KUALA LUMPUR: Jemaah Menteri dalam mesyuarat pada Jumaat lepas bersetuju dengan beberapa dasar baharu dalam usaha pemansuhan hukuman mati mandatori, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) Datuk Seri Azalina Othman Said.
Beliau berkata antara dasar itu ialah; tiada lagi hukuman pemenjaraan sepanjang hayat sebagai alternatif kepada hukuman mati mandatori, sebaliknya, hukuman alternatif baharu adalah hukuman pemenjaraan tidak kurang 30 tahun dan tidak melebihi 40 tahun serta sebatan tidak kurang 12 kali.
"Selain itu, hukuman pemenjaraan sepanjang hayat sebagai satu hukuman dimansuhkan sepenuhnya dalam semua undang-undang; hukuman mati dimansuhkan bagi kesalahan-kesalahan yang tidak menyebabkan kematian, melainkan tiga kesalahan iaitu Seksyen 121 dan 121A Kanun Keseksaan dan Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.
"... dan juga; satu Rang Undang-Undang (RUU) baharu bagi membolehkan hukuman mati atau hukuman pemenjaraan sepanjang hayat yang telah dikenakan disemak semula oleh Mahkamah Persekutuan.
"Cadangan RUU ini dijangka akan memberi kesan kepada 957 orang banduan hukuman mati dan banduan sepanjang hayat yang telah menghabiskan proses rayuan di mahkamah sebelum ini," katanya dalam sesi pertanyaan bagi jawab lisan di Dewan Negara hari ini.
Azalina berkata demikian bagi menjawab pertanyaan Senator Datuk Koh Nai Kwong mengenai apakah status terkini kajian semula cadangan melaksanakan hukuman gantian kepada hukuman mati mandatori bagi pelbagai kesalahan.
Beliau pada masa sama menegaskan dasar kerajaan MADANI ketika ini ialah untuk mengubah hukuman dan bukannya menghapuskan hukuman mati berkenaan, dengan kuasa budi bicara diberikan kepada hakim.
Menurut Azalina, bacaan kali pertama bagi RUU Pemansuhan Hukuman Mati Mandatori 2023 dan RUU Semakan Hukuman Mati dan Pemenjaraan Sepanjang Hayat (Bidang Kuasa Sementara Mahkamah Persekutuan) 2023 akan dilakukan Isnin depan (27 Mac).
"RUU Pemansuhan Hukuman Mati Mandatori 2023 dijangka akan memberi kesan kepada 476 orang banduan hukuman mati yang belum menghabiskan proses rayuan, sama ada di Mahkamah Rayuan ataupun Mahkamah Persekutuan.
"Hal ini disebabkan, hukuman alternatif kepada hukuman mati mandatori akan bersifat ke belakang," katanya.
Dalam pada itu, Azalina berkata kerajaan telah mengadakan sebanyak 19 sesi libat urus dan mesyuarat bersama pihak berkepentingan seperti agensi kerajaan, peguam, bekas Ketua Hakim Negara, pakar perundangan perlembagaan, banduan-banduan akhir dan keluarga serta pertubuhan bukan kerajaan seperti Rangkaian Anti-Hukuman Mati Asia (ADPAN) dan Reprieve di United Kingdom.
"Pindaan perundangan melibatkan polisi penghukuman dan hukuman gantian terhadap hukuman mati mandatori ini merupakan perubahan positif kepada sistem keadilan jenayah di Malaysia supaya lebih holistik dan inklusif, selain tidak menafikan hak asasi individu untuk mendapat keadilan sewajarnya," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Mar 23 2023

AZALINA: Cadangan RUU ini dijangka akan memberi kesan kepada 957 orang banduan hukuman mati dan banduan sepanjang hayat yang telah menghabiskan proses rayuan di mahkamah sebelum ini. -Gambar fail/Bernama
[TERKINI] Amaran ribut petir di Pajang, Negeri Sembilan, Melaka & Johor
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) pada Rabu mengeluarkan amaran ribut petir di empat negeri.
Amaran sehingga jam 5 petang ini diramal membawa ribut petir, hujan lebat dan angin kencang.
Amaran sehingga jam 5 petang ini diramal membawa ribut petir, hujan lebat dan angin kencang.

Malaysia tolak keganasan dalam konflik bersenjata - Agong
Seri Paduka bertitah keganasan itu termasuk pengeboman terhadap orang awam, hospital dan sekolah, serta pemotongan bekalan air, elektrik dan makanan kepada orang awam.

KKM senarai empat produk kosmetik dikesan mengandungi racun berjadual
Kesemua produk berkenaan mengandungi racun berjadual yang dikesan seperti merkuri, Hydroquinone, Tretinoin dan Betamethasone 17-Valerate.

Kisah P.Ramlee bakal ke layar perak
Filem ini akan menjejaki perjalanan luar biasa P. Ramlee dari permulaannya yang sederhana hingga kebangkitan luar biasa sebagai khazanah negara.

Meituan sahkan tidak berminat ambil alih foodpanda
Pasaran foodpanda dikatakan sangat kecil, hanya sekitar 6 peratus pasaran China sahaja. Ini mungkin membuatkan Meituan tidak berminat dengannya.

Guna AI tentukan umur penonton kandungan lucah di bawah garis panduan baharu UK
Britain mencadangkan garis panduan baharu semakan umur bagi melindungi kanak-kanak daripada mengakses pornografi dalam talian.
AS sekat visa ekstremis Israel lakukan keganasan di Palestin
Amerika Syarikat umum akan mengenakan larangan visa kepada Israel jika terus melakukan keganasan di Tebing Barat. Menurut Setiausaha Negara Antony Blinken larangan visa terhadap ekstremis zionis yang melakukan keganasan kepada warga palestin selain kemusnahan tempat tinggal.
#IsraelCuak
#IsraelCuak
Malaysia perlu wujudkan akta anti buli di sekolah
Malaysia perlu wujudkan akta anti buli, bagi mendepani peningkatan kes buli melibatkan fizikal, mental dan seksual. Menurut Pengerusi Pertubuhan Aspirasi Wanita Malaysia (ASWA) Merangkap Ketua Gerakan Penggubalan Akta Anti Buli, Wan Azliana Wan Adnan berkata, tiada undang-undang khusus terpakai bagi kes buli di sekolah.
Polis mohon bantuan kesan kanak-kanak lelaki autisme hilang di Petaling Jaya
Polis memohon bantuan orang ramai untuk mengesan seorang kanak-kanak lelaki autisme berusia enam tahun yang hilang sejak Selasa lalu.
Mangsa terjejas di Kelantan semakin menurun
Kelantan menjadi negeri paling teruk terjejas disebabkan gelombang banjir ketika ini. Jumlah mangsa banjir setakat 6 pagi Rabu mencatatkan penurunan kepada 3,260 mangsa berbanding lebih 6,000 mangsa semalam.

Reformasi pengasingan kuasa Peguam Negara, Pendakwa Raya proses yang panjang - Azalina
Reformasi pengasingan kuasa antara Peguam Negara dan Pendakwa Raya merupakan satu proses yang panjang.

Pindaan Akta Suruhanjaya Hak Asasi Manusia dibentang di Parlimen minggu depan - Azalina
Pindaan Akta Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia 1999 antaranya bagi menubuhkan Suruhanjaya Kanak-Kanak Malaysia, dijangka dibentangkan pada sesi Dewan Rakyat minggu depan.

PM akan jawab isu DNAA di Parlimen esok - Azalina
Azalina berkata, Perdana Menteri akan menjawab persoalan DNAA Ahmad Zahid Hamidi pada jam 2.30 petang di Dewan Rakyat.

"Kalau asyik nak bubar kerajaan, bila nak buat pindaan undang-undang?" - Azalina
Jika boleh, kerajaan mahu melaksanakan pindaan undang-undang secara serentak supaya setiap pindaan itu dapat dilaksanakan sebaik mungkin.

Pasca PRN: Adakah tiba masa UMNO bertanding atas tiket sendiri, atau masih di bawah BN? - Azalina
Azalina juga mendakwa pihak lawan menggunakan dana yang begitu banyak di platform digital kerana penyedia platform berpangkalan di luar negara.

Pengasingan kuasa AG, pendakwa raya: Kajian empirikal dalam tempoh setahun - Azalina
Azalina berkata kira-kira 19 undang-undang sedia ada dan Perlembagaan Persekutuan perlu dipinda bagi melaksanakan pengasingan kuasa itu.

Semak undang-undang: Pasukan petugas khas ditubuhkan - Azalina
Satu pasukan petugas khas dicadang untuk ditubuhkan bulan hadapan bagi menyemak hal-hal perundangan terutamanya dalam ruang lingkup pelaburan dan perniagaan.

Kerajaan kaji semula undang-undang lapuk berkaitan 3R - Azalina
Kerajaan akan mengkaji semula kerelevanan undang-undang sedia ada agar selaras dengan perkembangan semasa susulan peningkatan jumlah kes provokasi agama, bangsa dan raja (3R) baru-baru ini.

Ganggu ketenteraman awam, tidak hormati institusi raja-raja salah di sisi undang-undang - Azalina
Membangkitkan isu memecah belah, mengganggu ketenteraman awam dan tidak menghormati institusi raja-raja adalah satu kesalahan di sisi undang-undang, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-und

Tuntutan 'waris' Sulu: Malaysia mungkin fail saman - Azalina
Kerajaan akan mengkaji untuk mengambil tindakan saman memandangkan kos yang ditanggung oleh Malaysia adalah sangat tinggi.