ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 20 Mac 2026.
1. Caj tukar duit raya jatuh haram jika pertukaran libatkan tambahan nilai – Mufti WP
Advertisement
Perkhidmatan tukar duit raya yang semakin mendapat sambutan menjelang Hari Raya Aidilfitri boleh menjurus kepada amalan riba sekiranya dikenakan caj yang tidak menepati syarak.
2. Lelaki pukul isteri hamil direman empat hari
Seorang lelaki yang disyaki memukul isterinya yang sedang hamil pada Ahad lepas direman empat hari oleh Mahkamah Majistret Ayer Keroh, di sini, hari ini.
3. Bila si bulus ikut balik kampung, netizen turut terhibur
Musim perayaan Aidilfitri bukan sekadar menyaksikan lebuh raya utama negara sesak dengan kenderaan, tetapi turut ‘riuh’ dengan gelagat si bulus, apabila semakin ramai rakyat Malaysia memilih untuk membawa kucing peliahara kesayangan pulang beraya di kampung.
4. Tiga maut, lima cedera dalam kemalangan di Sri Aman
Tiga maut, manakala lima lagi cedera dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan berhampiran Kampung Selepong Jinggau, Sri Aman, pagi tadi.
5. Harga minyak naik akibat krisis, Anwar tegur tindakan politikkan isu minyak
Dalam dunia berdepan ketegangan geopolitik melibatkan krisis Asia Barat, terdapat pihak yang terus menyalahkan kerajaan tanpa memahami realiti.
6. PM Anwar seru rakyat sambut Aidilfitri secara sederhana
Meskipun sambutan Hari Raya adalah tradisi penting masyarakat Islam negara ini, rakyat disaran mengelakkan pembaziran dan utamakan keperluan asas.
7. Ahmad Zahid seru perkukuh silaturahim sempena Aidilfitri
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyeru umat Islam agar terus menyemai kasih sayang, mempererat silaturahim dan saling bermaafan dengan hati yang tulus sempena sambutan Syawal.
8. Kenaikan harga petrol tanpa subsidi di Malaysia cerminkan trend minyak global
Peningkatan harga petrol tanpa subsidi baru-baru ini di Malaysia mencerminkan peningkatan harga minyak global, kata seorang penganalisis.
9. Subsidi diesel bersasar perlu diteruskan, PKR tegur kenyataan Hamzah
Kenyataan Ketua Pembangkang Datuk Seri Hamzah Zainudin berhubung isu subsidi diesel disifatkan tidak mencerminkan keseluruhan fakta ekonomi semasa dan berpotensi mengelirukan rakyat, khususnya ketika kerajaan melaksanakan penstrukturan semula subsidi bahan api.
10. KBS perhalusi strategi sasaran emas spesifik seiring misi juara Sukan SEA 2027
Pendekatan baharu dalam menetapkan sasaran pingat kontinjen negara pada Sukan SEA 2027 di Malaysia sedang dalam penelitian, kata Menteri Belia dan Sukan, Dr Mohammed Taufiq Johari.