Ahli perniagaan yang terseret dalam kontroversi projek Perbadanan Fidlot Kebangsaan (NFCorp), Datuk Shamsubahrin Ismail akan bertanding sebagai calon bebas bagi kerusi Parlimen Bukit Bintang.
Walaupun hasratnya itu dianggap satu jenaka oleh banyak orang, termasuk ahli keluarganya sendiri, Shamsubahrin menegaskan beliau serius untuk menyertai politik.
"Saya memutuskan untuk menyertai politik selepas apa yang berlaku kepada saya dalam kes NFC," katanya kepada Astro Awani.
Beliau ditemui di pejabat Suruhanjaya Pilihan Raya selepas mengambil borang pencalonan.
Ahli perniagaan itu juga menegaskan, penyertaan beliau dalam pilihan raya ini bukan untuk membalas dendam atau mengacau undi, sebaliknya ikhlas mahu membawa perubahan kepada Kuala Lumpur.
Katanya, beliau juga juga berhasrat untuk jadi datuk bandar Kuala Lumpur.
Bukit Bintang yang terletak di tengah-tengah ibu kota pernah dikenali sebagai kerusi Bandar Kuala Lumpur. Ia dianggap kerusi tradisi DAP sejak 1978 dan satu-satunya Ahli Parlimen BN yang pernah menang kerusi itu ialah Datuk Dr. Lee Chong Meng pada pilihan raya 1995.
Pemimpin veteran DAP, Fong Kui Lun menyandang kerusi itu sejak 1999.
Kawasan Parlimen Bukit Bintang mempunyai 55,887 pengundi dengan 73 peratus daripada Cina, 14 peratus Melayu dan 11 peratus India.
Shamsubahrin juga berpendapat DAP tidak membawa banyak perubahan kepada kawasan Bukit Bintang biarpun telah menguasai kawasan itu selama setengah abad.
Beliau juga yakin peluangnya cerah kerana "ada banyak penyokong" di kawasan itu.
LAPORAN PENUH DI SINI
Teoh El Sen
Wed Apr 10 2013
Warga emas rugi hampir RM1.6 juta, ditipu pelaburan tidak wujud
Seorang warga emas kerugian RM1,590,800 apabila menjadi mangsa penipuan pelaburan saham tidak wujud secara dalam talian.
Nyanyian karol meriahkan persiapan sambut Krismas
Di Tawau lazimnya acara ini awal disember setiap tahun dari jam 7 malam dan ada kalanya sehingga jam 1 pagi.
376 peserta terpilih sertai SY Startup 2024
Ekoran sambutan hangat ini Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah mengesahkan program ini akan diteruskan pada tahun hadapan.
Kerajaan Sarawak berusaha tingkatkan pengeluaran beras
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata bekalan makanan di negara ini mencukupi.
Penyelaras Kemanusiaan PBB suarakan kebimbangan krisis kemanusiaan yang semakin memuncak di Gaza
Muhannad Hadi melahirkan kebimbangan terhadap keadaan keselamatan dan kemanusiaan yang semakin merosot di Semenanjung Gaza.
Loji Electrolyser Sejingkat kurangkan masa penghasilan hidrogen
Loji electrolyser pertama Sarawak di Sejingkat berjaya mengurangkan masa penghasilan satu kilogram hidrogen kepada 30 kilowatt perjam berbanding 40 kilowatt perjam sehingga Julai lalu.
Fadillah setuju dua jawatan tertinggi PBB tidak dipertandingkan
PBB dijadual mengadakan perhimpunan agungnya pada Februari 2025 dengan pertandingan dikatakan tertumpu kepada saingan jawatan Naib Yang DiPertua
PBB perlu bersedia seakarang hadapi PRN - Fadillah
Naib Presiden Kanan PBB Datuk Seri Fadillah Yusof mengingatkan anggota parti itu agar tidak selesa dengan kemenangan besar dan pujian yang diberi kepada kerajaan sebaliknya fokus agar tidak terlepas kuasa ke tangan pihak lain.
353 premis KEMAS rosak akibat banjir di lapan negeri
Sebanyak 353 premis Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) rosak akibat banjir yang melanda lapan negeri sejak November lepas, membabitkan kerugian hampir RM6 juta.
Wanita suara garau cemas bilik hotel diserbu JAIS
Seorang wanita yang memiliki suara garau berdepan detik cemas apabila hotel bajet yang dihuni diserbu Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).
Polis cari lelaki melompat di landasan monorel Bukit Bintang
Polis sedang mengesan seorang lelaki yang merakam aksi melompat melintasi landasan monorel di stesen Bukit Bintang pada 24 Sept lepas.
'Tak pernah dibuat orang' - Poster ah long tawar pinjaman tergantung di KLCC, bertebaran di Bukit Bintang
Apa yang menarik perhatian apabila poster tersebut turut memaparkan wajah pelawak popular tanah air iaitu Johan, Zizan dan Datuk Afdlin Shauki.
Lebih 1,600 anggota polis ditugaskan di empat lokasi sambutan Ambang Merdeka
Seramai 1,656 anggota polis Kontinjen Kuala Lumpur ditugaskan di empat lokasi sambutan Ambang Merdeka di ibu negara pada Jumaat ini.
'Port' khidmat urutan gadis di Bukit Bintang digempur
Operasi kira-kira jam 9.30 malam itu dijalankan sepasukan pegawai pelbagai pangkat dari Ibu Pejabat Imigresen Putrajaya.
Polis siasat pasangan tunggang skuter elektrik di Bukit Bintang
Perbuatan pasangan tersebut yang menunggang skuter elektrik di jalan awam boleh mendatangkan bahaya kepada diri sendiri atau pengguna jalan raya yang lain.
Selepas agih ayam secara percuma, geng bertopeng belanja telur sepapan pula!
Ada yang memuji tindakan mereka sehingga memberikan gelaran 'Robin Hood' dan ada juga yang was-was dengan kegiatan yang dilakukan.
Imigresen laksana pemantauan 'omnipresence' di sekitar ibu negara
Antara kawasan tumpuan ialah KLCC, Jalan Silang, Kota Raya, Bukit Bintang dan Chow Kit.
Polis serbu 10 rumah urut di Bukit Bintang
Polis menahan 81 tukang urut serta penjaga premis yang dipercayai terlibat dengan perkhidmatan urutan dan aktiviti tidak bermoral.
Warga asing jadikan Bukit Bintang pusat sindiket penipuan Forex diserbu
Sindiket penipuan pelaburan dalam talian didalangi warga asing dan tempatan dilumpuhkan dengan tangkapan seramai 49 individu susulan serbuan di sebuah premis di Jalan Bukit Bintang, 6 Februari lalu.
Pergaduhan dalam restoran: Lelaki warga asing disiasat mengikut seksyen 507A KK - Polis
Warga asing yang terlibat dalam pergaduhan di sebuah restoran makanan segera di Bukit Bintang disiasat mengikut Seksyen 507A Kanun Keseksaan.