awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MARA sasar UPTM, UniKL disenaraikan di Bursa Malaysia - Ahmad Zahid
KPop Demon Hunters bakal kembali? Sekuel sah dalam pembikinan, dijangka terbit pada 2029
SPRM syor lima penambahbaikan perkukuh tatakelola projek MyKiosk
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Datin ditemui maut dalam rumah dengan kesan kecederaan

Sinar Harian
Sinar Harian
24/09/2022
10:41 MYT
Datin ditemui maut dalam rumah dengan kesan kecederaan
Polis menerima maklumat berhubung kematian wanita berusia lingkungan 70-an itu pada jam 8.25 malam Jumaat. - Gambar hiasan
SEREMBAN: Seorang wanita warga emas bergelar Datin ditemukan maut dengan kesan kecederaan pada badan di rumahnya di Taman Paroi Jaya pada Jumaat.
Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Nanda Maarof berkata, polis menerima maklumat berhubung kematian wanita berusia lingkungan 70-an itu pada jam 8.25 malam.
"Hasil siasatan di tempat kejadian mendapati terdapat kesan kecederaan di anggota badan mangsa dan beberapa barang peribadinya turut hilang.
"Mayat mangsa telah di hantar ke Hospital Tuanku Jaafar di Seremban bagi proses bedah siasat," katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.
Menurutnya, motif sebenar kejadian masih dalam siasatan dan masyarakat diminta tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh mengganggu siasatan.
Beliau berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.
Dalam pada itu, Nanda berkata, polis meminta individu bernama Mohd Faizul Mohamad Ali Kamil, 45, dengan alamat terakhir di Kampung Berkat Chembong, Rembau untuk tampil bagi membantu siasatan.
Ujarnya, maklumat boleh disalurkan kepada Pegawai Penyiasat, Asisten Superintendan Fauzan Azima Razak di talian 06-6033222.
Sementara itu tinjauan Sinar Harian mendapati banyak kenderaan memenuhi rumah mangsa.
Turut kelihatan hadir, pendakwah, Ustazah Asma Harun dan isteri kepada bekas Ketua UMNO Bahagian Teluk Kemang, Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad iaitu Puan Sri Bibi Sharliza Mohd Khalid.
Sinar Harian cuba mendapatkan maklumat lanjut daripada seorang lelaki dipercayai cucu mangsa, namun beliau enggan mengulas lanjut. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Datin
#maut dalam rumah
#kesan kecederaan
#paroi jaya
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan