awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
JPJ Pulau Pinang sita 73 kereta mewah bernilai lebih RM10 juta dalam Op Luxury
[TERKINI] Bekas KP Perisikan Pertahanan didakwa terima suapan AS$20,000, tiket penerbangan
JIM tahan 19 wanita warga asing, bongkar pusat kecantikan tawar khidmat tidak bermoral
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

DAP akan bincang gelaran Datuk diterima Suee Lim

Sinar Harian
Sinar Harian
17/12/2023
06:14 MYT
DAP akan bincang gelaran Datuk diterima Suee Lim
Suee Lim (kanan) merupakan antara 97 yang menerima darjah dan bintang kebesaran serta pingat negeri Selangor baru-baru ini. - Foto Sinar Harian
KUALA LUMPUR: Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP akan membincangkan tentang penerimaan anugerah gelaran darjah kebesaran Selangor yang diterima oleh Exco Kerajaan Tempatan Dan Pelancongan Selangor, Datuk Ng Suee Lim.
Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke mengesahkan Ahlli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sekinchan itu ada berbincang dengannya mengenai perkara itu.
“Saya juga telah meminta beliau membawa perkara itu kepada pengetahuan Jawatankuasa DAP Selangor, kita juga akan bincangkan dalam jawatankuasa pusat dalam mesyuarat CEC akan datang,” katanya pada sidang akhbar pada Konvensyen Tahunan Negeri DAP Wilayah Persekutuan 2023 di sini pada Ahad.
Terdahulu, Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan mengurniakan Darjah Kebesaran-Darjah Paduka Mahkota Selangor (DPMS) yang membawa gelaran ‘Datuk’ kepada ADUN Sekinchan Itu.
Suee Lim merupakan antara 97 yang menerima darjah dan bintang kebesaran serta pingat negeri yang didahului oleh penerima darjah Seri Paduka Mahkota Selangor (SPMS) iaitu Panglima Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Jeneral Tan Sri Mohammad Ab Rahman.
Sebelum ini Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP pernah mengeluarkan teguran keras kepada dua wakil rakyat DAP dari Sabah iaitu Ahli Parlimen Kota Kinabalu, Datuk Chan Foong Hin dan ADUN Luyang, Datuk Phoong Jin Zhe.
*Artikel asal yang disiarkan di Sinar Harian
Topic Berkaitan
#CEC DAP
#Anthony Loke
#anugerah Datuk
#Ng Suee Lim
#Exco Selangor
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan