RM5 juta kepada dana Ihsan Madani bagi menyokong usaha bantuan dan pemulihan banjir.
AWANI Ringkas: Titah Adendum | Letak Jawatan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI Ringkas: Flysiswa | 1MDB
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Pindaan Ordinan Buruh Sarawak lindungi hak 1.46 juta pekerja - Sim
Rang Undang-Undang Ordinan Buruh Sarawak (Pindaan) 2024 yang diluluskan oleh Dewan Rakyat hari ini bakal memastikan hak 1.46 juta pekerja di negeri itu dilindungi.
10 Berita Pilihan - (12 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Ringgit terus alami penurunan selepas data IHP AS dikeluarkan
Ringgit ditutup lebih rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) untuk hari keempat berturut-turut pada Khamis.
AWANI Tonight 12 Dec 2024
#AWANITonight with @_farhanasheikh
1. PM launches National AI Office
2. Australia to charge tech companies for news content
#AWANIEnglish #AWANINews
1. PM launches National AI Office
2. Australia to charge tech companies for news content
#AWANIEnglish #AWANINews
Consider This: Climate Policy — What's Next for Malaysia in 2025
Following the conclusion of COP29 in Baku, the global climate conversation shifts once again to action—or the lack of it. What lessons can we draw from those global negotiations? And might they shape Malaysia’s ASEAN chairmanship in 2025? On this episode of #ConsiderThis Melisa Idris speaks with Nik Nazmi Nik Ahmad, Minister of Natural Resources and Environmental Sustainability. His new book is titled ‘Saving the Planet: Climate and Environmental Lessons from Malaysia and Beyond’.
AWANI 7:45 [12/12/2024] - Perbahasan Ahli Parlimen | Kontroversi Pulau Batu Puteh | Masa depan negara | Hujan berterusan tahap waspada
Kontroversi Pulau Batu Puteh, Dewan Rakyat bahas laporan Suruhanjaya Di Raja.
Tiga bekas menteri dakwa Tun Mahathir buat keputusan tanpa rujuk Kabinet.
Malaysia negara awal dunia tumpuan tinggi pendapatan digital.
Hujan berterusan lima negeri sehingga Jumaat.
Tiga bekas menteri dakwa Tun Mahathir buat keputusan tanpa rujuk Kabinet.
Malaysia negara awal dunia tumpuan tinggi pendapatan digital.
Hujan berterusan lima negeri sehingga Jumaat.
TH beri komitmen kepada Pasukan Petugas Khas polis tangani isu penipuan
Lembaga Tabung Haji (TH) menyatakan komitmen penyertaan mereka dalam Pasukan Petugas Khas bagi menangani isu jemaah haji terkandas dan penipuan pakej haji yang ditubuhkan Polis Diraja Malaysia (PDRM).
14 sekeluarga tunai haji bersama, hasil menabung selama 35 tahun
Baharin Osman dapat melihat hasil daripada disiplin menabung apabila mereka sekeluarga, 14 orang kesemuanya, dapat menunaikan haji pada musim ini, 1445H/2024M.
Makkah Route: Bukti keyakinan Arab Saudi kepada Malaysia
Pelaksanaan inisiatif Makkah Route untuk kali keenam membuktikan pengiktirafan antarabangsa dan keyakinan pihak Arab Saudi terhadap Tabung Haji.
Jemaah haji terkandas: TH tidak terima laporan rasmi setakat ini
Lembaga Tabung Haji (TH) setakat ini tidak menerima laporan rasmi berhubung kejadian rakyat Malaysia terkandas di Makkah dan Madinah akibat terpedaya dengan pakej haji menggunakan visa pelancong.
TH sedia sepenuhnya santuni 31,600 jemaah haji
Persediaan Tabung Haji kini mencapai skala 90 peratus lengkap, sementara 10 peratus lagi menanti kedatangan KT jemaah pertama pada 9 Mei.
TH tanggung lebih RM350 juta kos tunai haji tahun ini
Lembaga Tabung Haji menanggung lebih RM350 juta membabitkan kos menunaikan haji menerusi Bantuan Kewangan Haji pada tahun ini.
TH sumbang RM1 juta bantu asnaf bermasalah pendengaran
Lembaga Tabung Haji (TH) menyumbang RM1 juta bagi Program Pusat Audiometrik Bergerak untuk membantu warga asnaf yang mempunyai masalah pendengaran.
TH tawar perlindungan takaful berganda TH Khairat sehingga RM24,000
Lembaga Tabung Haji (TH) menawarkan peluang kepada pendeposit untuk mendapatkan perlindungan takaful TH Khairat berganda dengan manfaat kewangan sehingga RM24,000 menerusi dua sijil perlindungan.
Jangan tertipu! Upah haji RM1,000- RM3,500 terlampau rendah - TH
Syed Saleh menambah tawaran badal haji pada harga sekitar RM1,000 sehingga RM3,500 ke atas disifatkan terlampau murah.
Penerbangan pertama haji dijangka 21 Mei, TH masih merayu kuota tambahan
Jumlah sebenar jemaah yang akan menunaikan haji tahun ini belum diketahui kerana TH masih dalam proses mengemukakan rayuan kuota tambahan.