JOHOR BAHRU: Pangkalan data dari Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) adalah antara elemen akan diguna pakai kerajaan dalam mengenal pasti penerima subsidi bersasar membabitkan minyak petrol.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Datuk Seri Salahuddin Ayub berkata, pihaknya telahpun berbincang mengenai perkara itu dengan Kementerian Kewangan, Menteri Ekonomi Rafizi Ramli dan ada data daripada JPJ melibatkan kenderaan.
"Jadi daripada segi data itu (subsidi bersasar) sudah hampir lengkap untuk kita memberikan pandangan dan memberikan data itu kepada Perdana Menteri (Datuk Seri Anwar Ibrahim) tentang bagaimana kita boleh buat subsidi bersasar ini," katanya kepada pemberita selepas melawat Projek Perumahan Rakyat (PPR) Melana Indah, Fasa 1, di sini, hari ini.
Beliau berkata, pangkalan data JPJ misalnya boleh digunakan untuk subsidi petrol RON95 memandangkan kerajaan dapat mengenal pasti golongan yang layak menerima subsidi berdasarkan jenis kuasa kuda (cc) kenderaan dimiliki.
Beliau berkata, kertas cadangan mengenai subsidi bersasar sebelum ini telahpun dibentangkan ketika mesyuarat Majlis Tindakan Sara Hidup (NACCOL) yang dipengerusikan Perdana Menteri pada Selasa lepas.
"Perdana Menteri telah memberikan arahan supaya perkara itu (mekanisme subsidi bersasar) diteliti. Tetapi buat masa ini kerajaan masih lagi meneruskan polisi yang ada iaitu kita tidak menarik balik (subsidi) ataupun tidak menaikkan sebarang tarif yang kita rasa boleh membebankan rakyat
"Jadi polisi itu masih diteruskan sehinggalah kabinet memutuskan mengenai itu (subsidi bersasar) kelak," katanya.
Beliau berkata demikian ketika mengulas mengenai rancangan kerajaan terutama KPDN yang juga sekretariat kepada NACCOL mengenai mekanisme subsidi bersasar dan pelaksanaannya.
Sementara itu, Ahli Parlimen Pulai itu berkata, pihaknya juga mengenal pasti usahawan industri kecil dan sederhana (IKS) adalah antara golongan membeli minyak masak bersubsidi, yang segelintir besarnya daripada golongan B40.
"Jadi kita kompromi mengenai itu dan satu mekanisme telah saya nyatakan kepada Perdana Menteri supaya kita cari jalan bagaimana pihak IKS yang berada dalam kategori B40 juga boleh menggunakan minyak (masak) bersubsidi ini," katanya.
Selain itu, Salahuddin turut mengingatkan agar penguat kuasa KPDN bersifat 'mesra rakyat' terhadap kesalahan-kesalahan kecil yang dilakukan peniaga dan penjaja kecil sekali gus memberi nasihat dan tunjuk ajar kepada mereka.
"Ini penting bagi kita menyahut seruan Perdana Menteri supaya penjaja-penjaja kecil ini diberikan perhatian. Mereka perlu bangun daripada krisis ekonomi dan pasca-COVID-19 dan mereka perlu diberikan perhatian," katanya.
Bagaimanapun, kerajaan tidak akan berkompromi dengan tindakan penyalahgunaan dan penyeludupan minyak bersubsidi ke negara jiran dan mengambil tindakan tegas terhadap mereka yang terlibat. - BERNAMA
Bernama
Sat Dec 24 2022

Salahuddin Ayub (dua, kanan) bersama Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Liew Chin Tong (kanan) melakukan tinjauan lif yang rosak diPPR Melana Indah, Johor Bahru, hari ini. Gambar BERNAMA

Lawatan rasmi PM ke China dijangka teroka kerjasama pelbagai bidang baharu
Kerajaan kedua-dua negara yang mendapat mandat baharu itu mungkin menumpukan kepada bidang pelancongan, kesihatan dan pendidikan.

Fokus Minggu Depan: Untung nasib peniaga di bulan Ramadan
Fareez Azman, Wartawan Astro AWANI

Frank Bernhardt dilantik Pengarah Teknikal Kelantan FC
Frank Bernhardt dilantik Pengarah Teknikal TRW Kelantan FC bagi memacu pasukan itu ke arah lebih baik sepanjang saingan Liga Malaysia (Liga-M) musim ini.

Fokus Minggu Depan: Lawatan Perdana Menteri ke China
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dijadualkan akan mengadakan lawatan rasmi ke China pada 29 Mac – 1 april 2023 dimana beliau akan memulakan lawatan ke hainan selama dua hari sebelum mengunjungi China pada 30 Mac dan 1 April depan. Semasa di Hainan, YAB Perdana Menteri akan menghadiri persidangan Tahunan Forum Boao untuk Asia (BFA) 2023 di Boao dan menyampaikan ucapan. Ini merupakan lawatan pertama Datuk Seri Anwar Ibrahim ke China sejak dilantik menjadi Perdana Menteri pada November lalu. Zhang Hong, Wartawan Kumpulan Media China (CMG)

Penyelia kilang rugi RM164,601 terpedaya 'Love Scam'
Mangsa telah ditawarkan skim pekerjaan sambilan di sebuah platform, menerusi pautan yang dihantar ke aplikasi WhatsApp pada Disember 2022.

Panel Dialog Keamanan Selatan Thailand cadang hentikan keganasan sepanjang Ramadan
Proses Dialog Damai Selatan Thailand di antara Kerajaan Thailand dengan kumpulan pejuang kini memasuki tahun ke-10.

Dua PPS ditutup, mangsa banjir di Batu Pahat 141 orang
Dua PPS itu ialah Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Hua Min dan Sekolah Agama (SA) Seri Comel.

'Ibu sedia lihat Syamsul, Puteri Sarah berdamai tapi bersyarat...'
Patimah menegaskan ada syarat yang perlu dituruti sekiranya Syamsul bersungguh mahu berbaik dan menyelamatkan rumah tangganya.

Sumbangan Ahlan Ramadan Yayasan Pahang ringankan beban 529 penerima menjelang Aidilfitri
Bantuan disampaikan Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail pada Majlis Penyampaian Sumbangan Ahlan Ramadan Yayasan Pahang 2023 hari ini.

'Saya ambil semua kesalahan' - Syamsul Yusof tak mahu isu dengan Aaron Aziz dipanjangkan
Syamsul menerusi entri di Instagram Story miliknya menjelaskan apa yang berlaku antara dirinya dan Aaron tiada kena-mengena dengan pelakon lain.

Data JPJ diguna pakai tentukan subsidi bersasar
Data JPJ antara elemen akan diguna pakai kerajaan dalam mengenal pasti penerima subsidi bersasar membabitkan minyak petrol.