Dasar Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negara (DKKPN) dilancarkan pada Rabu bagi meningkatkan tahap keselamatan dan kesihatan pekerjaan di negara ini.
Ia merupakan sebahagian daripada Pelan Induk Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (OSHMP) 2016-2020, bertujuan melindungi hak asasi pekerja untuk mendapatkan persekitaran pekerjaan yang selamat, sihat dan kondusif.
Dasar itu telah diluluskan dan dipersetujui oleh Jemaah Menteri serta ditandatangani Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad pada 15 Januari lalu.
Melancarkan pelan itu pada satu majlis malam tadi, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata ia menunjukkan komitmen dan kesungguhan kerajaan dalam meningkatkan tahap keselamatan dan kesihatan pekerjaan di negara ini.
"Apabila DKKPN dilancarkan, maka ia akan menjadi titik tolak kepada perubahan landskap keselamatan dan kesihatan pekerjaan di negara kita.
"Jika sebelum ini, komitmen terhadap isu KKP ini hanya lantang disuarakan oleh pihak kerajaan tetapi selepas ini, pihak majikan dan pekerja juga akan bersama-sama komited dalam meningkatkan tahap KKP di tempat kerja mereka," katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis anugerah cemerlang Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Kebangsaan 2018 dan pelancaran DKKPN di sini.
Menurutnya, DKKPN tersebut juga akan memandu kepada pematuhan perundangan KKP oleh semua pihak.
Pada masa sama, beliau berharap majikan dan pekerja akan dapat mematuhi dasar berkenaan.
"Jika tidak, ini boleh mengakibatkan pelanggaran perundangan berkaitan KKP dan tindakan punitif akan diambil oleh Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) seperti notis, sita, kompaun dan tindakan mahkamah di semua sektor pekerjaan dalam menguatkuasakan perundangan KKP yang dipertanggungjawabkan," kata Dr Wan Azizah lagi.
Malah, tambahnya, ia akan mewujudkan situasi menang-menang dengan melindungi pekerja daripada sebarang risiko kemalangan dan penyakit pekerjaan, sekali gus meningkatkan produktiviti dan daya saing mereka.
Astro Awani
Wed Feb 27 2019
Dr Wan Azizah ketika berucap pada Majlis Anugerah Cemerlang Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Kebangsaan 2018 di Movenpick Hotel and Convention Centre KLIA, malam tadi. --fotoBERNAMA
AWANI Ringkas: LHDN giat buru pihak culas bayar cukai
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Tunggakan cukai: Dua ahli politik Melaka antara yang disekat ke luar negara
Dua ahli politik di Melaka antara 10 individu yang pernah disekat ke luar negara kerana gagal melunaskan tunggakan cukai melibatkan jumlah puluhan ribu ringgit.
Scarborough Shoal: Filipina tuduh China rosakkan kapalnya
Pengawal pantai Filipina menuduh pasukan pengawal pantai China mengganggu dan merosakkan salah sebuah kapalnya di kawasan terpencil dan terumbu di Laut China Selatan, Scarborough Shoal yang menjadi pertikaian kedua buah negara.
LHDN pergiat 'buru' syarikat, individu culas bayar cukai
LHDN tidak memilih bulu dan akan mengambil tindakan sewajarnya kepada semua pihak yang mempunyai tanggungjawab terhadap pembayaran cukai.
Tak cadang lanjut tempoh laksana sistem e-invois - LHDN
Sebanyak 4,000 syarikat yang memperoleh pendapatan melebihi RM100 juta setahun disasarkan menjadi kumpulan pertama untuk terbabit dalam pelaksanaan e-invois yang dilaksanakan mulai 1 Ogos ini.
Che'gu Bard mengaku tidak salah tuduhan akta hasutan
Ahli Jawatankuas Penerangan Bersatu, Badrul Hisham Shaharin aay Che'gu Bard mengaku tidak salah pertuduhan membuat penerbitan menghasut berhubung projek kasino di Forest City menerusi media sosial.
Anak KPD maut tertembak: Polis tunggu laporan forensik telefon bimbit
Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Jauteh Dikun berkata, siasatan masih diteruskan termasuk mendapatkan maklumat kandungan dalam telefon bimbit mangsa.
Ketua Polis Negara sahkan Papagomo ditahan
Beliau berkata Wan Muhammad Azri ditahan di rumahnya di Setapak tengah hari tadi.
Nahas helikopter Lumut: 'Wira negara, damailah kalian di sana...'
Satu negara bersimpati, bersedih dengan perginya pejuang yang telah banyak berjasa buat Malaysia.
LHDN tak cadang lanjut tempoh kuat kuasa e-invois, beri pendidikan kepada PKS
Sebanyak 4,000 syarikat yang memperoleh pendapatan melebihi RM100 juta setahun disasarkan terbabit dalam pelaksanaan e-invois yang dilaksanakan mulai 1 Ogos ini.
Dasar Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negara dilancar
Ia merupakan sebahagian daripada OSHMP 2016-2020, bertujuan melindungi hak asasi pekerja untuk mendapatkan persekitaran pekerjaan yang selamat, sihat dan kondusif.