awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dataran Ibu Pertiwi ikon baharu Kuching

Bernama
Bernama
01/01/2024
13:52 MYT
Dataran Ibu Pertiwi ikon baharu Kuching
Dataran yang terletak berhampiran bangunan Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Tebingan Kuching itu dilancarkan Premier Tan Sri Abang Johari Tun Openg. - Bernama
KUCHING: Dataran Ibu Pertiwi yang menempatkan tiang bendera Sarawak setinggi 99 meter menjadi ikon baharu di Bandar Raya Kuching.
Dataran yang terletak berhampiran bangunan Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Tebingan Kuching itu dilancarkan Premier Tan Sri Abang Johari Tun Openg pada majlis sambutan ambang tahun baharu peringkat negeri Sarawak semalam.
Kos pembinaan monumen itu telah disumbang syarikat Petroleum Sarawak Bhd (Petros), Petroliam Nasional Bhd (Petronas) dan Shell menerusi program tanggungjawab sosial korporat (CSR).
Abang Johari yang membuat lawatan ke dataran ikonik itu hari ini berkata dataran itu diharap mampu menjadi daya tarikan baharu buat pelancong untuk ke Kuching.
"Kita juga akan mempamerkan sejarah ketiga-tiga syarikat minyak (Petros, Petronas dan Shell) di dataran ini nanti selain boleh membaca latar belakang sejarah pembangunan ekonomi Sarawak.
Di sini juga ada restoran yang boleh memberi kemudahan buat pelancong untuk makan serta menikmati pemandangan," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#dataran ibu pertiwi
#ikon baharu
#Kuching
#Abang Johari Tun Openg
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan