MALAYSIA
Dasar Gaji Progresif: Insentif tunai galak majikan naikkan gaji pekerja
Che Rahim Daud jelaskan insentif tunai DGP kepada majikan yang naikkan gaji pekerja dalam rancangan AWANI Pagi bersama Kementerian Ekonomi.
KUALA LUMPUR: Kerajaan telah memperuntukkan sebanyak RM200 juta bagi pelaksanaan penuh Dasar Gaji Progresif (DGP) pada tahun 2025, yang dijangka memberi manfaat kepada 50,000 pekerja di seluruh negara.
Menurut Pengarah Bahagian Pembangunan Modal Insan, Kementerian Ekonomi, Che Rahim Daud, insentif DGP akan diberikan dalam bentuk tunai kepada majikan yang menaikkan gaji pekerja mengikut syarat yang ditetapkan.
“Insentif berbentuk tunai akan diberikan mengikut kadar dan kumpulan pekerja iaitu pekerja peringkat permulaan (entry level) dan pekerja bukan peringkat permulaan (non-entry level),” katanya ketika ditemu bual dalam rancangan AWANI Pagi.
Bagi pekerja entry level, iaitu mereka yang berkhidmat dalam tempoh 12 bulan pertama di syarikat dan jawatan tersebut, majikan perlu menaikkan gaji sekurang-kurangnya sama atau lebih daripada gaji permulaan yang ditetapkan dalam Buku Panduan Gaji Pokok Permulaan dan Kenaikan Tahunan (GPPKT).
“Majikan layak mendapat insentif maksimum RM200 sebulan. Namun, jika jurang gaji pekerja dan gaji permulaan dalam buku panduan melebihi RM200, majikan hanya perlu menaikkan sekurang-kurangnya RM200 untuk melayakkkan majikan menerima insentif maksimum,” jelas beliau.
Sementara itu, bagi pekerja non-entry level, iaitu yang telah berkhidmat lebih 12 bulan, majikan perlu menaikkan gaji sekurang-kurangnya 6% setahun, selaras dengan kadar minimum kenaikan tahunan dalam GPPKT.
“Majikan layak menerima insentif maksimum RM300 sebulan berdasarkan peratus kenaikan gaji tahunan. Jika majikan telah menaikkan gaji sebelum menyertai DGP, mereka masih layak selagi kenaikan itu memenuhi syarat minimum 6%,” tambahnya.
Insentif ini akan dibayar secara bulanan kepada majikan yang memenuhi syarat dan telah menaikkan gaji pekerja seperti ditetapkan.
Dalam pada itu, pendaftaran bagi pelaksanaan penuh DGP telah dibuka mulai Januari 2025 melalui portal rasmi DGP.
Majikan yang ingin mengetahui lebih lanjut atau berminat untuk menyertai program ini boleh melayari:
https://gajiprogresif.gov.my
Dasar Gaji Progresif merupakan antara inisiatif utama kerajaan dalam memacu pasaran buruh yang lebih mampan dan berdaya saing, selaras dengan komitmen meningkatkan pendapatan rakyat dan produktiviti negara.