Kehadiran Tun Dr Mahathir Mohamad ke majlis Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina anjuran parti Gerakan tidak disenangi parti DAP.
Perkara itu didedahkan oleh Perdana Menteri dalam sesi wawancara di saluran YouTube The Malaya Post pada Sabtu malam.
"Saya dulu kenal dengan mereka (pemimpin Gerakan)... walaupun kita punyai pendapat politik yang berbeza ini tidak bermakna hubungan kita dengan kawan-kawan kita perlu diputuskan," kata Dr Mahathir menjawab rasa tidak senang DAP yang juga sebahagian daripada komponen dalam kerajaan Pakatan Harakan.
Pada 25 Januari lalu, Dr Mahathir menghadiri majlis Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina parti Gerakan di Menara PGRM, Cheras, di sini.
Pada majlis itu, Perdana Menteri diiringi isterinya, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali.
Hadir sama, Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, Presiden Gerakan, Dr Dominic Lau dan barisan tertinggi Parti Gerakan.
Dominic dalam reaksinya menyifatkan kehadiran Dr Mahathir sebagai satu signifikan besar kepada parti yang sememangnya menjadi satu tradisi menjemput Perdana Menteri ke Majlis Rumah Terbuka setiap tahun.
Jemputan itu juga, kata Dominic, tidak bertentangan dengan prinsip Gerakan.
“Gerakan masih mengekalkan kuasa ketiga dalam arena politik negara bagaimanapun apa yang lebih penting adalah idealogi parti itu sendiri.
“Kami kekal memperjuangkan keadilan untuk semua bangsa Malaysia tanpa memihak kepada mana-mana kaum dan juga agama ke arah negara yang lebih sejahtera pada masa akan datang,” katanya.
Astro Awani
Sat Feb 08 2020
Dr Mahathir mendedahkan kehadirannya ke majlis Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina anjuran parti Gerakan tidak disenangi parti DAP. - Gambar BERNAMA
353 premis KEMAS rosak akibat banjir di lapan negeri
Sebanyak 353 premis Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) rosak akibat banjir yang melanda lapan negeri sejak November lepas, membabitkan kerugian hampir RM6 juta.
Wanita suara garau cemas bilik hotel diserbu JAIS
Seorang wanita yang memiliki suara garau berdepan detik cemas apabila hotel bajet yang dihuni diserbu Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).
Fokus Minggu Depan: Masa depan Harimau Malaya dan saingan Kejohanan ASEAN
Ikuti kupasan Pensyarah Kanan Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi UiTM, Mohd Sadek Mustaffa berkenaan masa depan Harimau Malaya dibawah kendalian jurulatih baharu dan berdepan dengan saingan Kejohanan ASEAN.
Banjir: Johor, Pahang beransur pulih, Perak kekal
Situasi banjir di Johor dan Pahang semakin pulih apabila jumlah mangsa banjir yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) di kedua-dua negeri tersebut terus mencatatkan penurunan.
Farm Fresh hulur bantuan pasca banjir di Pantai Timur dan Utara
Farm Fresh Berhad, syarikat pengeluar tenusu tempatan terkemuka melancarkan misi bantuan pasca banjir bermula enam disember lalu untuk membantu mangsa banjir yang terjejas teruk di Kelantan, Terengganu dan Kedah.
KKDW akan laksana PKD Mobile mini di Sabah, Sarawak - Rubiah
Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) akan melaksanakan program Pusat Komuniti Desa (PKD) Mobile mini di kawasan jauh jangkauan khususnya di Sabah dan Sarawak.
Johor peruntuk RM16.8 juta bantu 280,000 keluarga miskin dan B40
Johor memperuntukkan sebanyak RM16.8 juta bagi Program Bantuan Kasih Johor hasil daripada pendapatan yang mencecah RM2 bilion tahun ini.
KHM bimbang 26 konsert di Stadium Hoki Nasional ganggu latihan skuad negara
KHM melahirkan kebimbangan dengan rancangan untuk menganjurkan 26 konsert di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil pada tahun hadapan, yang dilihat boleh mendatangkan kesan kepada persiapan skuad negara.
Polis rakam keterangan ibu bapa, dua doktor
Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan, berkata setakat ini seramai empat orang dirakam percakapan iaitu ibu bapa bayi dan dua orang doktor.
SAPP tarik diri daripada Perikatan Nasional
Yong berkata PN dilihat jelas ingin bertanding dalam Pilihan Raya Negeri Sabah yang akan datang dan ia bertentangan dengan dasar SAPP yang menyatakan bahawa semua 73 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah sepatutnya hanya ditandingi parti tempatan.
DAP tidak senang saya hadiri rumah terbuka Gerakan - Tun M
Kehadiran Tun Dr Mahathir Mohamad ke majlis Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina anjuran parti Gerakan tidak disenangi parti DAP.