awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
JKSB terima dua pengiktirafan MBOR untuk sistem Pengurusan Trafik AI Pintar
Agong lawat dua pusat pembuatan pertahanan teknologi canggih di Abu Dhabi
Peniaga di destinasi pelancongan diingatkan tidak naikkan harga, tipu sukatan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dalam kesibukan, PM sempat luangkan masa teman kanak-kanak makan nasi lemak

Astro Awani
Astro Awani
09/10/2021
10:20 MYT
Dalam kesibukan, PM sempat luangkan masa teman kanak-kanak makan nasi lemak
Masih lagi mengenakan baju Hari Sukan Negara (HSN) 2021, Ahli Parlimen Bera itu difahamkan baru sahaja selesai melancarkan HSN2021 sebelum ternampak keletah anak kecil yang menarik perhatiannya itu. - Foto Instagram Ismail Sabri
KUALA LUMPUR: Rutin harian sebagai Perdana Menteri sudah semestinya sibuk sejak dari awal membuka mata sehinggalah malam - ketika menutup mata untuk tidur - malah mungkin lewat malam baru dapat melelapkan mata.
Begitupun, dalam kesibukan memenuhi jadual ditetapkan, ia tidak menghalang Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob untuk meluangkan masa, berborak seketika dengan rakyat.
Terbaharu, menerusi Instagram rasmi beliau, Ismail Sabri berkongsikan video ringkas beliau berbual dengan dua anak kecil yang sedang sarapan di Kawasan Rehat dan Rawat (R&R), Lebuhraya Kajang - Seremban (Lekas).
“Ternampak dua anak kecil ini sedang makan nasi lemak bersama bapa mereka di R&R Lekas.
“Teruja melihat telatah mereka yang comel dan petah berkata-kata,” tulis beliau dalam status tersebut yang setakat artikel ini ditulis, ia ditonton lebih 40,000 pengguna.
View this post on Instagram
A post shared by ismailsabri60 (@ismailsabri60)
Masih lagi mengenakan baju Hari Sukan Negara (HSN) 2021, Ahli Parlimen Bera itu difahamkan baru sahaja selesai melancarkan HSN2021 sebelum ternampak keletah anak kecil yang menarik perhatiannya itu.
Dalam video berdurasi 53 saat itu, beliau bertanya keluarga tersebut datang dari mana malah sempat duduk sebentar di sebelah dua kanak-kanak bertuah itu.
Mengikut kata bapanya, anak kecil itu seorang berusia enam tahun dan seorang lagi dua tahun, singgah sebentar untuk makan nasi lemak di situ.
“Makan apa?” soal Ismail Sabri kepada salah seorang kanak-kanak itu.
“Nasi lemak,” jawab kanak-kanak itu pantas.
“Nak bergambar dengan PM?,” bapanya pula bertanya kepada anaknya itu.
“Nak,” jawabnya pantas sebelum pegawai Perdana Menteri merakamkan detik berharga buat tatapan keluarga itu kelak.
Kanak-kanak itu pada waktu ini mungkin tidak begitu mengerti apa yang berlaku namun satu masa nanti, pastinya ia akan menjadi kenangan yang tidak dilupakan buat mereka.
Topic Berkaitan
#ismail sabri yaakob
#Perdana Menteri
#Instagram
#Kanak-kanak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan