KUALA LUMPUR: Ahli perniagaan Datuk Shamsubahrin Ismail didenda RM3,000 atau penjara enam bulan oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan membuat kenyataan yang menyebabkan ketakutan dan kegentaran awam berhubung pelarian Rohingya, dua tahun lepas.
Hakim M. M. Edwin Paramjothy menjatuhkan hukuman itu ke atas Shamsubahrin, 56, selepas dia mengekalkan pengakuan bersalahnya pada tarikh jatuh hukum hari ini. Tertuduh membayar denda tersebut.
Rakaman video berdurasi 51 saat turut dimainkan semula di dalam mahkamah hari ini dan tertuduh mengakui yang dia membuat kenyataan tersebut.
Shamsubahrin didakwa secara sedar telah membuat kenyataan dengan niat hendak menyebabkan kegentaran kepada orang awam pada 30 April 2020.
Pautan itu dibaca di Pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Siber dan Multimedia, Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK), Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Aras 28, Menara KPJ, pada 12.30 tengah hari, 4 Mei 2020.
Pengasas Perkhidmatan Premium Big Blue Taxi itu dituduh mengikut Seksyen 505 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun atau dengan denda atau kedua-duanya.
Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Najihah Farhana Che Awang memohon hukuman setimpal manakala tertuduh yang tidak diwakili peguam merayu denda minimum dengan alasan dia menghidap kanser dan pernah dijangkiti virus COVID-19.
"Saya hanya mewakili B40 kerana ramai pemandu teksi adalah B40, yang hanya bergantung pada bantuan kerajaan sahaja serta ia tidak mencukupi," kata tertuduh.
Mengikut fakta kes, semasa pengadu (seorang anggota polis) melayari internet di pejabat JSJK Bukit Aman, beliau terlihat satu posting video telah dimuat naik oleh pemilik akaun Facebook Soleha Ali.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jan 05 2022

Shamsubahrin mengekalkan pengakuan bersalahnya pada tarikh jatuh hukum hari ini. - Gambar fail/ Bernama

Pindaan Akta 716 dikuatkuasakan Julai ini - KP Perhilitan
Pengkuatkuasaan akta itu dibuat setelah ia diluluskan di Dewan Rakyat dan Dewan Negara.

Kekurangan bekalan: Ada peniaga jual ayam melebihi harga siling
Kebanyakan peniaga menjual ayam bulat pada harga RM8.90 sekilogram seperti yang ditetapkan kerajaan.

AWANI Ringkas: Dr Adham Baba sedia beri kerjasama kepada SPRM
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Sistem kesihatan Malaysia dapat markah tinggi menerusi inisiatif #GlobalSurgery
Pencapaian itu dikongsi Dr Kee B Park, individu bertanggungjawab di sebalik gerakan itu di laman Twitternya pada Rabu.

Zoo Negara terima jumlah pengunjung memberangsangkan
Setelah melalui saat getir ketika dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), Zoo Negara kini kembali 'bernafas' setelah menerima jumlah kedatangan pengunjung yang memberangsangkan.

Singapura rampas komponen, rokok elektronik bernilai lebih S$130,000
Cubaan menyeludup 8,520 keping pod isian semula rokok elektronik ke Singapura melalui lori pengangkut konkrit pratuang.

Rotan anak: Bekas suami Ziana Zain didenda, hukuman penjara diketepikan
Hakim menggantikan hukuman penjara itu dengan denda dan memerintahkan bekas pramugara itu dipenjara enam bulan jika gagal membayar denda.

Aktivis wanita menangis teresak-esak mengaku salah buat hantaran jelik
Seorang aktivis wanita menangis teresak-esak ketika mengaku bersalah atas pertuduhan membuat dan memulakan penghantaran komunikasi jelik sifatnya berhubung isu agama Kristian dalam lama profil FBnya.

Keputusan kes Peter Anthony palsukan dokumen diketahui esok
Hakim Mahkamah Sesyen Azura Alwi dijangka membacakan keputusan di akhir kes pembelaan pada 9 pagi.

Jurulatih wushu ditahan disyaki cabul dua pelajar bawah umur
Polis menahan seorang jurulatih wushu kerana dipercayai melakukan amang seksual terhadap dua kanak-kanak perempuan, Isnin lepas.

Datuk Shamsubahrin didenda RM3,000 buat kenyataan kegentaran awam berhubung Rohingya
Shamsubahrin mengekalkan pengakuan bersalahnya pada tarikh jatuh hukum hari ini.

Pengasas syarikat teksi mengaku tidak bersalah terima, minta rasuah
Tertuduh yang berumur 55 tahun membuat pengakuan itu, selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan oleh jurubahasa mahkamah.

Shamsubahrin mengaku tidak bersalah terima suapan RM10,000
Pengasas Perkhidmatan Premium Big Blue Taxi Datuk Shamsubahrin Ismail mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini atas pertuduhan menerima suapan wang tunai RM10,000.

Shamsubahrin didakwa buat hantaran jelik berhubung kes PKP
Shamsubahrin didakwa secara sedar telah memuat naik video dan membuat dan memulakan penghantaran komunikasi jelik sifatnya, dengan niat untuk menganiaya orang lain melalui Facebook.

PRK Tanjung Piai bermula dengan penamaan calon pukul 9 pagi
Dewan Jubli Intan Sultan Ibrahim di sini menjadi lokasi pusat penamaan calon bagi PRK kesembilan sejak Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) tahun lepas.

Pemandu Gojek kumpul wang untuk biayai Shamsubahrin ke Jakarta
Lebih 400 pemandu Gojek mengadakan bantahan secara aman di luar kedutaan bagi membantah kenyataan Shamsubahrin sebelum ini yang dianggap menghina pemandu Gojek dan negara Indonesia.

Dakwaan hina Indonesia, pengasas Big Blue Taxi mohon maaf
Permohonan maaf itu dibuat selepas beliau menerima mesej dan maklum balas daripada rakyat negara tersebut.

Hina Gojek: Shamsubahrin adakan sidang media hari ini
Difahamkan sidang media tersebut akan berlangsung pada jam 12 tengah hari di Jalan Ampang.

Pemandu Gojek ancam kepung Kedutaan Malaysia berikutan video penghinaan tular
Pengasas Big Blue Taxi Facilities Sdn Bhd Datuk Shamsubahrin Ismail membuat kenyataan yang dianggap menghina pemandu Gojek dan negara Indonesia.

Gojek didakwa bakal beri banyak kesan negatif
Katanya, kerajaan tidak mempunyai asas yang kukuh untuk memperkenalkan pengangkutan terbaharu itu kerana kadar kesesakan jalan raya di Malaysia masih lagi terkawal.