SATU lagi berita baik dikongsikan oleh selebriti selebriti serba boleh, Alif Satar.
Kali ini, mengenai datuknya, Mohamad Che Noh yang dikhabarkan sembuh daripada penyakit COVID-19 dan dibenarkan untuk pulang semula ke rumahnya.
Menerusi perkongsian di Instagram peribadinya, Alif, 30, menyatakan rasa syukur dengan berkongsi foto datuknya yang dipanggil Pak Wan sedang menaiki kereta untuk dihantar pulang ke rumah.
"Itu Pak Wan saya, pesakit COVID-19 berusia 91 tahun yang sudah sembuh, duduk di dalam kereta untuk pulang ke rumah!
"Allah Maha Besar. Allah Maha Besar. Allah Maha Besar," kata Alif menzahirkan kesyukuran pada Allah.
BACA: Penyanyi Alif Satar positif COVID-19, mohon maaf atas kesulitan
BACA: Ibu, ayah Alif Satar juga disahkan positif COVID-19 - Pengurus
Pada masa sama, Alif yang masih berada dalam tempoh kuarantin merakamkan penghargaan kepada orang ramai yang mendoakan kesihatan datuknya itu.
“Terima kasih buat semua yang mendoakan kesihatan Pak Wan hari itu, semoga Allah SWT membalas jasa baik anda semua,” jelas Alif sambil memaklumkan dia masih menerima rawatan di Hospital Melaka.
Buat masa ini, Alif masih lagi menjalani rawatan selepas disahkan positif COVID-19 minggu lalu.
Bagaimanapun, isterinya Sha Dila Hadid dan tiga anak mereka, Alisha Anugerah, 5; Ariana Mecca, 3; dan Muhammad Ali, 1, disahkan negatif COVID-19 selepas membuat ujian saringan pada Isnin.
BACA: 'Tolong buang sampah, hantar makanan' - Alif Satar terharu jiran murah hati
BACA: Alif Satar terharu Dr Zulkifli bertanya khabar tentang kesihatannya
Astro Awani
Sun Nov 29 2020

Datuk kepada Alif Satar, Mohamad Che Noh sudah sembuh daripada penyakit COVID-19 dan dibenarkan untuk pulang semula ke rumahnya. - Gambar Instagram @alifsatar

UKM tawar rawatan psikososial kepada lelaki bina 11 bonggol
Beberapa sesi rawatan akan dilaksanakan secara dalam talian bermula minggu hadapan dan sebagai permulaan, beliau perlu menentukan status psikologi Nor Muhamad Roslam.

Dua sepupu ditahan cuba seludup dadah ketika PKP
Tindakan lelaki menyeludup dadah melalui jalan tikus ketika PKP gagal selepas ditahan Polis Melaka.

UMNO | Beri peluang kepada Zahid sehingga tamat penggal
Terdapat pandangan dan gesaan beberapa pemimpin dan ketua sayap UMNO negeri agar parti itu mengadakan pemilihan segera bagi menyelesaikan kemelut dan menentukan hala tuju parti Melayu terbesar itu.

Kemusnahan Alam | Kerajaan Perak arah kerja di Tanjung Batu dihentikan
Kerajaan Negeri Perak arahkan Jabatan Perhutanan dan Jabatan Alam Sekitar melakukan siasatan menyeluruh mengenai kerosakan yang berlaku di Air Terjun Tanjung Batu, Segari, Perak.

Politik | UMNO dilanda angin perubahan?
Kita bersama Prof Sivamurugan Pandian, Penganalisis Politik.

Jenayah | Tiga rakan didakwa membunuh di ladang Tanjung Rambutan
Tiga orang rakan didakwa di Mahkamah Majistret Ipoh atas tuduhan membunuh seorang lelaki yang mempunyai 12 rekod jenayah lampau di sebuah ladang di Tanjung Rambutan.

Bot Karam | Lagi bot kargo karam di Sabah
Tujuh lelaki mengharungi detik cemas selepas bot kargo mereka karam dibadai ombak di Perairan Segama, Lahad Datu, pada Ahad. Dalam kejadian kira-kira jam 6 petang itu, semua mangsa berusia 18 hingga 61 tahun itu berjaya diselamatkan anggota Tentera Laut Diraja Malaysia.

AWANI Ringkas: Ahmad Zahid perlu diberi peluang - Annuar Musa | Sebuah bot kargo karam di perairan Sabah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas (1:00PM).

TERKINI: Lagi khazanah alam musnah akibat pembangunan

Penjawat awam ingkar PKP bakal dikenakan tindakan - KSN
Bersedialah untuk menerima tindakan dan dikenakan hukuman.

Tarik diri sebagai pengacara Anugerah MeleTOP Era, ini penjelasan Alif Satar
Penarikan diri itu dibuat Alif selepas memikirkan dia perlu memberi tumpuan yang lebih kepada kesihatannya selepas pulih daripada jangkitan pandemik COVID-19.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita tempatan yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Alif Satar sudah sembuh, kini kembali ke pangkuan keluarga
Selepas 12 hari rawat di Hospital Melaka akibat COVID-19, Alif Satar sudah sembuh dan dibenarkan pulang.

COVID-19: "Alhamdulillah, keadaan saya semakin baik" - Alif Satar
Kata Alif, deria rasa dan bau juga sudah 80 peratus kembali pulih selain tidak lagi berhadapan dengan masalah hidung tersumbat.

Datuk kepada Alif Satar berusia 91 tahun sembuh dari COVID-19
Alif, 30, menyatakan rasa syukur dengan berkongsi foto datuknya yang dipanggil Pak Wan sedang menaiki kereta untuk dihantar pulang ke rumah.

'Tolong buang sampah, hantar makanan' - Alif Satar terharu jiran murah hati
Alif Satar terharu atas sifat pemurah jiran tetangga yang menawarkan bantuan dalam meringankan beban ketika dirinya sedang dikuarantin.

Alif Satar terharu Dr Zulkifli bertanya khabar tentang kesihatannya
Alif turut berterima kasih atas keprihatinan Dr Zulkifli yang mendoakan kesihatannya menerusi applikasi panggilan video FaceTime.

'Allah SWT makbulkan doa kalian semua' - Alif Satar umum isteri, anak negatif COVID-19
Alhamdulillah, semoga Alif dan keluarga cepat sembuh daripada wabak COVID-19

Sherry Alhadad negatif ujian saringan pertama COVID-19
Sherry Alhad mengesahkan dirinya negatif COVID-19 hasil keputusan ujian saringan pertama yang dilakukan semalam.

Alif Satar positif COVID-19: Kemungkinan jangkitan di luar lokasi persembahan - Ismail Sabri
KKM sedang meneliti sama ada jangkitan COVID-19 melibatkan seorang artis tanah air berlaku semasa persembahan atau di luar lokasi persembahan.