KUALA LUMPUR:Data tentang keberkesanan vaksin COVID-19 tidak akan pernah lengkap kerana ia memerlukan kajian menyeluruh dalam masa panjang, malah mungkin berdekad untuk pembuktian kukuh.
Menurut Pakar Kesihatan Awam, Dr Khor Swee Kheng, sebaliknya pertimbangan harus diwujudkan melihat kepada keadaan penularan COVID-19 semasa yang mendesak pengedaran vaksin dengan segera.
“Jumlah data yang diberikan oleh syarikat Pfizer dan BioNtech memang tidak lengkap sebab jika kita buat kajian menyeluruh dalam masa berdekad sekalipun, akan tetap timbul persoalan.
“Tetapi kita lihat jumlah pesakit yang menerima vaksin setakat ini sekitar 19,000 orang dan ini angka yang tinggi.
“Kebiasaannya pemberian vaksin kepada jumlah ini memerlukan masa panjang malah sehingga 10 tahun.
“Justeru angka 19,000 dalam masa singkat boleh dianggap cukup menyeluruh,” katanya ketika dihubungi Astro AWANI.
Dr Khor berkata bagi Malaysia pula, kepercayaan harus diberikan kepada Agensi Pengawalselia Farmaseutikal Kebangsaan (NPRA) untuk mengeluarkan kelulusan berkaitan vaksin berkenaan.
“Kita harus membuat pertimbangan kerana kita tidak boleh tunggu selamanya untuk mendapatkan data (keberkesanan) itu.
“Satu hari nanti kita perlu bergantung kepada NPRA atau agensi yang meluluskan ubat-ubatan dan vaksin di Malaysia.
“Kita bergantung kepada NPRA untuk menggunakan budi bicara dan kebijaksanaan mereka untuk memberitahu kita bilakah data tersebut akan mencukupi,” katanya.
Dr Khor berkata, tiga kayu ukur utama juga boleh digunakan dalam menentukan keberkesanan vaksin Pfizer dan BioNtech.
“Kayu ukur pertama adalah hasil ujian dijalankan oleh Pfizer dan BioNtech, kedua kelulusan agensi lain seperti di Amerika Syarikat dan United Kingdom, dan ketiga adalah pengalaman sebenar seperti kempen vaksinasi yang baru dilancarkan di UK.
Sebelum ini pengawalselia perubatan Switzerland, Swissmedic berkata mereka kekurangan data untuk meluluskan keberkesanan vaksin Pfizer dan BioNtech termasuk jenis penyakit yang dihidapi penerima vaksin.
Sementara itu mengulas kes enam kematian individu yang menerima vaksin COVID-19, Dr Khor berkata tiada data menunjukkan kematian itu disebabkan vaksin yang diterima.
"Mereka yang menerima vaksin dipantau selama dua bulan secara purata dan dalam jangka masa itu hanya enam kes kematian.
"Dua orang adalah dalam kumpulan penerima vaksin dan empat orang adalah belum menerima vaksin. Tiga daripada empat orang itu mempunyai penyakit jantung manakala seorang lagi menghidapi angin ahmar. Malah mereka juga merupakan golongan berusia.
"Dua lagi kematian belum mempunyai data lengkap punca kematian. Jika kita lihat jumlah yang ada kesan sampingan teruk sehingga menyebabkan kematian adalah sangat rendah berbanding 19,000 orang," katanya.
Najib Aroff
Thu Dec 10 2020

Mengulas kes enam kematian individu yang menerima vaksin COVID-19, Dr Khor berkata tiada data menunjukan kematian mereka disebabkan vaksin diterima.- Foto fail

COVID-19 | Darurat bukan untuk elak PRU
Hentikan retorik politik. Pengisytiharan darurat bukan dibuat atas sebab kerajaan memerintah ingin menangguhkan Pilihan Raya Umum. Sebaliknya, untuk memberi tumpuan penuh dalam melandaikan jangkitan COVID-19 yang semakin kritikal. Demikian tegas Datuk Takiyuddin Hassan, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang).

Politik Jerman | Armin Laschet dilantik pemimpin baharu parti CDU
Pemimpin haluan tengah Armin Laschet dilantik sebagai pemimpin baharu Parti Kristian Demokrat, CDU, Jerman. Beliau kini dalam laluan untuk menggantikan Canselor Angela Merkel yang akan menamatkan penggal pemerintahannya selepas 16 tahun.

Latihan Ketenteraan | Iran lancar ujian peluru berpandu
Tentera revolusi Iran lancar ujian peluru berpandu balistik. Ujian ini berlangsung ketika ketegangan dengan Amerika Syarikat berhubung program nuklernya.

Pengisytiharan Darurat | Tidak boleh dipersoal setelah diperkenankan
Perintah darurat tidak boleh dicabar atau dipersoalkan setelah ia diperkenankan oleh Yang Di-Pertuan Agong. Ia juga tidak boleh dirujuk ke mahkmah atas apa-apa alasa pun.

Pengisytiharan Darurat | Tiada ruang untuk sebarang Pilihan Raya
Dalam pada itu, Datuk Takiyuddin Hassan sekali lagi menegaskan tiada Pilihan Raya boleh diadakan, termasuk Pilihan Raya Negeri. Sebelum ini negeri Sarawak menyatakan hasrat mengadakan Pilihan Raya Negeri, malah Ketua Menteri Sarawak, Datuk Abang Johari Openg memberi isyarat bahawa negeri itu akan mengadakan pemilihannya “bila-bila masa dari sekarang”. Mandat DUN Sarawak sepatutnya berakhir pada 7 Jun 2021.

Pemilihan Palestin | Palestin adakah pilihan raya pertama sejak 2006
Palestin akan mengadakan Pilihan Raya Parlimen dan Presiden akhir tahun ini. Ini adalah pemilihan yang pertama sejak 2006 yang menyaksikan pergerakan hamas memperoleh kemenangan besar.

Pengisytiharan Darurat | Jawatankuasa Khas main peranan penting
Semak dan imbang, serta aspek ketelusan menjadi elemen penting dalam penubuhan Jawatankuasa Khas bebas di bawah pengistiharan darurat. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Takiyuddin Hassan berkata selaras dengan perkara itu, jawatankuasa ini akan dibarisi pakar pelbagai bidang yang akan memberi pandangan serta nasihat, sekali gus mempersembahkan syor kepada Yang Di-Pertuan Agong, termasuklah, sekiranya perlaksanaan darurat dapat ditamatkan lebih awal.

Terbuka Australia: 47 pemain jalani kuarantin
Seramai 24 pemain dalam pesawat sewa khas dari Amerika Syarikat ke Melbourne diarahkan menjalani kuarantin selama dua minggu.

Kekalkan tarikh pemilihan parti, tawarkan kepada rakyat pimpinan baharu - KP UMNO Pagoh
Keputusan pemilihan UMNO perlu bagi meyakinkan rakyat bahawa UMNO masih mempunyai barisan pemimpin yang berkaliber.

EPL: West Ham tewaskan Burnley, kini di tangga ke-9 liga
Antonio, 30 tahun, beraksi untuk kali keempat selepas mengalami kecederaan hamstring.

COVID-19: Kes positif global lebih 88.5 juta
Data terbaharu Johns Hopkins University turut menunjukkan Amerika Syarikat kekal negara paling teruk terjejas dengan lebih 21.77 juta kes.

COVID-19: Kes positif global hampir 87 juta, angka korban cecah 1.87 juta
Data terbaharu Johns Hopkins University menunjukkan Amerika Syarikat masih kekal negara paling teruk terjejas dengan lebih 21.2 juta kes.

COVID-19: Larangan perjalanan ke Afrika Selatan susulan varian baharu
Beberapa negara sudah memulakan larangan perjalanan ke Afrika Selatan selepas varian COVID-19 terbaharu dikesan di negara itu.

Hari Migran Sedunia: Komunikasi antara cabaran utama Fauzi di Zurich
Bagi Ahli Farmasi Kualiti Penyelidikan, Mohamad Fauzi Zakaria, 47, cabaran utama ketika menjejakkan kaki di Zurich, Switzerland adalah berkomunikasi.

COVID-19: Kes positif global cecah 72.08 juta, korban lepasi 1.61 juta
Setakat pagi Isnin (14 Disember), data terbaharu Johns Hopkins University menunjukkan Amerika Syarikat kekal negara paling teruk terjejas dengan 16.18 juta kes jangkitan.

Data keberkesanan vaksin COVID-19 tidak akan pernah lengkap - Pakar
Pertimbangan harus diwujudkan melihat kepada keadaan penularan COVID-19 semasa yang mendesak pengedaran vaksin dengan segera.

COVID-19: Kes positif global lebih 68 juta, korban lepasi 1.55 juta
Data terbaharu Johns Hopkins University menunjukkan lebih 610,000 jangkitan baharu direkodkan dalam tempoh 24 jam.

Singapura negara Asia pertama dipilih jadi tuan rumah WEF
Ini merupakan kali kedua WEF berlangsung di luar Switzerland sejak dimulakan pada 1971 dengan lokasi luar pertama adalah di New York pada 2002 sebagai tanda solidariti tragedi 11 September.

COVID-19: Kes positif global cecah 60 juta, kematian lebih 1.41 juta
Setakat pagi Khamis (26 November), data terbaharu Johns Hopkins University menunjukkan Amerika Syarikat kekal negara paling teruk terjejas dengan 12.7 juta kes jangkitan.

COVID-19: Kes positif hampiri 60 juta, korban lebih 1.4 juta
Data terbaharu Johns Hopkins University menunjukkan Amerika Syarikat kekal negara paling teruk terjejas dengan 12.5 juta kes jangkitan.