KUALA LUMPUR: Dana akaun amanah masih berbaki sebanyak RM15.76 bilion termasuk hibah dan untung/rugi tukaran asing dan hanya mencukupi untuk menampung sebahagian besar prinsipal dan faedah hutang 1MDB pada tahun 2022 iaitu sebanyak RM16.18 bilion.
Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata bagi menampung kekurangan dana tersebut, kerajaan telah memperuntukkan sebanyak RM1.53 bilion untuk tujuan pelunasan faedah hutang 1MDB pada tahun 2022.
Berdasarkan aliran tunai penyelesaian hutang 1MDB, jangkaan dana penyelesaian yang bakal diterima daripada AmBank adalah RM515 juta dan baki jaminan pemulihan aset oleh Goldman Sachs sebanyak kira-kira US$954 juta.
"Kerajaan masih perlu menampung kekurangan, atau shortfall keperluan dana sebanyak RM17 bilion bagi tujuan pelunasan baki prinsipal dan faedah hutang 1MDB sebanyak RM38.8 bilion untuk tempoh 2022 hingga 2039," katanya semasa menjawab soalan pertanyaan menteri di Dewan Rakyat, hari ini.
Teks jawapan beliau dibacakan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Idris Ahmad.
Berikutan daripada masalah kewangan yang dihadapi 1MDB, Tengku Zafrul berkata kerajaan telah menyalurkan bantuan kewangan dalam bentuk pinjaman atau pendahuluan berjumlah RM10 bilion dari April 2017 hingga November 2021.
Dana itu disalurkan melalui Kementerian Kewangan dan syarikat Menteri Kewangan Diperbadankan (MKD) bagi tujuan bayaran komitmen dan faedah hutang 1MDB.
"Selain daripada bantuan kewangan langsung daripada kerajaan, faedah hutang 1MDB juga dibiayai dengan menggunakan dana pemulihan aset 1MDB yang diakaunkan di dalam satu akaun amanah di bawah Kementerian Kewangan yang diberi nama Akaun Amanah Mendapatkan Kembali Aset," katanya.
Setakat 28 Februari, 2022, jumlah dana pemulihan aset 1MDB yang telah berjaya didapatkan kembali adalah sebanyak RM19.14 bilion daripada beberapa mata wang asing termasuk dolar Amerika Syarikat, dolar Singapura dan dolar Australia.
Tengku Zafrul berkata dana ini telah dan akan digunakan bagi tujuan pembayaran hutang 1MDB di mana setakat 28 Februari 2022, sebanyak RM3.31 bilion telah digunakan untuk tujuan pelunasan faedah Bon/Sukuk 1MDB.
"Ini menjadikan jumlah pembayaran yang telah dibuat oleh kerajaan/ syarikat MKD adalah sebanyak RM13.31 bilion," tambahnya.
Sementara itu, beliau berkata, jumlah keseluruhan pembayaran semula pinjaman yang dibayar kepada Kumpulan Wang Persaraan Diperbadankan (KWAP) antara tahun 2014 sehingga 28 Februari 2022 adalah sebanyak RM5.06 bilion.
Menurutnya, jumlah bayaran tersebut adalah terdiri daripada RM314.72 juta yang dibayar oleh SRC International Sdn Bhd, manakala jumlah yang dibayar oleh kerajaan adalah sebanyak RM4.74 bilion.
"Jumlah ini adalah termasuk bayaran prinsipal, keuntungan dan ta'widh (gantirugi kepada peminjam akibat daripada kelewatan)," katanya.
Tengku Zafrul berkata pembayaran terakhir bagi pembiayaan daripada KWAP tersebut telah dijadualkan pada 28 Mac, 2022 yang berjumlah RM610.22 juta dan kesemua pembayaran yang dilakukan oleh kerajaan adalah daripada sumber kewangan kerajaan.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Mar 17 2022
Tengku Zafrul berkata bagi menampung kekurangan dana tersebut, kerajaan telah memperuntukkan sebanyak RM1.53 bilion untuk tujuan pelunasan faedah hutang 1MDB pada tahun 2022. - Gambar/ Bernama
Terdapat keperluan tambah bilangan wanita isi jawatan KSU, KP - PM Anwar
Anwar berkata jumlah pimpinan wanita sedia ada tidak mencerminkan jumlah keseluruhan 42 peratus golongan itu yang terlibat sebagai pembuat keputusan dalam perkhidmatan awam ketika ini.
Norjuma didakwa atas lima tuduhan cedera, khianat
Bekas personaliti televisyen Norjuma Habib Mohamed didakwa atas tiga pertuduhan menyebabkan kecederaan ke atas tiga individu dan dua pertuduhan melakukan khianat.
Pegawai kanan polis lindungi sindiket haram diarah isytihar harta - Azam Baki
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah memberikan notis pengisytiharan harta, dengan tarikh akhir pada 28 April ini, kepada pegawai kanan polis yang ditahan kerana disyaki melindungi sind
Malaysia, Jepun perkukuh kerjasama strategik dalam sektor binaan - Nanta
Kerajaan Malaysia dan Jepun memperkukuhkan kerjasama strategik dalam sektor teknologi dan digitalisasi pembinaan, infrastruktur jalan, pengurusan bencana dan cerun.
Bangkai, serpihan helikopter terhempas dibawa keluar dari lokasi nahas
Operasi membawa keluar bangkai dan serpihan pesawat HOM (M503-3) dan Fennec (M502-6) itu dimulakan pada jam 9 pagi pada Khamis dan selesai sekitar jam 4.30 petang tadi.
MOT cadang perkenal perkhidmatan komuter sokong RTS Link
Kementerian Pengangkutan bercadang memperkenalkan perkhidmatan komuter bagi menyokong projek RTS Link yang akan beroperasi sepenuhnya pada 1 Jan 2027.
Niaga AWANI: Meta turunkan jangkaan untuk hasil suku kedua
Meta meramalkan pendapatan suku kedua mungkin berada di bawah jangkaan pasaran, menandakan kemungkinan semakan mengenai teknologi AI baharu yang boleh meningkatkan perniagaan syarikat.
#NiagaAWANI
#NiagaAWANI
Niaga AWANI: Dunia siber yang selamat perlu input wanita - Nurul Izzah
Nurul Izzah berkata, sasaran dunia siber yang lebih selamat memerlukan input daripada wanita untuk memahami cara bagi membolehkan ekosistem selamat diwujudkan.
#NiagaAWANI
#NiagaAWANI
Niaga AWANI: Chongqing percepat usaha jadi hab utama barat daya China
Hab logistik di Chongqing memainkan peranan penting dalam membina zon ekonomi Chengdu-Chongqing, dan mewujudkan kawasan hab kawasan pedalaman yang terkemuka.
#NiagaAWANI
#NiagaAWANI
Niaga AWANI: MRANTI pertingkat kerjasama bidang teknologi, inovasi
Antara lima bidang utama kerjasama tersebut meliputi pertukaran kakitangan dan perkongsian pengalaman pembangunan.
#NiagaAWANI
#NiagaAWANI
MCE labur RM200 juta bina kemudahan di Serendah
MCE Holdings Bhd (MCE) akan melabur sekitar RM150 hingga RM200 juta dalam tempoh 10 tahun untuk membangunkan kemudahan baharu
Perang Iran-Israel: Malaysia pantau kesan terhadap ekonomi - Tengku Zafrul
Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri memantau rapat perkembangan ketegangan geopolitik di Asia Barat termasuk membabitkan Iran dan Israel susulan letupan di Isfahan hari ini.
Lapan bulan selepas PRN, tiada apa-apa dilakukan UMNO Selangor - Tengku Zafrul
Keputusan PRN Selangor merupakan amaran terakhir buat parti itu dan kalau itu masih belum celikkan parti, tiada apa lagi yang boleh sedarkan UMNO Selangor.
Tidak sehaluan dengan UMNO Selangor, Tengku Zafrul letak jawatan Bendahari
Tengku Zafrul kecewa dengan perancangan kebangkitan parti di negeri itu yang hambar dan tidak sehaluan dengan tema di UMNO Pusat.
Kisah Ramadan Tengku Zafrul: ‘Ride’ tengah malam dan moreh di Kampung Baru
Kesibukan sebagai menteri tidak halang Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri itu luang masa dengan rakan-rakannya.
Matrade kembangkan Pejabat Pesuruhjaya Perdagangan di Paris - Tengku Zafrul
Matrade mengembangkan Pejabat Pesuruhjaya Perdagangan di Paris untuk meningkatkan hubungan perdagangan antara Malaysia dan Perancis, Sepanyol, Portugal dan Monaco.
PM dijangka bertemu 28 kapten industri Jerman, fokus laksana komitmen pelaburan - Tengku Zafrul
Dalam tiga hari berasingan, PM akan bersemuka dengan pemain-pemain industri untuk jawab segala tanda tanya mengenai ekonomi Malaysia.
Projek ECRL ikut jadual, kini capai 62 peratus
Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) berjalan mengikut jadual dan kini sudah mencapai 62 peratus setakat Februari 2024.
Cadangan graduan asing bekerja: 'Penyelesaian jangka pendek tangani isu tenaga mahir' - Tengku Zafrul
Cadangan untuk membenarkan graduan asingbekerja sementara di negara ini dalam bidang tertentu dapat menyemarakkan lagi sektor pendidikan Malaysia sebagai penjana pendapatan untuk negara.
Perodua keluarkan EV mampu milik hujung tahun 2025 - Zafrul
Perodua telah bekerjasama dengan sebuah syarikat automotif antarabangsa untuk menghasilkan prototaip EV berkenaan.