awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Bekas PM Korea Selatan Han Duck-soo dihukum penjara 23 tahun kes darurat tentera
PGK 2024 antara syarat kelayakan bantuan kebajikan mulai 1 Jan - Lim Hui Ying
Skandal rasuah: Integriti ATM tidak harus terjejas hanya disebabkan pecah amanah segelintir - PM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dana untuk setiap negeri, termasuk negeri pembangkang - Najib

Bernama
Bernama
14/07/2017
06:28 MYT
Dana untuk setiap negeri, termasuk negeri pembangkang - Najib
Najib berkata kerajaan sedih pembangkang tidak menceritakan perkara sebenar, malah menuduh kerajaan zalim dan mengabaikan negeri pembangkang. - Gambar fail
Kerajaan memperuntukkan sejumlah dana untuk semua negeri setiap tahun, termasuk negeri diperintah pembangkang, kata Datuk Seri Najib Razak.
Perdana Menteri berkata dana itu diberi mengikut bilangan penduduk, penyelenggaraan jalan raya negeri, pemberian tahunan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), pemberian kerana kekurangan akaun mengurus serta keperluan lain.
"Malah jumlah pemberian ini meningkat setiap tahun. Pada tahun 2015, jumlah pemberian kepada seluruh negeri adalah sebanyak RM6.74 bilion," katanya Najib menerusi catatan di laman blognya www.najibrazak.com hari ini.
Beliau mengulas tindakan pembangkang yang sering mengutarakan isu yang dikitar semula termasuk menuduh kerajaan pusat mengabaikan negeri pembangkang iaitu Kelantan, Pulau Pinang dan Selangor, walaupun kerajaan telah berkali-kali menjawabnya.
"Malah baru-baru ini, bekas Menteri Besar Kedah menuduh kerajaan pusat mengabaikan Kedah sedangkan ia tidak benar sama sekali," katanya.
Najib menjelaskan daripada tahun 2011 hingga 2015, Kelantan menerima kira-kira RM1.94 bilion, termasuk peruntukan RM378.85 juta disebabkan kekurangan akaun mengurus, diikuti Pulau Pinang yang menerima RM950.44 juta untuk tempoh sama.
Katanya Selangor pula menerima RM3.63 bilion termasuk pemberian khas sebanyak RM25.81 juta setiap tahun.
Najib menjelaskan jumlah itu tidak termasuk projek kerajaan Persekutuan yang bernilai berbilion-bilion ringgit di negeri-negeri tersebut seperti pembinaan sekolah, hospital, jalan raya, rumah mampu milik, projek perumahan rakyat, pejabat polis dan projek lain.
Sehubungan itu, beliau meminta pembangkang berhenti melemparkan tuduhan kepada kerajaan tanpa sebarang bukti.
"Kerajaan sedih pembangkang tidak menceritakan perkara sebenar, malah menuduh kerajaan zalim dan mengabaikan negeri pembangkang. Kerajaan sentiasa prihatin terhadap rakyat Malaysia tidak kira di negeri pembangkang atau negeri yang ditadbir oleh Barisan Nasional," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Barisan Nasional
#dana
#Najib Razak
#pembangkang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan