awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PM seru rakyat tolak kebencian, semai empati sempena Hari Krismas
MARDI agih 1,000 ekor Ayam Saga, perkasa komuniti KRT Jasin
Yayasan PEKEMA sasar 10,000 pelajar terima manfaat sepanjang 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Impian jadi penyampai radio? SINAR FM cari ‘Penyampai Emas’ baharu!

Astro Awani
Astro Awani
24/12/2025
10:22 MYT
Impian jadi penyampai radio? SINAR FM cari ‘Penyampai Emas’ baharu!
Radio SINAR FM kini membuka peluang emas kepada rakyat Malaysia yang berusia 35 tahun ke atas untuk merealisasikan impian menjadi penyampai radio. - Foto Sinar FM
KUALA LUMPUR : Pernah terfikir untuk jadi penyampai radio tetapi rasa usia sudah lewat?
Jangan risau, SINAR FM kini membuka peluang emas kepada rakyat Malaysia untuk merealisasikan impian itu menerusi pencarian bakat Penyampai Emas SINAR!
Stesen radio yang sinonim dengan tagline “SINAR Muzik Retro Terbaik” ini tampil dengan program khas bagi mencungkil bakat baharu yang kreatif, bersahaja dan penuh karisma, khusus buat mereka yang berusia 35 tahun ke atas.
Menurut Pengurus Jenama SINAR, Zureen Affendi, ramai individu yang memiliki bakat dan personaliti menarik, namun tidak pernah diberi ruang untuk menyerlah.
“Ramai yang pernah terdetik untuk mencuba jadi penyampai radio, tapi rasa sudah terlambat. Penyampai Emas SINAR adalah peluang untuk buktikan bahawa usia bukan penghalang untuk bersinar.
"SINAR kini mencari penyampai yang bukan sahaja petah berbicara, tetapi mampu menceriakan hari pendengar dan menjadi teman setia di udara.
“Setiap orang ada cerita dan gaya tersendiri. Kami mahu suara yang boleh menghidupkan suasana, membawa aura positif dan dekat di hati pendengar,” ujarnya.
Peserta hanya perlu memuat naik video berdurasi tidak lebih satu minit di Instagram atau TikTok, bercakap seperti seorang penyampai radio, menyebut tagline SINAR serta menggunakan hashtag #PenyampaiEmasSINAR.
Akaun media sosial mestilah diubah kepada mod 'public' dan ujibakat ini terbuka kepada semua individu berusia 35 tahun ke atas yang berani mencuba.
Tarikh Ujibakat: • Ujibakat dalam talian: hingga 9 Januari 2026; • Ujibakat terbuka: 10 Januari 2026 di MYDIN USJ Subang; dan • Ujibakat di Astro Bukit Jalil: tarikh akan diumumkan di media sosial SINAR
Tambah Zureen, dalam era digital ini, ramai yang berbakat di media sosial tetapi tiada platform untuk berkembang. Penyampai Emas SINAR adalah jambatan ke dunia professional.
Jadi, apa tunggu lagi?
Rakam video anda, tampil berani dan rebut peluang ini kerana suara anda bakal menjadi suara baharu yang menghiburkan pendengar setia SINAR setiap hari!
Topic Berkaitan
#penyampai radio
#Sinar FM
#Astro
#Penyampai emas
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan