KUCHING: Dasar Karbon Kebangsaan yang bertujuan menyediakan panduan, seterusnya membantu usaha perdagangan karbon di peringkat negeri dijangka siap untuk dilaksanakan tahun ini, kata Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim Nik Nazmi Nik Ahmad.
Beliau berkata mesyuarat Majlis Tindakan Perubahan Iklim Malaysia (MyCAC) yang dipengerusikan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim akan diadakan Jumaat ini bagi membentangkan status terkini dasar serta memperincikan skop perundangan yang perlu dilaksanakan di bawah kerangka dasar berkenaan.
"Mesyuarat ini akan turut dihadiri menteri besar dan ketua menteri setiap negeri. Fungsi di peringkat Persekutuan adalah sebagai pemudah cara (bagi aktiviti perdagangan karbon) di negeri terlibat, jadi kita akan sediakan dasar tersebut tahun ini... dan asasnya akan dibentangkan dalam mesyuarat MyCAC pada minggu ini," katanya.
Bercakap dalam sidang media selepas mengadakan kunjungan hormat terhadap Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg di Wisma Bapa Malaysia di sini hari ini, beliau berkata berdasarkan hasil perbincangan dalam mesyuarat berkenaan nanti, kerajaan akan turut meneliti keperluan penguatkuasaan undang-undang bagi aspek kawal selia dan pengewangan perniagaan karbon.
"(Perdagangan karbon) ini tidak memerlukan pindaan undang-undang kerana ia cuma melibatkan segi perundangan dan dasar sahaja," katanya dan menambah kementeriannya giat mengadakan perbincangan berkaitan perdagangan karbon bersama kerajaan negeri memandangkan hal berkaitan tanah bagi penyimpanan karbon adalah di bawah bidang kuasa kerajaan negeri.
Pada 30 Jun, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof berkata kerajaan sedang memperincikan cadangan untuk meletakkan aktiviti perniagaan karbon di bawah Kementerian Perladangan dan Komoditi (KPK).
Fadillah yang juga Menteri Perladangan dan Komoditi berkata buat masa ini, segala isu berkaitan dengan karbon berada di bawah bidang kuasa Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (NRECC).
Terdahulu, semasa kunjungan hormat itu, Nik Nazmi dan Abang Johari menyaksikan majlis penyerahan lapan projek Rancangan Memulihkan Koridor Sungai (RMKS) yang telah siap sepenuhnya oleh Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) kepada Kerajaan Sarawak.
Pelaksanaan projek melibatkan peruntukan berjumlah RM63 juta itu membabitkan koridor-koridor sungai Batang Kayan terletak di Lundu, Batang Balingian (Mukah) serta Batang Sadong di Pekan Gedong dan Serian.
Selain itu, projek melibatkan kerja-kerja pengukuhan tebing sungai turut diadakan di Batang Sadong, Simunjan, Retaining Wall Sungai Baram, Rumah Naing, Pekan Sabtu Oya dan Betong.
"Projek ini juga memberi nilai tambah dengan pembangunan kawasan riadah penduduk setempat serta membawa manfaat kepada hampir 195,000 orang penduduk setempat," kata Nik Nazmi.
Turut hadir Timbalan Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim Datuk Seri Huang Tiong Sii dan Timbalan Premier Sarawak merangkap Menteri Kesihatan Awam, Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sarawak Datuk Seri Dr Sim Kui Hian.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jul 10 2023
Nik Nazmi berkata mesyuarat MyCAC akan diadakan Jumaat ini bagi membentangkan status terkini dasar serta memperincikan skop perundangan yang perlu dilaksanakan di bawah kerangka dasar berkenaan. -Gambar fail/Bernama
Raja Charles III lawat mercu tanda ikonik Battersea Power Station
Raja Charles III meluangkan masa melawat Battersea Power Station, lokasi ikonik di tebing Sungai Thames, pada Khamis untuk menyaksikan pelbagai aktiviti sempena musim perayaan dan bertemu pemilik perniagaan kecil serta komuniti setempat.
Jualan kenderaan hibrid elektrik dan plug-in sepenuhnya meningkat
Jualan global bagi kenderaan jenis hibrid elektrik dan plug-in sepenuhnya meningkat untuk bulan ketujuh berturut-turut pada bulan November.
Polis tahan Papagomo berkaitan kes tipu kutipan dana
Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain ketika dihubungi mengesahkan penahanan itu untuk siasatan di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan berkaitan kes tipu.
Kanada akan bertindak sekiranya Trump teruskan ancaman tarif
Kanada berupaya memotong bekalan tenaga ke beberapa bahagian di Amerika Syarikat jika Presiden Terpilih Donald Trump meneruskan ancaman mengenakan tarif ke atas Kanada.
Sidang kerja ekonomi pusat China atur pelan kerja 2025
Presiden China Xi Jinping dalam ucapannya pada sidang itu merumuskan kerja ekonomi China sepanjang 2024, di samping menganalisis situasi ekonomi semasa, selain mengaturkan kerja ekonomi pada 2025.
Gaji penengah Malaysia belum cukup tangani cabaran kos sara hidup
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Strategic Counsel, Hafidzi Razali, walaupun gaji penengah rakyat, RM2,700 kelihatan memadai di atas kertas, tetapi hakikatnya, lebih separuh rakyat Malaysia bergelut dengan bebanan hidup dan sukar mencapai kualiti asas hidup yang baik. Katanya, masalah ini perlu diatasi secara menyeluruh untuk memastikan rakyat benar-benar merasai manfaat pembangunan negara.
Prospek neutral pada 2025 - Fitch Ratings
Fitch Ratings berpandangan neutral terhadap sektor korporat Asia Pasifik (APAC) pada 2025, mencerminkan kekuatan lembaran imbangan mereka dan prospek pertumbuhan stabil dan sebahagian besarnya mengimbangi turun naik dan ketidaktentuan global terhadap pembangunan ekonomi dan geopolitik.
Pemulihan sektor pelancongan, permintaan pengguna dijangka meningkat
Permintaan pengguna dijangka akan meningkat pada tahun hadapan susulan pemulihan sektor pelancongan.
Keuntungan industri penerbangan global dijangka terus kukuh pada 2025
Industri penerbangan global diunjur memperkukuh keuntungan pada 2025 dengan keuntungan bersih 36.6 bilion Dolar Amerika atau RM161.8 bilion.
Bapa jenazah bayi dibekukan lapor polis
Laporan itu dibuat Safwan Roshdy, 22, pada jam 2.15 pagi terhadap sebuah hospital swasta di Klang, Selangor kerana didakwa melengahkan proses menguruskan jenazah bayi berkenaan.
Sistem terbaharu MetMalaysia mampu ramal risiko bencana 14 hari lebih awal - Nik Nazmi
Jabatan Meteorologi (METMalaysia) kini menggunakan Sistem Pengkomputeran Berprestasi Tinggi bagi melakukan ramalan cuaca di negara ini.
Malaysia bukti komitmen matlamat iklim dengan dasar yang konsisten - Nik Nazmi
Malaysia memperkukuh komitmen menghadapi perubahan iklim melalui beberapa inisiatif yang konsisten bagi mengurangkan pelepasan karbon.
Malaysia desak negara maju tingkatkan pembiayaan iklim di COP29
Malaysia menempelak negara-negara maju yang sanggup membelanjakan trilion dolar untuk konflik dan peperangan tetapi menafikan pembiayaan tindakan iklim untuk negara membangun.
COP29: Malaysia dan ASEAN kukuhkan kerangka pasaran karbon untuk ekonomi mampan
Malaysia memimpin usaha membangunkan kerangka karbon menyeluruh di peringkat ASEAN, dengan inisiatif yang dimulakan oleh Kumpulan Kerja Pasaran Karbon.
Gombak-Hulu Langat Geopark diharap dapat pengiktirafan UNESCO - Nik Nazmi
Pengisytiharan Gombak-Hulu Langat (GHL) Geopark sebagai geopark kebangsaan pertama di Selangor diharap mampu menerima pengiktirafan sebagai UNESCO Global Geopark (UGGp).
6 Harimau Malaya mati dilanggar sejak 2023, habitat terganggu jadi punca - Nik Nazmi
Sebanyak enam ekor Harimau Malaya mati dilanggar kenderaan sejak tahun lalu, kata Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Nik Nazmi Nik Ahmad.
Pelan pengurusan hidupan liar dilaksana tangani impak projek ECRL
Pelan Pengurusan Hidupan Liar (Wildlife Management Plan) telah dilaksanakan bagi mengurangkan impak projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) kepada khazanah biodiversiti negara.
Polis, Perhilitan kesan pencuri bahagian tubuh harimau belang maut digilis
Siasatan masih berjalan bagi mengenal pasti individu yang dipercayai mencuri beberapa bahagian daripada bangkai mamalia itu.
Kerajaan tidak mahu lagi negara jadi transit pembuangan e-sisa dari negara luar - Nik Nazmi
Kerajaan akan memastikan Malaysia tidak lagi menjadi tempat pembuangan dan transit sisa elektronik berjadual dari luar negara.
Pihak industri perlu bersama lupus sisa elektronik secara lestari, bukan lepas tangan - Nik Nazmi
Kaedah pengurusan sisa elektrik dan elektronik (e-waste) melalui konsep Peluasan Tanggungjawab Pengeluar (EPR) akan diperkasa.