awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kes kartel tipuan bida: Enam perusahaan berdepan penalti kewangan - MyCC
Ayam Belanda halal dari Rusia selamat, berkualiti - Mohamad
Banci: Guna tenaga sektor pertanian cecah 1.7 juta, jana pendapatan RM186.4 bilion
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Data peribadi dalam sistem PADU selamat, tidak digodam

Azib Zikry
Azib Zikry
13/03/2024
03:38 MYT
Data peribadi dalam sistem PADU selamat, tidak digodam
Dakwaan sistem PADU digodam hanyalah untuk mendapatkan populariti, dan data rakyat Malaysia masih dikawal selia oleh pihak kerajaan.
KUALA LUMPUR: Dakwaan Sistem Pangkalan Data Utama (PADU) digodam dan diceroboh datanya oleh kumpulan penggodam antarabangsa adalah tidak benar dan sengaja menakutkan rakyat.
Naib Presiden Bahagian Perkhidmatan Responsif Keselamatan Siber CyberSecurity Malaysia, Mohd Zabri Adil Talib berkata, dakwaan itu hanyalah untuk mendapatkan populariti dan data rakyat Malaysia masih dikawal selia oleh pihak kerajaan.
Menurutnya, meskipun ia merupakan dakwaan palsu, tetapi ia boleh menimbulkan persepsi negatif kepada negara berkenaan keselamatan siber sekuriti negara.
"Mereka mengatakan bahawa mereka berjaya mengaskes sistem PADU, berdasarkan pemeriksaan kita tidak benar kerana mereka buat itu semata-mata untuk mendapatkan populariti.
"Dakwaan kumpulan R00TK1T hanyalah kerana 'hacktivist', mereka ingin perjuangkan Pro-Israel.
"Jadi disebabkan Malaysia menyokong Palestin, mereka akan memberi serangan dari sudut (serangan siber) itu," tambahnya.
Menurutnya, beliau tidak menolak bahawa persepsi rakyat akan keselamatan data mereka untuk mendaftar data mereka dengan Sistem PADU semakin memudar.
Ini kerana hanya seramai 4.32 juta mengemas kini data mereka setakat Mac 2024 daripada 30.08 juta rakyat Malaysia, meskipun pendaftaran akan ditutup bulan ini.
Justeru, beliau mengingatkan orang ramai untuk sentiasa percaya dengan barisan keselamatan kerajaan dengan perlindungan keselamatan siber daripada diserang.
"Kerajaan memang tidak akan menganiaya rakyatnya bila kita bangunkan sistem untuk kebaikan ramai.
"Sistem PADU dibangunkan selamat, sudah melalui CyberSecurity Malaysia untuk mematuhi piawaian sekuriti yang sudah ditetapkan," tambahnya lagi ketika ditemu bual dalam program AWANI Pagi.
Topic Berkaitan
#keselamatan siber
#Malaysia
#PADU
#Sistem Pangkalan Data Utama
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan