KUALA LUMPUR:Pengisytiharan darurat tidak akan menghentikan penularan pandemik COVID-19, lebih daripada langkah-langkah yang telah pun diambil Kerajaan ketika ini, tegas bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.
Dalam catatan terbaharu di blog beliau www.chedet.cc, Dr Mahathir berkata, pengisytiharan darurat sebaliknya akan memberikan kuasa yang lebih kepada Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Dakwa Pengerusi Interim Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) itu lagi, apa yang diakukan perdana menteri ketika ini tidak membantu mengurangkan masalah politik, ekonomi, dan sosial yang melanda negara.
“Beliau (Muhyiddin) ada Kabinet yang besar, yang langsung tidak menyumbang apa-apa kepada kesejahteraan rakyat dan negara.
“Apa jua tindakan yang dilakukan ketika ini bersifat politik. Kerajaan ini bukan yang Kerajaan dipilih rakyat. Ia mengambil alih kuasa dengan cara yang tidak demokratik. Dan keutamaannya ketika ini hanyalah kekal berkuasa,” kata Ahli Parlimen Langkawi itu lagi.
COVID-19 sebagai justifikasi darurat
Dr Mahathir mendakwa, COVID-19 hanyalah alasan yang akan digunakan untuk melengah-lengahkan proses perjalanan Parlimen, dan mengelak sebarang perbahasan.
Ujarnya lagi, COVID-19 akan menjadi justifikasi pengisytiharan darurat, sedangkan kuasa sedia ada dalam Kerajaan sudah mencukupi untuk menangani wabak itu.
“Kita tidak lihat bantahan (mengenai langkah sedia ada) oleh rakyat di Amerika Syarikat dan Eropah. Rakyat Malaysia secara keseluruhannya patuh terhadap langkah seperti Perintah Kawalan Pergerakan (PKP),” katanya lagi.
‘Kelebihan ada pada Muhyiddin atau ...?’
Mengulas lanjut, Dr Mahathir mendakwa, Perdana Menteri cuba merealisasikan pengisytiharan darurat kerana berhadapan dengan kemungkinan dijatuhkan.
Dr Mahathir berkata, kelebihan akan memihak kepada Muhyiddin apabila Parlimen menjadi lumpuh, dan akan berkata ia adalah atas kehendak Istana.
“Ketika ini sudah ada khabar angin bahawa darurat akan menyebabkan pasaran saham jatuh menjunam. Jika ia diisytiharkan, pasaran saham akan lumpuh sepenuhnya. Para pelabur tidak akan yakin kemampuan Perdana Menteri menguruskan ekonomi negara.
“Beliau juga memburukkan lagi keadaan pandemik dengan cuba merampas kuasa di Sabah. Kenaikan mendadak ini adalah disebabkan Pilihan Raya Negeri Sabah. Dan kini Kerajaan Sabah sudah bertukar tangan. Apa kebaikannya kepada rakyat Sabah?” soal Dr Mahathir lagi.
BACA: Agong nasihat rakyat tenang, sabar, jangan spekulasi
BACA: Pertahankan perlembagaan ketika tangani krisis - Mohamad Hasan
BACA: LAPOR LANGSUNG: Darurat? Ini perkembangan politik negara
Banyak negara keadaannya lebih buruk
Ulas beliau lagi, ada negara lain yang masalah penularan COVID-19 jauh lebih buruk berbanding Malaysia, namun darurat diisytiharkan pada kawasan-kawasan tertentu sahaja.
“Langkah itu adalah spesifik untuk kawasan tertentu sahaja. Tetapi tiada undang-undang dan Parlimen di negara itu yang akan tergantung, seperti mana jika Malaysia laksanakan Darurat.
“Tiada rusuhan atau keganasan di Malaysia, tiada pelanggaran kepada undang-undang atau perintah yang boleh memberi justifikasi kepada Darurat. Tetapi ada sesuatu yang boleh dilakukan terhadap Kerajaan yang mengambil kuasa melalui cara tidak demokratik,” katanya lagi.
Firdaus Azil
Sat Oct 24 2020
Dr Mahathir mendakwa, pengisytiharan Darurat sebaliknya akan memberikan kuasa yang lebih kepada Perdana Menteri. - Gambar fail
Kemalangan maut di tempat kerja sektor pembinaan Singapura meningkat tiga kali ganda
Kementerian Tenaga Manusia Singapura melaporkan peningkatan mendadak dalam kes kemalangan maut di tempat kerja bagi sektor pembinaan.
TH jangka mula keluar surat tawaran haji Isnin ini
Lembaga Tabung Haji (TH) dijangka mula mengeluarkan surat tawaran untuk menunaikan ibadah haji bagi tahun 2025/1446 Hijrah pada Isnin ini.
Kerajaan terus perkasa TVET, penuhi keperluan industri & teknologi – TPM
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, TVET bukan saja membuka peluang kerjaya, malah menjadi pemangkin kepada pembangunan negara.
Warga emas guna PPR sebagai lokasi transit PATI
Seorang lelaki berusia 62 tahun ditahan oleh Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Kedah selepas menyimpan 22 PATI warga Myanmar di rumah Projek Perumahan Rakyat (PPR) miliknya di Kuala Nerang, Kedah sebelum dihantar ke ejen pekerjaan di Pulau Pinang.
Nilai ringgit kukuh, inflasi terkawal petanda positif lonjakan pertumbuhan negara
Nilai Ringgit yang kembali pulih, inflasi kekal terkawal serta kadar pengangguran kekal rendah merupakan antara petanda positif yang akan melonjakkan keyakinan terhadap pertumbuhan ekonomi negara.
Zon khas untuk jual barangan tanpa subsidi bakal diperkenal
Kerajaan bakal memperkenal zon khas di kawasan sempadan untuk penjualan barangan tanpa subsidi bagi menangani aktiviti penyeludupan dan ketirisan barang kawalan.
Jenazah bayi ditahan: Laporan KKM siap selewat-lewatnya minggu depan
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzukelfy Ahmad memohon orang ramai memberi ruang kepada siasatan, ekoran keunikan kes tersebut.
[TERKINI] Polis rakam keterangan empat individu, jenazah bayi dalam peti sejuk
Polis merakam keterangan empat individu pada Jumaat, berhubung kes jenazah bayi lelaki disimpan dalam peti sejuk di sebuah hospital swasta di Klang.
AWANI Ringkas: Spekulasi Tengku Zafrul tinggalkan UMNO
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Karnival M6 jambatani komuniti e-sukan dengan khalayak umum
Sempena Kejohanan Antarabangsa Mobile Legends: Bang Bang (MLBB) M6 di mana Malaysia menjadi tuan rumah buat kali kedua.
'Adakah kita telah menjadi sebahagian daripada China?' – Dr Mahathir
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad meluahkan kekecewaan dan kebimbangannya terhadap penggunaan meluas tulisan Cina di kompleks beli-belah di sekitar Kuala Lumpur.
Mengenang Tun Daim: “Seorang sahabat dan pejuang bersama" - Tun Mahathir
Dr Mahathir menyifatkan Allahyarham sebagai tokoh yang jarang ditemui, berjaya dalam bidang perniagaan dan setia menyumbang kepada negara.
Tun M kecam "kemunafikan" Eropah berhubung konflik di Gaza
"Saya dahulu menganggap orang Eropah sebagai perintis hak asasi manusia. Kini saya tahu mereka hipokrit. Saya sudah hilang rasa hormat terhadap mereka."
Tun M hadir hadir ke mahkamah kes saman Zahid isu kutty
Bekas Ahli Parlimen Langkawi yang memakai kot berwarna hitam, turut ditemani isterinya, Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali.
Pemimpin politik harus jadi teladan pupuk nilai perpaduan, muhibbah - Aaron
Pemimpin politik seharusnya menjadi teladan dalam memupuk nilai perpaduan, muhibah dan semangat kebersamaan, kata Menteri Perpaduan, Datuk Aaron Ago Dagang.
Pemimpin Arab, Islam seperti tiada maruah di mata dunia Barat - Tun Mahathir
Tun Dr Mahathir Mohamad menyatakan, kesombongan dan kebiadaban Israel, serta sikap tidak mempedulikan hak nilai kemanusiaan, melebihi kejahatan penjajah yang lampau.
Saman Halim Saad: Tun M, dua pihak lagi diarah fail pembelaan
Mahkamah Tinggi di sini pada Rabu, memberi masa sehingga bulan depan untuk Tun Dr Mahathir Mohamad dan dua pihak lain, memfailkan pembelaan berhubung kes saman ahli perniagaan, Tan Sri Halim Saad.
'Saya Syed Saddiq. Bukan boneka sesiapa'
Syed Saddiq bidas dakwaan beliau adalah boneka Tun Dr Mahathir Mohamad susulan gesaannya kepada barisan kabinet untuk mengisytiharkan harta.
Tidak mustahil Pas kembali berkawan dengan DAP - Mat Sabu
Ia bukanlah sesuatu yang mengejutkan jika ia berlaku kerana Pas kini berkawan dengan musuh politiknya, Tun Dr Mahathir Mohamad.
Tiada keperluan untuk Dr Mahathir dikenakan Akta Hasutan - Saifuddin
Saifuddin tidak melihat ada keperluan untuk mengenakan tindakan Akta Hasutan terhadap Dr Mahathir, berhubung kritikan yang disuarakan bekas perdana menteri itu kepada kerajaan.