Dasar Perumahan Negara yang akan berakhir pada tahun depan akan dikaji semula bagi menimbang campur tangan kerajaan untuk mengawal harga rumah di negara ini, kata Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Tan Sri Noh Omar.
Beliau berkata perkara itu perlu bagi membolehkan rakyat khususnya golongan berpendapatan rendah dan sederhana mempunyai kemampuan memiliki kediaman sendiri.
"Kabinet telah mengarahkan dasar ini untuk dikaji semula. Di peringkat kementerian, kita mula memanggil Majlis Profesor Negara sebagai pakar rujuk untuk mengkaji semula dasar ini," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Persidangan Perwakilan UMNO Bahagian Tanjong Karang yang dirasmikan oleh Ketua Penerangan UMNO, Tan Sri Annuar Musa di Institut Pengurusan Peladang (IPP) di sini hari ini.
Noh berkata menerusi Dasar Perumahan Negara ketika ini, kerajaan hanya mempunyai kuasa mengawal harga rumah kos rendah yang berharga tidak lebih daripada RM42,000 serta berkeluasan 60.3 meter persegi (650 kaki persegi).
"Melihat kepada dasar yang ada sekarang ini, harga rumah selain daripada kos rendah ditentukan mengikut pasaran bebas," katanya.
Justeru, katanya, pihaknya akan meneliti sama ada kerajaan boleh mengawal harga rumah di negara ini bagi membolehkan semua rakyat memiliki kediaman sendiri mengikut kemampuan mereka.
Dalam perkembangan lain, Noh yang juga Ketua UMNO Bahagian Tanjong Karang membidas Anggota Parlimen Pandan merangkap Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli yang dilapor menganggap cadangan kementerian memberikan lesen pinjaman kewangan kepada pihak pemaju perumahan untuk membantu golongan pembeli rumah yang menghadapi masalah mendapatkan pinjaman bank dan wang pendahuluan sebagai 'gila'.
Katanya, Rafizi perlu memahami perkara itu sebelum membuat kenyataan yang mengelirukan rakyat kononnya para pembeli akan menanggung kadar faedah di antara 12 hingga 18 peratus jika ia dilaksanakan. -Bernama
Bernama
Sat Sep 10 2016
Dasar Perumahan Negara yang akan berakhir pada tahun depan akan dikaji semula bagi menimbang campur tangan kerajaan untuk mengawal harga rumah di negara ini. -Gambar fail
BN mahu beri sumbangan dominan pada PRU16 - Ahmad Zahid
Barisan Nasional (BN) mahu menjadi parti yang dapat memberikan sumbangan besar dan dominan pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang, kata Pengerusinya Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
AWANI Borneo [15/12/2024] - Kenalan lelaki mangsa direman | Apa impak langkah SAPP? | 11 projek sakit di Sarawak
AWANI Borneo Ahad, 15 Disember 2024 bersama Nickyson Nyambar
Wanita hilang sepuluh hari ditemui tidak bernyawa dalam kereta
Tindakan SAPP keluar pn, apa reaksi Ronald Kiandee dan Bung Moktar?
Masalah kontraktor antara punca projek sakit di Sarawak
Wanita hilang sepuluh hari ditemui tidak bernyawa dalam kereta
Tindakan SAPP keluar pn, apa reaksi Ronald Kiandee dan Bung Moktar?
Masalah kontraktor antara punca projek sakit di Sarawak
Anwar gesa pemilihan PKR segera dilakukan, junjung prinsip demokrasi
Anwar berkata barisan kepimpinan parti juga harus melibatkan gandingan baharu dan lama.
Tiada lagi penyeri keluarga, pemergian 'Amoi' amat dirasai
Bapa mangsa, Lan Endor, menyifatkan pemergian Nurul Asikin atau lebih dikenali sebagai Amoi sebagai seorang yang sentiasa ceria dan tidak pernah lupa memberitahu ibunya setiap kali ingin ke mana-mana.
11 projek sakit dikenal pasti di Sarawak di bawah RMK-10
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, keseluruhan projek pembinaan yang telah dikenal pasti melibatkan sektor pendidikan, kesihatan dan pembangunan desa.
Projek hospital pengajar UNIMAS dijadual beroperasi 2026
Status pembinaan projek hospital pengajar UNIMAS mengikut jadual ditetapkan dengan status tersebut kini mencecah kepada 52 peratus.
Tiga lagi suspek kes bunuh lelaki di pangsapuri direman
Ketua Polis Daerah Padawan, Superintenden Mohd Irwan Hafiz Md Radzi ketika mengesahkan penahanan tersebut berkata, kesemua suspek rakyat tempatan, berusia antara 32 hingga 48 tahun dan ditangkap di lokasi berbeza.
SAPP bebas buat keputusan keluar PN - Ahmad Zahid
Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, Parti Maju Sabah (SAPP) bebas membuat keputusan untuk keluar daripada Perikatan NAsional (PN).
SAPP main dua kolam - Bung Moktar
Ketua Perhubungan UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin ,menyifatkan tindakan sapp itu seperti sudah dijangka terutama ketika situasi politik sabah yang tidak menentu ketika ini.
Malaysia hasrat jadi tuan rumah lebih banyak acara e-sukan antarabangsa - Ahmad Zahid
Ahmad Zahid menyatakan kesediaan Malaysia untuk menjadi tuan rumah bagi lebih banyak acara sukan elektronik atau e-sukan antarabangsa pada masa akan datang.
MoF, BNM, KPKT bincang strategi pinjaman perumahan jangka panjang - Zahid Hamidi
Cadangan Dasar Perumahan Negara, termasuk meneliti pemberian pinjaman perumahan berjangka masa panjang, akan dibincangkan oleh MoF, BNM dan KPKT.
Sistem IBS Digital bantu kerajaan sasar 1 juta rumah mampu milik
Sistem Binaan Berindustri (IBS) digital dilihat mampu bantu kerajaan memenuhi sasaran satu juta rumah mampu milik dalam tempoh 10 tahun.
Rumah mampu milik hanya boleh dijual semula kepada KPT
Rumah mampu milik tidak boleh disalahguna bagi tujuan mengaut keuntungan, kata Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan.
Dasar Perumahan Negara dilancar 8 Jan depan - Zuraida
Dasar Perumahan Negara 2018-2025 akan dilancarkan pada 8 Januari depan, kata Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin.
Dasar Perumahan Negara akan dikaji semula - Noh Omar
Perkara itu perlu bagi membolehkan rakyat khususnya golongan berpendapatan rendah dan sederhana mempunyai kemampuan memiliki kediaman sendiri.