Pasukan Petugas Khas Majlis Anti Pemerdagangan Orang dan Anti Penyeludupan Migran (MAPO) Kementerian Dalam Negeri hari ini membongkar kegiatan seorang 'Datuk' yang memaksa 172 pekerja kilangnya bekerja lebih masa.
Ketua pasukan itu, DSP Hadzwan Zulkefle berkata pembongkaran tersebut adalah hasil risikan selama tiga minggu susulan aduan yang diterima pihaknya mengenai kegiatan mencurigakan di kilang pemprosesan sarang burung walit di sini.
Beliau berkata siasatan ke atas 'Datuk' berumur 29 tahun itu mendapati lelaki berkenaan mengeksploitasi 172 pekerja wanita terdiri daripada rakyat tempatan, warga Indonesia dan Myanmar untuk bekerja lebih 16 jam sehari tanpa cuti.
"Gaji pekerja pula ada yang tidak dibayar, lambat dibayar malah dipotong sehingga tinggal hanya RM200 ke RM300 sebulan jika mereka terpaksa ambil cuti sakit atau kilang tutup untuk cuti am.
"Premis didapati beroperasi sejak 2014 dan siasatan ke atas pekerja mendapati mereka mengalami penyeksaan mental kerana bekerja lebih masa setiap hari sehingga ada yang pengsan sebab terlalu penat," katanya kepada pemberita.
Hadzwan berkata pemeriksaan lanjut ke atas premis itu menemui pasport pekerja asing disimpan di pejabat pengurusan kilang namun permit kerja mereka didapati disalahgunakan majikan apabila ada antara mereka dibawa masuk ke negara ini sebagai pembantu rumah.
Menurutnya lagi, walaupun pekerja kilang itu diberi kemudahan asrama, namun pergerakan mereka diatur kerana setiap malam pengurusan kilang akan mengunci pintu asrama dari luar tepat pukul 11 malam.
"Pekerja yang berumur 18 hingga 40 tahun itu rata-rata sudah bekerja di kilang berkenaan dalam dua hingga tiga tahun.
"Jika mereka ada lakukan kesalahan atau selagi tidak siap proses sarang burung, mereka tidak boleh balik ke asrama atau dipaksa buat kerja pembersihan," katanya.
Beliau berkata 'Datuk' itu ditahan untuk siasatan lanjut kerana didapati melanggar Akta Pemerdagangan Orang dan Anti Penyeludupan Migran 2007, Akta Imigresen 1959 dan Akta Kerja 1955 selain kesemua pasport pekerja asing serta dokumen berkaitan pekerjaan di kilang itu dirampas.
Operasi bersepadu itu turut melibatkan pasukan Bahagian Siasatan Jenayah Maksiat, Perjudian dan Kongsi Gelap (D7) Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor dan Bukit Aman, Jabatan Imigresen serta Jabatan Tenaga Kerja.
Dalam pada itu, Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Seri Mustafar Ali yang turut serta dalam operasi tersebut menyatakan pihaknya tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang menjalankan kegiatan pemerdagangan manusia.
Beliau berkata bagi melindungi mangsa yang diperdagangkan, jabatan itu akan membekukan aset atau akaun pihak yang menganiaya sebagai pengajaran kepada semua agar mengelakkan diri daripada melakukan kesalahan sama.
"Kita tidak akan berkompromi dalam hal sebegini yang menjadikan pekerja seolah-olah hamba...apabila orang asing kerja di negara kita dan cerita yang kita perdagang orang, ia sangat menjatuhkan imej.
"Jadi gabungan tindakan penguatkuasaan undang-undang baik polis, Imigresen ataupun pihak berkuasa tempatan perlu terus dijalin dalam semua aspek untuk membendung dan mengambil tindakan," katanya. -- Bernama
Bernama
Tue Mar 28 2017
Siasatan ke atas 'Datuk' berumur 29 tahun itu mendapati lelaki berkenaan mengeksploitasi 172 pekerja wanita terdiri daripada rakyat tempatan, warga Indonesia dan Myanmar. - Gambar hiasan
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
Dijanji pekerjaan ladang, tapi akhirnya dirantai dan didera
Tiga lelaki warga India yang disyaki menjadi mangsa pemerdagangan manusia di Lipis, Pahang mengisahkan penderitaan mereka yang bermula sejak tiba di negara ini pada Disember.
Bapa lacur anak gadis sendiri
Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 26A Akta Anti Pemerdagangan Orang dan Anti Penyeludupan Migran 2012.
'Datuk' paksa 172 pekerja kilang kerja lebih masa diberkas
Pembongkaran tersebut adalah hasil risikan selama tiga minggu susulan aduan yang diterima pihaknya mengenai kegiatan mencurigakan di kilang pemprosesan sarang burung walit itu.