awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Salji sebabkan kesesakan lalu lintas di Paris, utara Perancis
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Gajah mengamuk bunuh enam orang di timur India
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Data individu dijamin selamat dari akses tidak sah - DOSM

Mohd Zalani Md Atan
Mohd Zalani Md Atan
15/06/2022
07:18 MYT
Data individu dijamin selamat dari akses tidak sah - DOSM
Mohd Uzir berkata, DSOM setakat ini berjaya menjaga data-data individu dari disalah guna. - Gambar fail
KUANTAN: Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) memberi jaminan bahawa data individu di dalam seliaannya tidak akan mudah diakses secara tidak sah oleh mana-mana pihak.
Ketua Perangkaannya, Datuk Seri Mohd Uzir Mahidin berkata, DSOM setakat ini berjaya menjaga data-data individu dari disalah guna.
Data-data peribadi juga menurutnya merupakan data teras dalam sistem negara yang dilindungi dan sehingga kini, menurut Mohd Uzir, pihaknya menjamin sistem di Jabatan Perangkaan Malaysia adalah terpelihara.
"Data peribadi ini satu perkara yang menjadi perkara teras dalam sistem statistik negara yang mana data individu memang kita mempunyai sistem yang kita lindungi, yang kita hasilkan ini bukan data individu, dia benda yang telah dijadikan statistik yang ada nilai profil, medium bilangan data individu.
"Memang kita menjadikannya suatu yang teras di mana-mana statistik, pejabat pun perlu pastikan data individu dipelihara dan dilindungi. Setakat ini DOSM berjaya mengekalkan, supaya data individu ini (dilindungi)," katanya.
Tambah Mohd Uzir lagi, Malaysia mempunyai beberapa agensi yang bertanggungjawab memastikan perlindungan dan keselamatan data individu terutama ketika kerajaan menuju pelaksanaan 'digital government'.
"Peringkat kerajaan kita ada agensi yang berkaitan. Agensi tentang perlindungan data termasuk Majlis Keselamatan Negara memang dari semasa ke semasa mengeluarkan Pekeliling yang patut dipatuhi.
"Maka semua agensi kerajaan, terutama ke arah kita melaksanakan digital government salah satu perkara yang ditekan dalam penggunaan (data) adalah dari segi (keselamatan), memang telah pun ada dan terus di dipertingkatkan," katanya.
Mohd Uzir berkata demikian ketika pertemuannya dengan pihak media di Kuantan Pahang pada Rabu.
Dalam pertemuan itu, Mohd Uzir turut berkongsi mengenai laman 'KAWASANKU' yang baharu dibangunkan oleh pihaknya dalam usaha mendekatkan masyarakat dengan data negara dalam bentuk statistik.
Informasi 'KAWASANKU' yang boleh diakses itu mengandungi maklumat berkaitan profil demografi penduduk itu adalah berdasarkan penemuan Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia 2020.
Laman web yang boleh diakses melalui "https://kawasanku.dosm.gov.my"' itu adalah merupakan yang pertama seumpamanya di Malaysia dan akan ditambah baik secara berperingkat, termasuk memuat naik statistik berkaitan pendidikan, ekonomi, kesihatan dan alam sekitar, secara lebih terperinci.
Topic Berkaitan
#data peribadi
#DoSM
#Mohd Uzir Mahidin
#Jabatan Perangkaan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan