awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
Onn Hafiz mohon rakyat Johor peka perkembangan cuaca semasa
KPDN Kelantan rampas barangan hampir RM4.7 juta sepanjang tahun
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Datuk, 10 individu lain didakwa ahli kumpulan jenayah 'Geng Upik'

Mirlen Axtius
Mirlen Axtius
22/01/2024
03:20 MYT
Datuk, 10 individu lain didakwa ahli kumpulan jenayah 'Geng Upik'
Antara tertuduh ketika tiba di Mahkamah Sesyen 3, Kota Kinabalu pada Isnin. - Astro AWANI
KOTA KINABALU: Datuk Maslan Sani, 41, bersama 10 individu yang lain didakwa di Mahkamah Sesyen 3 di sini, hari ini atas pertuduhan menjadi ahli kumpulan jenayah terancang 'Geng Upik' sejak tahun 2015 sehingga 2023.
Semua tertuduh didakwa mengikut Seksyen 130V (1) Kanun Keseksaan, Akta 574 dan boleh dihukum Seksyen yang sama.
Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh dan sebutan semula ditetapkan pada 1 Mac depan sebelum kes dipindahkan ke Mahkamah Tinggi.
Berdasarkan pertuduhan, masing-masing terduduh didakwa melakukan kesalahan bermula dari seawal 2015 hingga 24 Disember tahun lalu.
Tertuduh terbabit ialah, Rahman Burijin, 44; Jaisalfian Jaineh @ Zaini, 45; Mohd Fauzie Rablin, 33; Shahlan Shah Abdul Samad, 37; Datuk Maslan Sani, 41; Nelson Yen Yee Chung, 46; Mohd Faridzul Asmahadi, 31; Fazrul Bahar, 32; Alkan Abraham, 35; Mazlan Mahmud, 41; dan Mahathir Jibarail, 49.
Pertuduhan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Nazran Mohd Sham di hadapan Hakim Noor Hafizah Mohd Salim.
Pada 26 Disember tahun lalu, media melaporkan ketua sindiket dadah bergelar Datuk antara 10 individu yang ditahan di Sabah kerana disyaki terlibat dalam sindiket pengedaran dadah jenis syabu yang terbesar di negeri itu sejak 2015.
Susulan itu, pada 8 Januari lepas, Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay berkata seorang pegawai agensi penguat kuasa yang dipercayai mempunyai kaitan dengan sindiket pengedaran dadah berkenaan turut ditahan menjadikan keseluruhan 11 individu ditahan bagi membantu siasatan berhubung kes itu.
Topic Berkaitan
#Geng Upik
#Datuk
#kumpulan jenayah terancang
#mahkamah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan