awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Konsultan rugi RM690,500 ditipu pelaburan dalam talian
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Data penglibatan mahasiswa dengan perkhidmatan 'sugar baby' meragukan - KPT

Hakim Rahman
Hakim Rahman
14/02/2021
10:22 MYT
Data penglibatan mahasiswa dengan perkhidmatan 'sugar baby' meragukan - KPT
Menurut Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi, Prof. Dato Dr. Husaini Omar, terdapat banyak keraguan terhadap data yang dikemukakan dalam pendedahan penglibatan pelajar universiti dengan kegiatan 'sugar baby'.
KUALA LUMPUR:Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) telah menghubungi beberapa universiti yang pelajarnya didakwa terlibat dengan perkhidmatan tidak bermoral 'sugar baby'.
Menurut Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi, Prof. Dato’ Dr. Husaini Omar, terdapat banyak keraguan terhadap data yang dikemukakan dalam pendedahan penglibatan pelajar universiti dengan kegiatan itu.
"Agak mustahil 45 peratus daripada pelajar Sunway University terlibat sebagai 'sugar baby.' Ini kerana jumlah pelajar Sunway University pada masa kini adalah lebih kurang 7,000 pelajar sahaja.
"Oleh itu, laporan yang disiarkan oleh media bahawa seramai 3,105 pelajar Sunway University sebagai 'sugar baby' adalah tidak munasabah,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Katanya lagi, KPT memandang serius pendedahan yang dibuat oleh akhbar 'The Star Online' mengenai laman sesawang 'student programme' dan laporan dalam Facebook mengenai peningkatan mendadak bilangan pelajar universiti yang terbabit dalam perkhidmatan 'sugar baby'.
Malah katanya pihak Universiti Teknologi Mara (UiTM) juga telah membuat laporan polis menafikan laporan tersebut yang mengaitkan mahasiswa institusi pengajian tinggi itu dengan perkhidmatan 'sugar baby'.
Sugar Baby | Data penglibatan mahasiswa meragukan - IPT
Walau bagaimanapun, pihak KPT bersama-sama dengan pihak universiti akan berusaha terus menangani isu ini dengan lebih berkesan.
“Pihak Universiti akan menjalankan semakan dalaman secara terperinci bagi memastikan apa yang dilaporkan oleh pihak media dapat ditangani sebaik-baiknya,” katanya lagi.
Mengulas lanjut Dr. Husaini berkata pihaknya akan melaksanakan sesi libat urus dengan pelbagai pihak dalam merangka program memastikan sahsiah pelajar dan imej Institut Pengajian Tinggi di Malaysia terjaga.
Topic Berkaitan
#PKP
#pelajar
#wanita
#sugarbook
#IPT
#siasatan
#universiti
#UiTM
#Institusi Pengajian Tinggi
#sunway university
#perkhidmatan sugar baby
#Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi
#Dr Husaini Omar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan