awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Gaza terima 54 jenazah rakyat Palestin, puluhan tinggalan jasad daripada Israel
Menteri Luar Australia pertahan lawatan Presiden Israel, gesa hormati sensitiviti komuniti
Sony dianugerah paten alat kawalan permainan dengan permukaan sentuhan penuh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

DAP akan terus perkudakan sesiapa sahaja - Annuar

Bernama
Bernama
10/10/2017
01:44 MYT
DAP akan terus perkudakan sesiapa sahaja - Annuar
ANNUAR: "Ada beberapa orang hebat dalam politik negara. Tetapi, tidak ramai boleh pikat hati, boleh lawan Tun Mahathir termasuklah Tengku Razaleigh Hamzah dan (Datuk Seri) Anwar Ibrahim sendiri." - Gambar fail
DAP akan terus berkuasa dan memperkudakan sesiapa sahaja termasuk bekas pemimpin UMNO mahupun rakan dalam kem pembangkang demi survival politik dan kuasa, kata Ketua Penerangan UMNO Tan Sri Annuar Musa.
Beliau berkata keupayaan Lim Kit Siang menjinakkan tokoh politik negara seperti bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, yang dilihat selama ini kebal dan sukar ditewaskan dalam dunia politik, akhirnya tumbang dengan kata-kata manis Lim, sekali gus melayakkan pemimpin veteran DAP itu dinobatkan sebagai diktator politik.
"Ada beberapa orang hebat dalam politik negara. Tetapi, tidak ramai boleh pikat hati, boleh lawan Tun Mahathir termasuklah Tengku Razaleigh Hamzah dan (Datuk Seri) Anwar Ibrahim sendiri.
"(Lim) Kit Siang belum pernah pergi pejabat UMNO sepanjang Tun Mahathir dalam UMNO. Tetapi, akhirnya Tun Mahathir pergi pejabat DAP. Kini (Lim) Kit Siang mampu tawan dan jinakkan Tun Mahathir," katanya pada program 'Bicara Minda dan Sesi Dialog: Perjuangan For All' di Pusat Dagangan Dunia Putra di sini malam tadi.
Program anjuran Pergerakan Puteri UMNO itu turut dihadiri Anggota Majlis Tertinggi UMNO Datuk Seri Azalina Othman Said dan Ketua Puteri UMNO Datuk Mas Ermieyati Samsudin.
Annuar berkata kem pembangkang kini dilihat bertarung nyawa dan mengharapkan talian hayat daripada DAP yang jelas menguasai lebih banyak kerusi politik berbanding sekutunya yang masih terkial-kial mencari sokongan dan perhatian selain bergaduh sesama sendiri demi jawatan.
Jelasnya, politik yang diamalkan DAP khasnya di bawah naungan Lim itu hanya mementingkan diri sendiri dan memerangkap pihak lain termasuk menggunakan wanita Melayu muda sebagai modal meraih perhatian masyarakat.
"Mereka gunakan wanita Melayu muda seperti Dyana Sofia Mohd Daud (bekas calon Parlimen Teluk Intan) hanya untuk publisiti. Bukan mencari mereka yang betul-betul ada kelayakan seperti dibuat UMNO," katanya.
Sementara itu, Azalina yang juga Anggota Parlimen Pengerang berkata DAP meniru modus operandi UMNO dengan mengetengahkan wanita muda, namun mengeksploitasinya untuk memancing perhatian dan bukannya benar-benar menghargai peranan yang dimainkan golongan tersebut.
UMNO melalui sayap Puteri dan Wanita telah dan bakal melahirkan lapisan pemimpin yang mempunyai pelbagai latar belakang menarik dan memegang jawatan penting di dalam dan luar sektor kerajaan, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Annuar Musa
#Bicara Minda dan Sesi Dialog
#DAP
#diktator politik
#Lim Kit Siang
#Mahathir Mohamad
#pembangkang
#UMNO
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan