awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MOT teliti wajibkan pemandu ada rekod kesalahan ikuti kursus pemanduan defensif
Jalan Pintasan Semenyih: Ini Malaysia baharu, jangan lengah laksana projek - PM
Papa Zola The Movie raih lebih empat juta penonton Asia Tenggara
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Darjah satu usia enam tahun: RM1 bilion tampung guru, infrastruktur sekolah - PM

Asyraf Malik
Asyraf Malik
27/01/2026
09:09 MYT
Darjah satu usia enam tahun: RM1 bilion tampung guru, infrastruktur sekolah - PM
Menurut Anwar, kerajaan sudah menyediakan peruntukan tambahan berjumlah RM800 juta bagi pendidikan awal tahun satu untuk usia enam tahun. - Foto Astro AWANI/Firdaus Mohari
SEMENYIH: Peruntukan kewangan mencecah RM1 bilion diperlukan bagi memastikan pelaksanaan dasar kemasukan murid ke tahun satu seawal usia enam tahun berjalan lancar.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata kerajaan sudah menyediakan peruntukan tambahan berjumlah RM800 juta meliputi pengambilan guru baharu dan penyediaan bilik darjah tambahan di sekolah terlibat.
"Hampir RM1 bilion kita kena cari untuk tahun 2026 bagi pelaksanaan dasar ini. Tidak mengapa, saya cakap kita cari ikhtiar, bukan boros tetapi kita mahu anak-anak negara ini menikmati kualiti pendidikan yang baik.
"Mutu pendidikan mesti diperbaiki jika mahu negara ini maju dan diangkat martabatnya. Penguasaan bahasa, matematik, sains, teknologi baharu dan kecerdasan buatan harus dititikberatkan," ujar Anwar ketika hadir pada Majlis Peluncuran Pembangunan Prasarana Awam Semenyih di Jalan Sungai Pening, Kampung Sungai Pening, di sini, pada Selasa.
Tegas Anwar, perubahan dasar pendidikan ini merupakan satu usaha memastikan kanak-kanak Malaysia tidak ketinggalan berbanding rakan sebaya di negara lain yang sudah lama memulakan pendidikan formal pada usia enam tahun.
Tambahnya, kerajaan tidak mahu wujud jurang antara murid bandar dan luar bandar dalam mengakses pendidikan awal.
"Peranan pemimpin akar umbi seperti Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) serta Ketua Kampung akan digerakkan bagi memastikan maklumat dan peluang pendidikan sampai kepada semua lapisan masyarakat.
"Jangan ada rakyat kita, sama ada di bandar atau di kampung, Melayu, Cina atau India yang tidak berupaya memanfaatkan kemudahan ini,” jelasnya.
Ujar Anwar, pelaburan besar dalam pendidikan awal merupakan asas kepada pembinaan modal insan berkualiti, akhirnya akan menentukan daya saing dan kemajuan Malaysia dalam jangka masa panjang.

Topic Berkaitan
#Datuk Seri Anwar Ibrahim
#Perdana Menteri
#usia enam tahun
#pendidikan awal murid
#tahun satu
#terkini
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan