awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dua alami kegagalan jantung selepas helikopter terhempas di Gapyeong
PuTERA35: Agenda ekonomi MADANI perlu holistik, perkukuh kelas menengah Bumiputera
Duta Norway ke Jordan letak jawatan susulan hubungan dengan Epstein
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Datuk antara dua individu didakwa SPRM buat tuntutan palsu RM1.1 juta

Hamzah Hamid
Hamzah Hamid
12/11/2014
02:50 MYT
Datuk antara dua individu didakwa SPRM buat tuntutan palsu RM1.1 juta
Hakim Allaudeen Ismail menetapkan jumlah jaminan RM80,000 bagi setiap tertuduh dengan seorang penjamin. - Foto Astro AWANI/ SHAHIR OMAR
Dua individu dengan salah seorang daripadanya bekas Pengarah Urusan bergelar Datuk didakwa di Mahkamah Sesyen Jalan Duta hari ini atas dua pertuduhan membuat tuntutan palsu membabitkan invois berjumlah RM1.116 juta.
Bekas Pengarah Urusan Gadang Engineering Sdn Bhd, Datuk Koay Teng Keong, dituduh menerima rasuah daripada ahli perniagaan dan pemilik Deutsche Direct Sdn Bhd, Teh Yean Teong.
Suapan itu sebagai balasan kerana melantik syarikat tersebut dalam urusan kerja-kerja logistik dan bagi 200 unit lori (tipper truck) yang dibeli dan diterima oleh syarikatnya daripada Shandong Jixin Auto Sale Company Limited, China.
Teng Keong, 57, dan Yean Teong, 51, dituduh melakukan kesalahan tersebut pada Mac 2010 di pejabat Gadang Engineering Sdn Bhd.
Hakim Allaudeen Ismail menetapkan jumlah jaminan RM80,000 bagi setiap tertuduh dengan seorang penjamin.
Selain itu, pasport antarabangsa tertuduh juga perlu diserahkan. Kes disebut semula pada 18 Disember.
Pendakwaan SPRM diwakili Penguasa Kanan Wan Ahmad Nidzam Wan Omar manakala kedua-dua tertuduh diwakili barisan pembelaan diketuai Peguam Kanan, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah.
Pendakwaan dilakukan di bawah Seksyen 18 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) 2009 dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 24 (2)(b) Akta yang sama.
Sekiranya sabit kesalahan, tertuduh boleh dikenakan hukuman penjara tidak lebih 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda nilai suapan.
Topic Berkaitan
#Mahkamah Sesyen
#Rasuah
#SPRM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan