awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Banjir di Pahang pulih sepenuhnya
Lisa BLACKPINK jadi wajah kempen pelancongan Thailand bermula Januari 2026
Impian jadi penyampai radio? SINAR FM cari ‘Penyampai Emas’ baharu!
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

'Datuk' bebas dakwaan pemalsuan tuntutan lebih RM5.8 juta

Shafik Ahmad
Shafik Ahmad
09/04/2021
04:17 MYT
'Datuk' bebas dakwaan pemalsuan tuntutan lebih RM5.8 juta
Pemilik syarikat pembekal bergelar Datuk dan isterinya dibebaskan tanpa syarat berhubung dakwaan terlibat dalam kes pemalsuan tuntutan berjumlah lebih RM5.8 juta. -Gambar hiasan
KUCHING: Pemilik syarikat pembekal bergelar Datuk dan isterinya dibebaskan tanpa syarat berhubung dakwaan terlibat dalam kes pemalsuan tuntutan berjumlah lebih RM5.8 juta.
Ia selepas Majistret Zaiton Anuar menolak permohonan reman terhadap pasangan berusia 56 dan 58 tahun oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Kompleks Mahkamah Kuching pada Jumaat.
Mereka yang tiba di mahkamah sekitar jam 9 pagi diiringi peguam bela Shankar Ram Asnani.
Difahamkan permohonan dibuat bagi menjalankan siasatan lanjut berkaitan tuntutan palsu pembekalan makanan kepada sebuah sekolah menengah di Matang, dekat sini, dari tahun 2017 hingga 2019.
Bagaimanapun Shankar ketika ditemui di luar mahkamah berkata anak guamnya dibebaskan kerana tiada bukti kukuh yang boleh mengaitkan mereka dengan dakwaan tersebut.
“Malah mereka telah hadir ke pejabat SPRM pada 8 April untuk memberi kerjasama dan telah diambil keterangan selepas disyaki terlibat kes tersebut.
“Kes ini disiasat di bawah Seksyen 18 Akta SPRM 2009 tetapi tiada bukti boleh mengaitkan mereka dengan kes itu, mahkamah telah menolak permohonan reman dan mereka dibebaskan,” katanya.
Pada 6 April lalu, seorang eksekutif swasta direman empat hari bagi membantu siasatan bagi kes sama.
Berdasarkan fakta kes, pada 15 Mac 2017, seorang pemilik syarikat pembekal telah menggunakan satu dokumen yang disyaki mengandungi butiran palsu sebagai dokumen sokongan semasa mengemukakan tawaran tender Kementerian Pelajaran Malaysia untuk membekal makanan bermasak bagi tempoh 24 bulan yang bernilai RM5,828,220 bermula 1 Julai 2017 hingga 30 Jun 2019.
Topic Berkaitan
#SPRM
#kes pemalsuan tuntutan
#Zaiton Anuar
#Shankar Ram Asnani
#Seksyen 18 Akta SPRM 2009
#Kompleks Mahkamah Kuching
#permohonan reman
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan